SJ-1945: Wuduk Dan Puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1945: Wuduk Dan Puasa

Assalammua'laikom Ustaz....
1] Jika cecair dari hidung masuk ke anak tekak masih tidak membatalkan sembahyang bagaimana pula kalau di bulan puasa? haruskah cecair itu diludahkan ketika sembahyang?

2] saya ada terbaca berkaitan wuduk bahawa tujuan Nabi. Muhammad S.A.W membasahkan anggota sebanyak 3x adalah kerana hendak memastikan keseluruhan anggota tadi terkena air. dan baginda benci angka genap. maka 3 adalah yg sesuai. Bolehkah jika kita hanya membasuh 1 atau 2 kali sahaja setiap anggota dengan yakin bahawa air telah rata disetiap anggota tersebut?

Re: SJ-1945: Wuduk Dan Puasa


Ramadhan almubarak

1. Falsafah umum syari'at ialah alBaqarah:185 (Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesulitan bagimu). Syaikhul Islam Ibn Taymiyah telah berfatwa sepertimana yg dinukilkan oleh kitab Fiqh Sunnah, bahawa hingus dan kahak itu berasal dari badan dan jika ia memasuki badan dan ia diluar kawalan seseorang, maka tidaklah membatalkan puasa, yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu yg asing ke dalam mulut dgn tujuan menghilangkan lapar dan dahaga sedangkan kahak dan hingus ini bukanlah makanan dan minuman dan tidak ada orang yg menelannya melainkan jika ia mengalami kesulitan. Dr Syurbasyi dalam koleksi Fatwanya, Yas-aluunak juga bersetuju dgn Imam Ibn Taymiyah.
2. Bilangan basuhan wudhu'
Basuhan sekali: HR Bukhari dari Ibn Abbas ra (RasuluLlah saw pernah berwudhu' dgn membasuh sekali-sekali)
Basuhan 2X: HR Bukhari dari Abdullah Ibn Zayd ra (Bahawa Nabi saw pernah berwudhu' dgn membasuh dua-dua kali)
Basuhan 3X: HR Bukhari-Muslim-Ahmad dari Uthman alAffan ra (adalah RasuluLlah saw kerap membasuh anggota2 wudhu' tiga-tiga kali)
Komentar anNawawi (alMajmu' 1/229):
Jumhur menetapkan wajib basuh sekali, manakala 2X atau 3X itu sunat ) WaLlahu a'alam