Apakah itu ZIHAR dan bagaimanakah boleh jatuh zihar terhadap seseorang isteri? Apakah dia anggota-anggota zihar?
Jika seorang ayah menyamakan mata anak perempuannya dengan isteri/ibunya, adakah itu dikira zihar?
Harap dapat memberikan penjelasan dengan segera kerana ramai yg terkeliru dengan ZIHAR ini.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1966: [U] ZIHAR dan mahram.
Primary tabs
Thu, 07/11/2002 - 9:42am
#1
SJ-1966: [U] ZIHAR dan mahram.
Jawab:
Status soalan [U] = Ulangan
Ringkas:
Zihar di zaman Arab jahiliyah adalah cerai tergantung, kemudian Islam datang mengharamkan zihar dan dikenakan kiffarah sebelum rujuk kembali (syarah fathul Mu'in, 342)
Zihar berlaku bila si suami menyamakan isterinya dgn mahramnya (terutama ibu)
Zihar berlaku dgn dua cara:
lafaz sarih (nyata):'engkau bagiku sebagai belakang ibuku'
lafaz kinayah (sindiran) memerlukan niat: mata engkau spt mata ibuku.
Sasaran zihar: Syafi'iy meluaskan sasaran Zihar tidak terhad kepada menyamakan isteri dgn ibu sahaja malah kepada semua muhrim, manakala jumhur hanya terhad kepada ibu sahaja.
Zihar berbedza dgn memuliakan isteri. Misalnya perangai ayang ni macam emak, atau masakan ayang ni macam masakan emak, ini bukan zihar. WaLlahu a'alam