assalamualaikum,
Masalah mengenai air kencing yang tidak tus. Selepas saya mandi, saya ada mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat.. tetapi selepas saya sudah bersiap sedia untuk mendirikan solat, air kencing saya meleleh sedikit. Begitu juga semasa saya sedang mengerjakan solat, terutamanya semasa
sedang rukuk, hal ini sering berlaku apabila apabila saya selesai membuang hadas kecil/ selepas mandi.. apakah sah solat saya ustad? apakah saya patut meneruskan solat atau perlu mengambil air solat (wudhuk) semula?. dan sungguh membebankan, kerana pernah suatu ketika saya terpaksa
mengambil air wudhuk berkali-kali kerana air kencing saya yang keluar sedikit setiap kali selepas sahaja saya ambil wudhuk walaupun saya sudah mengetuskannya dan juga menukar seluar dalam saya berhelai-helai kerana tidak pasti apakah wudhuk yang pertama tadi sah/batal disebabkan terkeluarnya sedikit air kencing saya itu....dan saya hampir tidak, dapat kekhusukan solat pada masa itu kerana terpaksa solat berulang-ulang kali kerana ketidaktusan air kencing saya...
mengenai seluar dalam yang saya pakai itu, apakah saya patut menukarkannya dengan yang lain atau saya harus menyiramkan keatasnya sahaja. kerana saya hampir kedaruratan seluar dalam kerana kerap menukarnya setiap kali air kencing saya tidak tus walaupun hanya 1/2 titik sahaja... dan bagaimana pula jika air yg tidak tus itu selain air kencing, contohnya air mazi. apakah hukumnya sama seperti air kencing?...harap ustad dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. terima kasih...aby2k1
:wassalam
Jawab:
1. Nampaknya penyakit kencing tidak tus anda ini agak serius dan kami tidak tahu samada anda hanya membiarkan sahaja (penyakit ini) tanpa mendapatkan khidmat pakar atau mencuba beberapa jenis medication di pasaran, antaranya ubat persediaan herba spt Saw Palmetto, Homeopathy, urut-refleksologi, dsbnya.
2. Jika ia serius begini, kami syorkan anda menggunapakai Fatwa Imam alHafeedz Ibn Qayyim aljauzea rh (Makaid asySyayaatin) supaya anda hanya menggunakan satu wudhu' untuk satu kali solat sahaja. Jika anda merasakan ada kencing menitis juga, ia dianggap umum albalwa (kesulitan yg sukar dihindari), yg dima'afkan.
3. Untuk mengelakkan penggunaan underwear yg banyak, kami syorkan anda menggunakan panty-liner (selalunya digunakan oleh orang perempuan) atau kertas tissue untuk melapik underwear anda. Jika ada titisan yg keluar, ia diserap oleh panty-liner atau tisu dan anda tidak perlu menukar underwear. Jika tidak mahu menggunakan panty-liner, maka anda perlulah menukar underwear setiap kali solat.
4. madzi juga najis dan jika ia sentiasa meleleh di luar kawalan, maka gunakan tatacara yg sama dari no 1-3 (waLlahu a'alam)