SJ-2080: Menyapu muka selepas salam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2080: Menyapu muka selepas salam

:salam

soalan saya merujuk SJ 721-menyapu tangan kanan ke atas kepala atau dahi selepas solat
Kesimpulan yang saya dpt dr jawapan itu; dibolehkan mengikut pendapat Imam Al-Nawawi. Bagaimana pula dgn doa
di dlm hadis pertama itu? Adakah boleh diamalkan juga?

:wassalam :confused:

Re: SJ-2080: Menyapu muka selepas salam

:wassalam
Jawab:
1. Amalan menyapu kepala dan muka selepas salam
Amalan ini adalah amalan yg mutawatir yakni dilakukan secara kolektif oleh umat Islam dan ia tidak lagi memerlukan sanad dan matan. Memang terdapat sanggahan yg keras dari aliran salafiya dan mencela kebid'ahan amalan ini, namun kita berpendapat isu khilaf ini selesai kerana ia sudah dipraktikkan secara meluas oleh umat Islam (Syaikh Abu Bakar Jabir aljazairy, Min Sunanil Hudaa)
2. Do'a selepas membaca tasyaahud sebelum Salam adalah sunat hukumnya. Terdapat beberapa version yg sahih (versi Bukhari-Muslim) untuk diamalkan. WA