:salam :)
Saya ada 3 soalan berkisar dgn bid'ah
1) Adakah menyambut Maulid Nabi itu bid'ah. Syeikh Atiah Saqr berpendapat bahawa ianya tidak menjadi kesalahan selagi mana tidak bercampur dgn perkara yg haram. Hadis di bawah ini menjadi hujahnya yg mengatakan keberkatan hari lahir Nabi Muhammad SAW.
Dari sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”
2) Sepertimana yang saya faham, berdoa beramai2 selepas solat jemaah adalah bid'ah. Bagaimana pula selepas majlis ilmu. (doa yang dimaksudkan disini selain bacaan surah al-asr dan tasbih kafarah)?
3) saya jumpa hadis ni dlm satu website:
Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang memulakan perbuatan yang baik maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti perbuatan tersebut sehingga hari kiamat. Dan barang siapa yang memulakan perbuatan yang buruk maka baginya dosa dan dosa orang yang mengikuti perbuatan tersebut sehingga hari kiamat.”
Apakah pendapat ahli panel berkaita hadis di atas. Ini kerana hadis ini telah digunakan sebagai hujah yg membolehkan sesuatu perkara yg baru diamalkan. (tidak dilakukan di zaman Rasulullah SAW)
Insan keliru lagi bingung :confused:
:axe
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Kema'afan kerana kelewatan menjawab soalan susulan kerana beberapa komitmen lain.
1. Maulid arRasul atau menyambut birthday Nabi saw adalah perbuatan bid'ah kerana menepati definasi bid'ah yg digariskan oleh fuqaha'. Amalan ini tidak dikenali di kalangan salaf assoleh sedangkan mereka adalah generasi yg sangat menyintai Rasul saw melebihi diri2 mereka sendiri. Jika ada fatwa2 terbaru yg mengatakan Maulid Rasul ini ada kebaikan kepada umat, maka ia merupakan suatu kompromi kepada hukum asal. Kalau kita halusi Fatwa alAzhar (pengerusi S_Atiyah Saqr) dan Fatwa Qardhawi, ia merupakan fatwa bersyarat. Sambutan maulid dibolehkan dengan syarat....Jika syarat2 fatwa itu diikuti dan manfa'at Maulid itu memberi pulangan kpd ummat, maka fatwa dapat merubah aplikasi hukum dari satu zaman kesatu zaman yg lain.
2. Berdo' selepas sesuatu majlis spt majlis ilmu diharuskan. Terdapat dalam kitab Sahih Kalim Tayyib oleh Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani Tahqeeqan Albani sebuah hadis keluaran Termidzi bahawa baginda biasa berdo'a selepas tamatnya majlis.
3. Hadis itu dari Sahih Muslim," Barangsiapa yg membuat satu sunnah yg baik, maka ia memperolehi pahala dan pahala orang yg beramal dengannya, tidak berkurangan sedikitpun pahala mereka. Barangsiapa yg membuat satu sunnah yg buruk, maka ia memperolehi dosa dan dosa orang yg beramal dengannya dan tidak berkurang sedikitpun."
Jika ada orang yg menjadikan hadis ini sebagai dalil untuk mencipta bid'ah yg baik (hasanah), kita akan patahkan dengan dua hujah:
1. Jika benarlah hadis ini menjadi dalil/asas utk mencipta bid'ah hasanah dalam agama, kenapa sahabat awal tidak berlumba-lumba mencipta bid'ah bahkan mereka adalah generasi salaf yg amat terkenal dgn anti-bid'ahnya.
2. Asbabul wurud (sebab keluar hadis) hadis ini ialah Nabi saw dikunjungi oleh beberapa kabilah Arab yg miskin dan dha'eef, lantas Nabi saw meminta para sahabat melakukan sesuatu, maka ada di kalangan mereka yg menghulurkan bantuan materil yg di luar jangkaan Nabi saw, lantas Nabi bersabda spt hadis di atas kerana melahirkan kegembiraannya. Jadi maksud sunnah yg baik itu ialah menghidupkan sunnah Nabi saw spt berbuat kebajikan, berakhlak mulia dan bukannya mencipta sesuatu yg baru dlm agama, itulah jis bid'ah hasanah=sunnah Nabawi. (Qardhawi, Kaifa nata'amalu) WA
:eyecrazy