SJ-2134: JIHAD

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2134: JIHAD

S: Boleh terangkan makna Jihad sebenarnya.
2. Apakah Jihad yg paling Utama?

Re: SJ-2134: JIHAD

Jawab:

1. Asal istilah JIHAD datang dari dua kalimah asal:
Jahd = letih atau penat
Juhd = usaha atau juang
Jihad = melipat-gandakan usaha demi mencapat matlamat tertentu atau menghalang terjadinya perkara yg buruk
Mujahid = seseorang yg berjuang pada jalan Allah hingga dia merasa kepenatan
Jihad pada syara': Jihad fi SabiliLlah = berusaha/berjuang pada jalan Allah/Islam bertujuan meninggikan Islam ke tahap tertinggi sebagaimana yg dicapai oleh generasi salaf.
Maka jihad pada jalan Allah ini dari semua aspek baik pemikiran, wangringgit, material, sokongan dan darah (Syaykh Atiyah Saqr (Islam Online) dan Ahsanul Kalam

2. Jihad yg paling utama
Fatwa Mantan Mufti SS Abdullah Ben Baz, (Lajnah Daimah) Jihad yg paling tinggi alah Jihad qital (jihad senjata) pada jalan Allah.
HR Bukhari-Muslim" Nabi ditanya, apakah amal yg paling baik. Sabda Nabi SAW," beriman kpd Allah dan Rasul-Nya," ditanya lagi, selepas itu, Sabda baginda," berjihad pada jalan-Nya
HR Abu Daud, Nabi bersabda," Jihad akan berterusan sejak hari aku diutuskan hingg kumpulan terakhir dari umatku akan berjihad terhadap Dajjal.." WA
P/S: buku2 dalam tajuk Jihad amat banyak dalam pasaran. Saya syorkan buku yg nipis dikarang oleh Maulana Maudoodi dari Pakistan yg bertajuk Jihad.

Topic locked