SJ-2166: wudhu' dan sakit!!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2166: wudhu' dan sakit!!!

:salam

1) nak bertanya pasal wudhu'. kite sunat utk berwudhu' 3 kali setiap anggota tanpa ada unsur pembaziran.
Ok, soalan saya. Katakanlah kita sedang berwudhu' di bahagian muka misalnya. membasuh muka yg pertama...ok cantik...masalah saya timbul pada yg kali kedua. apabila kita mengambil/menadah air utk membuat basuhan muka kedua, air di muka menitis ke dalam tadahan air kita. Maka ia telah menjadi air mustakmal. tidak sah utk berwudhu. Sekiranya kita membasuh juga muka dgn air itu, adakah sah wudhu' kita yg pertama tadi itu atau perlu diperbaharui kesemuanya?

2) Adakah benar kata2 yg mengatakan sakit yg paling sakit adalah mati, kemudian melahirkan anak dan diikuti dgn sakit gigi. :grin:

:wassalam

Re: SJ-2166: wudhu' dan sakit!!!

:wassalam
Jawab:
1. Mengenai kesunatan membasuk bilangan tiga kali. Benar itulah pendapat Jumhur (alMajmu',1 /229) Tapi alQadhi Abu Bakar Ibn Arabi berpendapat bilangan satu, dua atau tiga kali bukanlah menjadi kesunnatannya. Yang sunnah ialah meratakan air dan melengkapi wudhu' itu, jika mampu diratakan air dgn sekali basuh, itulah yg terbaik, jika belum rata, basuh 2 kali dan basuhan kali ketiga adalah maksima.
Pendapat ini disokong oleh Muhaqqeeq Nusantara, Prof Hasbi asSiddiqiey, Hukum Fiqh Islam, Jld1 )
Adapun air menitis dari angguta wudhu' tidak menjejaskan ketulinan air. Dalil: Nabi saw dan Aisyah ra mandi dan berwudhu' dari satu bekas. (anNawawi, syarah sahih Muslim Jld4 /5, albaihaqee, Sunan alKubra,1 /188) Dari Ibn Abbas ra, Ibn Abbas melihat Nabi saw menggunakan air lebihan isterinya, bila ditanya oleh Ibn Abbas tentang kesucian air itu, Nabi bersabda," air itu tidak lah dinajiskan oleh sesuatu (Abu Daud, #68, Nasa'iy (#326, Turmudzi #65 , Ibn Majah #370 )
Tahqeeqan Imam Ibn Qudamah alMaqdisi (alMughny,1 /14-16), jika air sisa wudhu' itu sedikit, ia dima'afkan."
2. Kata-kata atau athar yg menyenaraikan tahap kesakitan itu tidaklah ada faedah untuk dikaji dan dicari kebenarannya. Ini kerana tahap sakit itu bergantung pada individu. Pesakit kanser atau gangrene atau mereka yg mengalami konkusion kerana accident yg ngeri akan membantah jika kesakitannya dibanding kan dgn sakit bersalin dan sakit gigi. Kesakitan bersalin pula relatif, bersalin biasa dan bersalin secara Xsor. Tapi sakratul maut itu dijelaskan dalam banyak kitab mungkin sakit yg layak disenaraikan sebagai no satu. Imam alQurthubi (atTzakirah fi Ahwal alMawta) menyatakan sakit sakratul maut itu melebihi 1000 kali tetakan pedang. WA