SJ-2176: Status Anak Luar Nikah (2)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2176: Status Anak Luar Nikah (2)

[="green"] [/] Assalamualaikum wbt.
Saya merujuk kpd jawapan drpd Ust. THTL iaitu :

Anak yg lahir tidak kurang dari 6 bulan sejak hari akad nikah hingga ke hari lahir boleh dibin/bintikan kepada ayahnya dgn syarat: tiada bantahan dari suami perempuan itu atau ada bantahan dari keluarga dan masyarakat. Inilah fatwa yg ada di Malaysia. Bahkan Rumah fatwa Mesir (Darul Ifta' alMisriyyah) juga menetapkan demikian. Mereka menggunakan dalil hadis: HR Muslim dari bu Hurairah," anak itu adalah bagi tempat tidur." maksudnya siapa yg meniduri wanita itu dialah yg bertanggungjawab terhadap nasabnya. (Fatwa Mesir, Ali jadul Haq, 27 Mac 79) WA

Soalan saya ialah :
Dari mana datangnya tempoh berlalu 6 bulan itu? Adakah ulama'-ulama' yg menentukan tempoh tersebut atau ia adalah sabit dgn hadis Nabi SAW ataupun ayat al-Quran?

Wallahua'lam

Re: SJ-2176: Status Anak Luar Nikah (2)

:wassalam
Jawab:
Terimakasih kerana kembali kepada kami. Itulah sikap generasi muslim yg baru, mereka sentiasa tidak puas hati dgn semata-mata Fatwa tanpa mengetahui bagaimana hukum itu dikeluarkan. Kami sengaja tidak menurunkan proses hukum dikeluarkan kerana jawapan ini sudah dikeluarkan sebelum ini.
Kami bawakan satu dalil sahaja yg sudah cukup kuat bagi menjustifikasikan minima 6 bulan itu sebagai tempoh yg sah bagi nasabnya si anak. AQ: alAhqaf:15 (Sedang tempoh mengandung berserta dgn tempoh cerai susu ialah dalam masa 30 bulan."
kaedah penetapan 6 bulan.
Tempoh penyusuan bayi ialah 24 bulan, maka 30 bulan - 24 bulan = 6 bulan (tempoh minima mengandung). WA