Assalamu'alaikum!
Baru2 ini oleh krn terlalu letih, saya tertidur selepas solat Asar dan kemudian terjaga ketika waktu Maghrib hampir luput. Saya kemudian teringat akan maksud hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim supaya "Solatlah kamu ketika ingat" berdasarkan ayat AQ "Solatlah kamu untuk mengingatiku”
Namun begitu, sebelum saya sempat takbiratul ihram utk solat Maghrib, azan isya' telah pun berkumandang. Saya cuba berfikir (ijtihad) manakah yg lebih utama, mendahulukan solat Maghrib (yg telah luput) atau Isya’ berjemaah di musolla.
Saya kemudian memilih utk solat Isya’ di musolla dan kemudian kembali ke rumah dan menunaikan solat Maghrib. Adakah tindakan saya itu betul atau sebaliknya?
Jzk.
:necoraman
:wassalam
Jawab:
Fiqh Syafi'iy menetapkan apa yg anda lakukan itu adalah baik sekali. Jika kedua-dua solat itu dilakukan sendirian, maka sunat tertibnya: yakni solat qadha' itu didahulukan kecuali waktu solat tunai sudah singkat. Tapi ketika anda ingin menunaikan solat qadha' dan solat tunai berjama'ah akan dilangsungkan bila-bila masa, maka diutamakan berjama'ah tunai dulu. Kita memilih pendapat Syafi'iy dalam masalah yg tidak ada nas (Mughny Muhtaj, Jld 1/137) WA