:wassalam
Jawab:
Haji: haji tidak sah melainkan ihram di bulan-bulan Haji yakni Syawal, Zulkaedah dan 10 hari dari Zulka'edah (Ibn Abbas, Ibn Umar, Jabir dan asySyafi'iy; semuanya raa)
Umrah: waktunya sepanjang tahun dan waktu afdhal ialah umrah Ramadhan. Fiqh Sunnah. WA
"Sesungguhnya waktu Umrah adalah di setiap waktu didalam setahun, dibolehkan melakukan umrah dibulan-bulan Haji dan bulan-bulan yang bukan bulan Haji, akan tetapi mazhab Hanafi mengatakan bahawa : makruh melakukan pada Hari Arafah, Hari Raya Eid Al-Adha, Hari-Hari Tasryik, dan tidak dilarang mengulanginya didalam satu tahun, dan ini berkata mazhab Hanbali, dan diriwayat juga oleh Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Anas, Ai'syah, 'atha', dan Ikrimah."
Berkata Dr Syed Ahmad, pensyarah Tafsir dan Ulum Al-Quran, Universiti Al-Azhar bahawa :
"Tidak ada keraguan mengenai Umrah sebagai sunnah yang dimuliakan, tidak adalah halangan kepadanya sebagaimana yang telah dinyatakan.
Tetapi mengulangi perbuatan Umrah merupakan persoalan "prioriti" (keutamaan) atau awlayiwat diantara senarai jenis-jenis kebaikan lebih-lebih lagi dengan keadaan kemiskinan yang meluas didunia Islam, dan keperluan umat kepada projek-projek kebajikan terhadap anak yatim, pembinaan sekolah dan hospital dan lain-lain lagi kerja kebajikan yang boleh membawa kepada keredhaan Allah dan cintanya, dan tidak mengurangi pahala umrah atau haji sunnat seseorang"
Persoalan 'prioriti' ibadat ini telah di sentuh dengan panjang lebar oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi baik didalam buku Fikh Awlawiyyat dan juga beberapa fatwa/artikel beliau. Berikut adalah sebahagian dari petikan fatwa beliau yang diambil dari IslamOnline (Insyaallah bila ada kelapangan akan diterjemahkan didalam ruangan fatwa dan kenyataan ulama web al-ahkam) berkenaan dengan Umrah dan Haji sunat. Kata beliau :
"Jika seratus ribu orang yang melakukan Umrah dan Haji setiap tahun meletakkan wang perbelanjaan mereka mengadakan projek-projek Islam atau membantu projek yg telah sedia ada, dan ini dilakukan dengan cara bersistematik dan baik, maka ini akan memunafaatkan seluruh umat Islam dan dapat meluruskan/membantu keadaan sosial dan kewangan mereka. Ia akan membawa kepada kerja-kerja yang ikhlas kearah da'wah Islamiyyah bagi berdir menentang arus-arus dakyah missionari, komunis, sekular dan pergerakan dibawah tanah yang bekerjasama dengan timur atau barat, yang berbeza diantara mereka akan tetapi bersetuju kearah menentang perjuangan kebenaran Islam, menghentikan perkembangannya, dan memisah-misahkan umat Islam diantara satu sama yang lain."
"Saya [Al-Qardhawi] menasihatkan kepada ikhwan-ihkwan yang ikhlas didalam mengulangi ibadat Haji dan Umrah agar menghentikannya. Jika mereka merasakan perlu mengulangi ibadat ini lagi, maka biarlah ia dilakukan 5 tahun sekali dan ini boleh memunaafatkan kedua-duanya sekali dan mendapat ganjaran yg besar bagi mereka."
"1. Pertama - menyalurkan kewangan kepada kerja-kerja kebajikan, berda'wah dan memanggil kepada Islam dan menolong umat Islam dimana-mana didalam dunia atau mereka yang di luar (minoriti) yang tertindas."
"2. Kedua - memberi ruang yang cukup bagi orang Islam yang lain, yang datang dari tempat yang lain yang masih mempunyai kewajiban menunaikan Haji wajib. Bagi mereka yang memberi ruang dan memudahkan yang lain memang pasti baik ganjarannya. Bagi mereka yang tidak meneruskan Haji dengan niat ini, iaitu bagi mengurangkan kesesakan. Maka tidak syak lagi ia akan membawa dekat dengan Allah, kerana ganjarannya. Sebuah Hadis berkata :"Tiap-tiap orang ialah dengan niat apa yg diniatkan"."

Assalamu'alaikum
Sedikit tambahan kepada jawapan Sheikh THTL mengenai waktu mengerjakan umrah dan keutamaan melakukan umrah tambahan.
Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ketua jabatan Shariah disebuah Universiti berkata :
"Sesungguhnya waktu Umrah adalah di setiap waktu didalam setahun, dibolehkan melakukan umrah dibulan-bulan Haji dan bulan-bulan yang bukan bulan Haji, akan tetapi mazhab Hanafi mengatakan bahawa : makruh melakukan pada Hari Arafah, Hari Raya Eid Al-Adha, Hari-Hari Tasryik, dan tidak dilarang mengulanginya didalam satu tahun, dan ini berkata mazhab Hanbali, dan diriwayat juga oleh Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Anas, Ai'syah, 'atha', dan Ikrimah."
Berkata Dr Syed Ahmad, pensyarah Tafsir dan Ulum Al-Quran, Universiti Al-Azhar bahawa :
áßä ÚäÏ ÊßÑÇÑåÇ ÊÈÞì ãÓÃáÉ ÇáÃæáæíÇÊ Èíä ÃäæÇÚ ÇáÎíÑ ÞÇÆãÉÎÇÕÉ ãÚ ÊÝÔí ÇáÝÞÑ Ýí ÚÇáãäÇ ÇáÅÓáÇãí¡ æÍÇÌÉ ÇáÃãÉ ááãÔÇÑíÚ ÇáÎíÑíÉÇáÑÇÆÏÉ ßÑÚÇíÉ ÇáíÊÇãì ¡ æÇáãÚÏãíä ¡æÈäÇÁ ÇáãÏÇÑÓ æÇáãÓÊÔÝíÇÊ æÛíÑåÇ ãä æÌæå ÇáÎíÑ ÇáÊí ÊÌáÈ ÑÖÇ Çááå æÍÈå¡ æáÇÊÞá ËæÇÈÇðÚä ÊßÑÇÑ ÇáÚãÑÉÃæ ÍÌ ÇáÊØæÚ .
"Tidak ada keraguan mengenai Umrah sebagai sunnah yang dimuliakan, tidak adalah halangan kepadanya sebagaimana yang telah dinyatakan.
Tetapi mengulangi perbuatan Umrah merupakan persoalan "prioriti" (keutamaan) atau awlayiwat diantara senarai jenis-jenis kebaikan lebih-lebih lagi dengan keadaan kemiskinan yang meluas didunia Islam, dan keperluan umat kepada projek-projek kebajikan terhadap anak yatim, pembinaan sekolah dan hospital dan lain-lain lagi kerja kebajikan yang boleh membawa kepada keredhaan Allah dan cintanya, dan tidak mengurangi pahala umrah atau haji sunnat seseorang"
Persoalan 'prioriti' ibadat ini telah di sentuh dengan panjang lebar oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi baik didalam buku Fikh Awlawiyyat dan juga beberapa fatwa/artikel beliau. Berikut adalah sebahagian dari petikan fatwa beliau yang diambil dari IslamOnline (Insyaallah bila ada kelapangan akan diterjemahkan didalam ruangan fatwa dan kenyataan ulama web al-ahkam) berkenaan dengan Umrah dan Haji sunat. Kata beliau :
"Jika seratus ribu orang yang melakukan Umrah dan Haji setiap tahun meletakkan wang perbelanjaan mereka mengadakan projek-projek Islam atau membantu projek yg telah sedia ada, dan ini dilakukan dengan cara bersistematik dan baik, maka ini akan memunafaatkan seluruh umat Islam dan dapat meluruskan/membantu keadaan sosial dan kewangan mereka. Ia akan membawa kepada kerja-kerja yang ikhlas kearah da'wah Islamiyyah bagi berdir menentang arus-arus dakyah missionari, komunis, sekular dan pergerakan dibawah tanah yang bekerjasama dengan timur atau barat, yang berbeza diantara mereka akan tetapi bersetuju kearah menentang perjuangan kebenaran Islam, menghentikan perkembangannya, dan memisah-misahkan umat Islam diantara satu sama yang lain."
"Saya [Al-Qardhawi] menasihatkan kepada ikhwan-ihkwan yang ikhlas didalam mengulangi ibadat Haji dan Umrah agar menghentikannya. Jika mereka merasakan perlu mengulangi ibadat ini lagi, maka biarlah ia dilakukan 5 tahun sekali dan ini boleh memunaafatkan kedua-duanya sekali dan mendapat ganjaran yg besar bagi mereka."
"1. Pertama - menyalurkan kewangan kepada kerja-kerja kebajikan, berda'wah dan memanggil kepada Islam dan menolong umat Islam dimana-mana didalam dunia atau mereka yang di luar (minoriti) yang tertindas."
"2. Kedua - memberi ruang yang cukup bagi orang Islam yang lain, yang datang dari tempat yang lain yang masih mempunyai kewajiban menunaikan Haji wajib. Bagi mereka yang memberi ruang dan memudahkan yang lain memang pasti baik ganjarannya. Bagi mereka yang tidak meneruskan Haji dengan niat ini, iaitu bagi mengurangkan kesesakan. Maka tidak syak lagi ia akan membawa dekat dengan Allah, kerana ganjarannya. Sebuah Hadis berkata :"Tiap-tiap orang ialah dengan niat apa yg diniatkan"."
wallauhu'alam
wassalam
--------
Rujukan:
1] Fatwa Haji Islam Online. Mengulangi ibadat Umrah. sumber : http://www.islamonline.net/hajj/arabic/display.asp?hquestionID=345
2] Bank Fatwa IslamOnline. Fikh Keutamaan - http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=1312
---
خيرالأمين