:salam
saya ada membincangkan topik ini dlm forum cari.com/muslimin-muslimat.
daripada forum yg ringkas tu, saya telah membuat kesimpulan berdasarkan postings yg sempat diutarakan.
kesimpulan yg saya buat berkaitan topik yg kami bincangkan itu ialah...;
“Tidak semestinya org bukan islam masuk neraka”.
namun saya juga mendapati beberapa kesimpulan sampingan, iaitu;
1) org2 yg dinyatakan pasti masuk neraka adalah org2 kafir. Sedangkan(please correct me if im wrong), tidak semua org bukan islam tu kafir. So, berkemungkinan ada juga org bukan islam yg dimasukkan ke syurga.
2) kita sebagai hamba allah, tidak mungkin dapat menentukan atau memastikan yg seseorang tu akan ke syurga atau ke neraka kerana keputusan muktamad adalah dari allah.
Dan sesungguhnya, allah itu maha pengampun, maha adil, lagi maha mengetahui apa yg tidak kita ketahui.
...
di sini saya ingin mengajukan semula persoalan yg sama, agar pihak yg lebih arif dapat memberikan pandangan ataupun penyelesaian kemusykilan ini.
terima kasih, wassalam...
:wassalam
Jawab:
Bila terutusnya Muhammad saw, semua orang kafir (kitabiah atau ahlil kitab atau musyrikin) akan masuk neraka. Inilah penjelasan Ibn Abbas bila turunnya ayat AQ 3: 85
Dalil yg lain AQ: 5: 72
Dalil Hadis (Sahih Muslim, 1/167 # 183 dari Abu Sa'eed alKhudry ra, (sabda)," setiap umat hendaklah mengikuti apa yg dahulu mereka sembah (selain Allah) hingga mereka tidak tersisa seorang pun yg dulunya menyembah selain Allah (melainkan) semuanya berjatuhan dalam Neraka.." hingga akhir.
Maka sebab itu kerjaya pendakwah dianggap setinggi2 kerjaya di sisi Allah. Dalil: Fusysyilat: 41. WA