Assalamualaikum…
Jikalau seseorang itu tegolong dalam golongan ma’mum masbuq di dalam solat Hari Raya… maka apa yang perlu dilakukannya selepas bertakbir sesudah didapati yang beliau telah tidak sempat bertakbir 7 kali dalam raka’at pertama bersama imam? Adakah dia perlu melakukannya individually… atau terus mendengar bacaan imam tersebut?
Jawab:
Orang lewat selalu rugi. Masbuq ini adalah penyakit umat akhir zaman. Dalam solat berjama'ah polisinya kekal: makmum hendaklah bertakbir dan mendapatkan Imam dan terus mengikuti Imam dan tidak boleh mendahuluinya. maka sunnah takbir 7X itu gugur kerana menta'ati Imam dan disiplin solat Jama'ah. Dalil: hadis Syaikhan dari Abu Hurairah ra, : Imam itu diujudkan utk diikuti, maka jangan sekali-kali kamu menyalahinya.." Imam Ahmad meletakkan hukum haram. Adapun hukum takbir itu sunat sahaja menurut jumhur (Fiqh Sunnah" 1/270; Nailool Awthor: 3/368) WA