SJ-2366: azan bayi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2366: azan bayi

Assamualaikum,

Berkenaan dengan mengazan bayi lelaki dan perempuan. Ada pendapat mengatakan bayi lelaki diazankan di kedua-dua telinganya manakala bayi perempuan diazan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.Yang mana satukah yang sunnah?

Wassalam.

Re: SJ-2366: azan bayi

:wassalam

Jawab:
Jawapan kali ini agak menggemparkan kerana kita akan meyalahi apa yg menjadi amalan yg lazim/popular. Ini antara tidak semestinya amalan popular itu sunnah. Amalan yg masyhur dan dipraktikkan dgn meluas ialah bayi (tak kira jantina) akan diazankan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri. Amalan ini diakui oleh Sayyid Sabiq rh (Grand Syaikh of alAzhar) dalam kitab muqarran yg masyhur: Fiqh Sunnah (Jld 3/329 edisi Arab), juga oleh alHafeedz Ibn Qayyim alJawzea (Tuhfatul Wadud) dan Imam alBaihaqee (asySya'b)

Pendapat-pendapat ahli2 Hadis:
Ia tidak thabit melalui hadis2. Maksudnya amalan ini tidak boleh dikatakan Sunnah kerana tidak ada hadis yg sahih utk menthabitkan amalan ini. Ia mungkin dipandang amalan yg baik kerana idhafiah (dikembangkan) dari fadhail Azan (fadhilat2) sahaja. Ini kerana asal azan itu disyari'atkan hanya memberitahu waktu solat melalui dalil yg sahih: Muttafaq 'alayh dari Malik bin Huwairith ra,: "Nabi bersabda," apabila masuk waktu solat, hendaklah salah seorang kamu azan.."

Bantahan terhadap nas-nas yg disandarkan:
1. HR Abu Daud, atTermidzi, alBaihaqee, Ahmad dan Tabarani dari Abu Rafi' (Khadam nabi saw) .
Status hadis ini : mungkar alhadis menurut syarat alBukhari kerana salah seorang perawinya, Asyim bin Abdullah kerana ia dhai'f (nailool awthor: 5/155 ; Ibn Qayyim mendha'ifkan hadis ini dlm Tuhfah)

2. Hadis dari Ibn Abbas ra, " RasuluLlah saw azan di telinga Hasan bin Ali dihari kelahirannya." (Ibn Hajar, alTaqreeb)
Imam alBaihaqee mendha'efkan kerana perawinya Hasan bin Amru adalah lemah
Ibn Abi Hatim (alJarh): matruk alhadis
Imam azZahabi (alMizan Jld 2) perawinya Hasan bin Amru adalah seorang pendusta.

3. Hadis Husin bin Ali ra," siapa yg mendapat anak dan kemudian azan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri, niscaya tidak diganggu oleh Ummu al Syibyan (sejenis Jin)." (alBaihaqee, Ibn Sunni meriwayatkan hadis ini)
Hadis in matruk (ditinggalkan/abandon) menurut kitab Majma' azZawaid kerana kelemahan perawinya Marwan bin Salim
Didha'efkan juga oleh Imam almanawi (syarah jami'us Sagheer)
4. Athar dari Umar bin Abdul Aziz ra bahawa dia melakukan azan dan iqamat di telinga bayi yg baru kelahiran (Tuhfatul Ahwazi, syarah sahih attermidzi: 5/107) Menurut alHafidz dalam Talkhis, athar ini tidak bersanad (ada periwatnya), Tuhfatul Ahwazi,:5/108)
alMuhaddith Nasiruddin Albani, al Silsilah adDha'ifah, mendha'efkan semua hadis dalam bab azan bayi baru lahir ini. Komentar Albani, "aku hairan dgn Ibn Qayyim dan alBaihaqee yg membolehkan beramal dgn hadis2 ini."

Itulah kedudukan sebenar kaifiat azan pada telinga bayi. WA