Assalamualaikum Wmt wkt jzkmllh atas jawaban lepas
1. Saya ingin dapat kepastian semula dari THTL tentang soalan 2356 hubungan antara SUAMI EMAK SAUDARA DENGAN ANAK SAUDARA PEREMPUAN BENAR KEPADA EMAK SAUDARANYA, Ahli panel kata ia bapa saudara yang sabit. Adakah benar?
2. Tentang soalan jual binatang peliharaan, bagaimana pula dengan hadis yang disebutkan dalam Kitab Kifayatul Akhyar berbunyi Åä Çááå ÅÐÇ ÍÑã ÔíÆÇ ÍÑã Ëãäå
Bukankah maksud hadis ini binatang yang haram maka harga nya pun haram iaitu ( jual beli haram ) ? Jika begitu jual beli harimau tak sah sebab berpandukan hadis ini harimau tak halal
Wassalam
:wassalam
Jawab:
1. Bapa saudara thabit itu dalam Bahasa Kelantan (Pak sedara Sabit). Bapa saudara itu sebenarnya orang asing tapi bertukar menjadi 'bapa saudara' kerana dia berkahwin dgn Emak saudara perempuan itu. Apakah anda ada istilah lain utknya?
2. Jualbeli harimau ni sengaja saya tidak huraikan kerana jualbeli ini tidak berlaku dalam alam realiti buat masa ini. Buat apa kita nak bincangkan hukumnya sedangkan harimau tidak dijualbeli dalam pasaran haiwan peliharan (pets) kecuali bengal cats atau baka kucing yg di cross breeding (kacukan antara kucing dan keluarga harimau) Jika benar2 harimau belang ini diniagakan dalam pasaran sebagai pets, maka barulah saya akan bahaskan. Jika tidak ada, maka saya tidak akan jawab soalan anda kerana termasuk bertanyakan hukum dalam perkara yg tidak berlaku. Yang dimaksudkan oleh kitab yg anda baca itu ialah berniaga babi, anjing, najis, dadah, perempuan sbg pelacur atau GRO, manusia, darah, organ manusia..dll. Berniaga harimau, beruang, gajah, boleh dibahaskan lagi jika memang dalam market ada urusniaga dan dibenarkan oleh undang2 perhilitan. Yang ada dalam pasaran gelap ialah perniagaan organ harimau untuk perubatan Cina dan kita tidak perlu membahaskan halal/haram perniagaan pasar gelap (black market) di sudut Fqh Mu'amalat Islami. WA