Adakah penting akan sesuatu panggilan nama ke atas diri seseorang?. Sebagai contoh, jika sahabat saya memanggil singkatan nama saya 'sin' yang bermaksud dosa dalam bahasa english, apakah kesannya ke atas diri saya? Adakah ia harus dielakkan dan diganti dengan nama singkatan yang lain? Wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
Jawab:
Ahli saikolog dan pakar motivasi Barat spt Napoleon Hill, Dale Carnegie, Stephen Covey, Zig Zigler, dan tempatan spt Dato Hasan Ali dan juga Dato Fadzilah Kamsah bersepakat bahawa 'NAMA' seseorang adalah kalimah yg paling indah bagi seseorang. Apabila kita menyeru atau memanggil nama seseorang, kita akan dapati dgn sepontan dia akan berpaling. Begitu juga jika guru atau penceramah jika memanggil muridnya atau peserta seminar dgn namanya, maka response (tindakbalas) seseorang akan lebih kuat berbanding jika kita panggil secara umum spt awak, kamu dsbnya. Oleh sebab itu Islam melalui hadis2 yg mutawatir menyeru ibubapa supaya memberi nama2 yg baik kepada zuriat mereka (lihat Tarbiyatul Awlad fil Islam Dr Ulwan)
Mengenai gelar2 atau kunyah ia adalah harus dalam Islam dan menjadi kebiasaan bangsa Arab mengguna gelar spt Abu, Ummu dan Ibn. Cth: Abu Bakar asSiddiq ra, Abu Hurairah dan Abu Turab (utk Sayyidina Ali ra), Ibn Umar ra dan Ummu Sulaim yg semuanya dikenali dgn nama samaran atau gelaran mereka..Tapi kunyah Abu, Ummu dan Ibnu ini tidak popular dalam culture Melayu.
Gelar2 atau nama kunyah yg ditegah ialah gelar2 yg buruk utk menyakitkan hati. Dalilnya: alHujurat: 11 (...janganlah kamu panggil-memanggil dgn gelar-gelar yg buruk..)
Uruf Melayu mereka memanggil secara shortform: Cth Yasin menjadi Sin; Muhammad=Mat. Nama saya Hassan misalnya di Kelantan hanya dipanggil Ase atau Se shj. Ya'akob menjadi Kob; Yahya menjadi Pak Ya atau Ya shj.
Perempuan pula: Fatimah menjadi Timah atau Mah aje; kalau orang aliran moden, Fauziah menjadi Gee, Khatijah menjadi Khaty, dan seterusnya....
Ini tidak ada apa salahnya jika bukan bertujuan membuat gelar2 yg buruk atau ada niat merubah makna. Maka nama Yasin jika dipanggil Sin tidaklah bermakna Dosa kerana uruf Melayu, Sin itu singkatan pada Yasin sahaja. Jika anda tidak suka dipanggil dgn singkatan itu khabarkan pada kawan dan tolan anda. Minta mereka memanggil dgn nama penuh. WA