SJ-2439: Zakat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2439: Zakat

:salam
:confused:Di sini saya ada beberapa kemusykilan mengenai persoalan zakat. Ketika menonton Laman Nurani pagi tadi, Ustaz berkenaan membincangkan tajuk Zakat. Soalan saya:
1) Bagi emas yang dipakai(diguna), Ustaz tersebut mengatakan jika nilainya melebihi RM5000, maka dikenakan zakat atas nilai selebihnya itu. Benarkah atau saya yang tersilap kerana sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa emas yang dipakai/diguna tidak dikenakan zakat ke atasnya.
2) Siapakah yang harus membayar zakat tersebut? Empunya diri, suami atau bapa (bagi mereka yang belum berkahwin tetapi sudah bekerja)?
3) Berapakah jumlah pendapatan yang dikenakan zakat pendapatan dan bagaimana kaedah mengira zakat pendapatan?
Diharap ustaz2 di sini dapat memberi sedikit penjelasan pada saya yang kurang ilmu ini. Syukran kathiran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

Re: SJ-2439: Zakat

:wassalam

1. Jumhur fuqaha' (kecuali Hanafi dan Zahiri) menetapkan barang kemas (emas) tidak dikenakan zakat. ia dikenakan zakat bila melebihi kadar uruf (kebiasaan) yg ditetapkan oleh Badan/Pusat Zakat/Baitul Mal), Madzhab Syafi'iy menetapkan kadar urufi ialah melebihi 100 misqal=425g emas atau bernilai RM 15,000. (alMajmu': 6/37)

Malaysia, melalui PPZ (cth KL) menetapkan nilai uruf ialah RM 5000. Ini bermakna emas perhiasan yg melebihi nilai urufi dikenakan zakat.

2. Jika isteri yg membayar zakat ialah suaminya (jika isteri yg bekerjaya, boleh dari duitnya) Jika anak dara yg belum kerja, ayahnya atau walinya. Jika masih bujang dan bekerja sendiri dan ada pendapatan, dirinya sendiri.

3. Zakat pendapatan.
Gaji bersih di tolak perbelanjaan dan jika masih ada baki melebihi kadar nisab (85 gm emas =20 Misqal) atau RM 3000 (KL), maka dikenakan zakat 2.5%. Hubungi mana-mana kaunter Zakat utk mendapatkan borang dan cara pengiraan. WA