:salam
Tumpang bertanya,
1. Adakah cara pergerakan dari i'tidal ke sujud itu perkara sunat ataupun wajib? (mendahului lutut baru tangan)
2. Bolehkah terangkan tentang cara duduk tertentu yg dilarang ketika duduk antara dua sujud?
3. Adakah sah bacaan fatihah dalam solat sekiranya pada tempat waqaf hanya berhenti tetapi tidak memulakan ayat yang baru dengan nafas baru? Contohnya Alhamdulillaahirabbil'aalamin (berhenti sebentar tetapi tidak mengambil nafas baru dan menyambung) Arrahmaanirrahiim.
Terima kasih
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Tidak ada masalah untuk tumpang bertanya, dan pihak kami pun akan cuba untuk menjawabnya setakat mana yang mampu.
1. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, hukumnya sunat apabila seseorang yang ingin sujud meletakkan lututnya sebelum kedua tangannya jika ia mampu dan itu adalah pandangan dari beberapa ulama'. Ini diambil dari hadith yang diriwayatkan oleh Waa'il bin Hujr. ("Aku melihat Rasulullah saw ketika hendak sujud meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan apabila bangkit mengangkat dua tangan sebelum kedua lututnya." - Hadits dikeluarkan oleh Al Imam Abu Dawud, Tirmidzi An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ad-Daarimy)
Walaubagaimana pun menurut Bin Baaz, qaul atau pandangan ulama mutakhir mengatakan bahawa sunat meletakkan tangannya sebelum lutut[1], sebagaimana yang dinyatakan oleh Shiekh Nasyiruddin Al-Albanididalam bukunya sifat Solat Nabi saw sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Khuzaimah (1/76/1), Ad-Daraquthni dan Al-Hakim, disahihkan dan disepakati oleh Al-Dzahabi.[2]ms. 140.
Al-Albani didalam Ringkasan Solat Nabi saw menulis[3] :
2. Sheikh Al-Albani menerangkan terdapatnya 2 cara duduk diantara dua sujud yang dibenarkan (Sifat Solat Nabi, ms 151).
a. Duduk iftirasy - duduk dengan meletakkan punggung pada tapak kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan (Sifat Solat Nabi, ms 152)
b. Duduk Iq'aa'
Kata Al-Albani:
Larangan duduk :
a. Duduk seperti anjing atau syaitan:
Berkata Abu Hurairah r.a. :
Komentar Al-Albani terhadap hadith ini ialah bahawa ia bukannya duduk yang disyariatkan (Iq'aa') seperti duduk diantara dua sujud (2b) yang dinyatakan disana [="#0000ff" size="3"]{ÞáÊ : æåÐÇ ÛíÑ ÇáÅÞÚÇÁ ÇáÔÑæÚ Èíä ÇáÓÌÏÊíä¡ ßãÇ ÊÞÏã åäÇß.}. Menurut Abu 'Ubaidah dan yang lain-lain duduk yang dimasukkan oleh hadith diatas ialah : dua tapak kaki ditegakkan kemudian duduk dilantai antara dua kaki tersebut dengan dua tangan menekan dilantai.
b. Menurut Al-Albani, duduk Iq'aa' ini dilarang ketika Tasyahud Awal (hanya dibenarkan didalam duduk diantara 2 sujud).
3. Sah bacaannya. Kerana menurut Al-Albani:
æåßÐÇ ßÇäÊ ÞÑÇÁÉ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßáåÇ¡ íÞÝ Úáì ÑÄæÓ ÇáÂí¡ æáÇ íóÕöáõåÇ ÈãÇ ÈÚÏåÇ¡ æÅä ßÇäÊ ãÊÚáÞÉ ÇáãÚäì ÈåÇ.
"Adalah sunat membaca satu ayat demi ayat, dan berhenti sebentar pada setiap ayat. Maka berkata : "Bismillaah il-Rahmaan il-Rahiim" kemudian berhenti. Kemudian berkata, "Al-Hamdu Lillaahi Rabb il-‘Aalameen , kemudian berhenti. Kemudian berkata : ‘al-Rahmaan il-Rahiim, kemudian berhenti.... dan seterusnya, sehingga akhir ayat. Inilah cara Nabi saw membaca keseluruhan surah itu, dan tidak mencantumkan satu ayat dengan ayat yang kemudiannya, walaupun ada makna yang bersambung."
Sdr boleh mengikuti link artikel berikut dari web al-ahkam : Ringkasan Sifat Solat Nabi saw oleh Al-Albani bagi menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan solat. Insyallah pihak kami akan cuba mengemaskinikan ruangan tersebut seminggu sekali. Artikel tersebut merupakan ringkasan dari buku Solat Nabi yang ditulis oleh Al-Albani juga Semua pergerakan dan bacaan didalam solat yang dinyatakan didalam buku bersumberkan hadith.
-wassalam-
===============
Rujukan :
1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - vol 4. Riyad : Dar Al-Watan, 2001. ms 232
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solat Nabi saw. Cetakan 2. Riyad : Maktab Al-Ma'aarif, 1996. .
3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Ringkasan Sifat Solat Nabi saw. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
خيرالأمين