SJ-2467: Sempadan Tempat Tinggal dalam Soal Solat Jama' &amp

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2467: Sempadan Tempat Tinggal dalam Soal Solat Jama' &amp

:salam,

Ana nak minta kepastian mengenai soal Solat Jama' & Qasar dalam situasi yang akan ana diterangkan selepas ini.

Ana rasakan kebanyakan jawapannya mungkin lebih mudah terjawab jika soalan mengenai sempadan tempat tinggal dalam permasalahan Solat Jama' & Qasar dapat dijawab terlebih dahulu. Ana telah mencari dalam arkib dan bertemu dengan ta'rif musafir, mukim, mustautin di tetapi tidak dijelaskan tentang sempadan tempat tinggal tersebut. Jadi soalan pertama ialah:

1. Dalam permasalahan Solat Jama' & Qasar, apakah sempadan tempat tinggal (mastautin)?

Situasi ana sekarang begini:

a. Menyewa rumah di Gombak
b. Kerja di Kuala Lumpur, lebih kurang 15 km dari rumah sewa
c. Zaujah ana masuk Maktab Perguruan Ipoh mulai hujung Januari 2003
d. Ibu bapa tinggal lebih kurang 25 km dari Ipoh, 40 km dari MPI
e. Anak-anak ditinggalkan dengan ibu bapa
f. Hampir setiap hujung minggu pulang ke rumah ibu bapa (biasanya Jumaat malam), atau sekali-sekala zaujah pulang ke Gombak
g. Kekadang balik dari Perak terus pergi kerja hari Isnin
h. Kemudian kekadang tak terus balik rumah tapi bermalam di rumah sahabat di kawasan PJ

Jadi, soalan-soalan seterusnya:

2. Bila ana keluar rumah pada pagi Jumaat menuju tempat kerja dan malamnya nanti akan pulang ke Perak, adakah ana telah dikira bermusafir dan boleh mula Jama' dan Qasar Solat Zuhur dan `Asr pada hari Jumaat tersebut?

3. Zaujah ana dikira sebagai bermastautin di Ipoh dan bila pulang ke Gombak dikira bermusafir?

4. Ana boleh Solat Jama' & Qasar di rumah ibu bapa tetapi zaujah tidak boleh sebab kurang 90 km dari Maktab?

5. Adakah masa pulang dari Perak terus ke tempat kerja tetapi belum pulang ke rumah masih dikira bermusafir?

6. Dan lanjutan dari (5), ana terus bermalam di rumah sahabat di PJ pada Isnin malam tersebut tanpa pulang ke rumah di Gombak, masihkah dikira bermusafir?

ALlah sahajalah yang dapat membalas usaha krew-krew al-ahkam.

WALlahu`alam.

Abu Muslih

Re: SJ-2467: Sempadan Tempat Tinggal dalam Soal Solat Jama'

:wassalam

Jawab:

1.
a. Gombak itu dianggap watan mastautin anda. Di mana anda menyewa dan akan menetap di situ utk jangka waktu yg panjang. Anda tidak boleh solat musafir bila berada di Gombak
b. KL dan Gombak tidak dianggap jarak dan illat musafir, maka anda tidak boleh solat musafir antara Gombak dan KL.
c. Zaujah (isteri) telah bermastautin di MPI Ipoh dan tidak boleh solat musafir semasa menjadi penuntut di MPI
d. Tempat ibubapa baik isteri atau suami dinamakan watan hakiki dan tidak boleh solat safar bila berada di Ipoh
e. Sama dgn d
f. Perjalanan Gombak-Ipoh, boleh solat safar di perjalanan sebaik sahaja melepasi Gombak dan sebelum sampai Ipoh. Isteri juga boleh solat safar di perjalanan sebaik sahaja keluar dari Ipoh sebelum sampai Gombak.
g. Ipoh -KL. Boleh solat musafir di sepanjang perjalanan, tapi bila tiba diKL, maka hendaklah solat tamam (solat sempurna)
h. Jika Ipoh-KL tapi tidak balik ke Gombak, kemudian bermalam di PJ, maka status anda ialah musafir dan boleh solat safar.

2. Anda sudah musafir sebaik sahaja keluar dari Gombak sebab ada niat akan terus ke Ipoh. Niat itu menjadikan anda berstatus musafir.

3. Zaujah musafir sepanjang perjalanan. Tapi bila sampai Gombak, hilanglah statusnya itu.

4. Anda juga tidak boleh solat jama'/qasr di watan hakiki (rumah ibubapa) dan begitu juga Zaujah anda.

5. Begitulah kerana Gombak adalah pemutus status anda sebagai musafir.

6. Ya, kerana musafir di kira pada syarat2nya antaranya musyaqqah (kesulitan) dan belum lagi tiba di rumah kediaman.

Ruj:
Fiqh Islami wa adillatuh, Jld 2 . WA