SJ-2501 : Basmalah dan surah AL-Taubah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2501 : Basmalah dan surah AL-Taubah

Kita dilarang membaca bismillah pada permulaan surah attaubah.Kalau kita baca beberapa ayat kemudian berhenti. Lepas beberapa lama kita nak sambung semula adakah kita dilarang juga membaca bismillah, atau adakah perlu baca bismillah. Tolong jelaskan beserta dalil sekali kerana saya mendapat beberapa jawapan dari orang2 yang di tanya tapi mereka tak sertakan dalil.

Re: Basmallah dan surah Attaubah

:salam

Insya Allah kami akan menjawab persoalan saudara setakat mana yang saya mampu.

------

Terdapat banyak pendapat dikalangan ulama' berkaitan persoalan ini. Imam Razi berkata bahwa Rasulullah saw tidak memulakan surah ini dgn Basmalah. Oleh itu, para sahabat juga tidak membaca basmalah dipermulaannya. Oleh yang demikian sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita akur dengan hakikat ini.

Berikut adalah jawapan Sheikh Ibn Uthaimin mengenai persoalan ini.

Tidak dimulakan surah At-Taubah dengan basmalah adalah kerana ia diturunkan Allah kepada Rasulullah saw sedemikian rupa( tanpa Basmalah). Sekiranya ia merupakan salah satu daripada surah tersebut, pasti ia tertulis di dalam al-Quran kerana Allah swt telah berfirman:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (QS. 15:9)

Walaubagaimanapun, antara para sahabat sendiri berlaku perbezaan pendapat berkaitannya sepertimana yang dikatakan oleh Saidina Uthman. Adakah ia sebahagian surah Al-Anfal ataupun surah yang berlainan? Sekiranya ia merupakan sebahagian surah Al-Anfal, maka mereka tidak meletakkan pemisah maupun basmalah antara keduanya. Sekiranya surah At-Taubah dan surah An-Anfal itu merupakan surah yg berlainan, maka mereka akan meletakkan pemisah serta basmalah. Oleh kerana kedua2nya tidak terdapat kepastian, mereka akhirnya berijtihad mengambil jalan tengah yakni memisahkan surah Al-Anfal dengan surah At-Taubah tetapi tanpa basmalah. WA.

:wassalam

Rujukan

Fatawa Islamiyyah
Volume 7
Disusun oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Why Surat At-Tawbah Does not Start with Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim

Re: SJ-2501 : Basmalah dan surah AL-Taubah

Assalamu'alaikum

Sekadar menambah jawapan kepada Sheikh Gayat, sekadar kemampuan dan ilmu yang terhad dengan izin Allah swt, Insyaallah.

Membaca Basmalah semasa membaca Al-Quran adalah mustahab (digalakkan), tetapi tidak wajib. Adalah disunatkan jika anda ingin membaca permulaan surah, melainkan ia adalah Surah Al-Taubah, kerana Basmalah tidak dibaca pada permulaannya. Jika seseorang itu membaca dipertengahan surah, maka tidaklah mustahab (digalakkan) membaca Basmalah.

Menurut Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi:

[="#ff00000" size="3"]ÏáøóÊ ÇáÓäøóÉ ÇáËÇÈÊÉ Ãäå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÞÑà ÇáÈÓãáÉ Ýí ÇáÕáÇÉ ÞÈá ÇáÝÇÊÍÉ æÞÈá ÛíÑåÇ ãä ÇáÓæóÑ ¡ ãÇ ÚÏÇ ÓæÑÉ ÇáÊæÈÉ ¡ áßäå ßÇä áÇ íÌåÑ ÈåÇ Ýí ÇáÕáÇÉ ÇáÌåÑíÉ Õáì Çááå Úáíå æÓáã .
"Sunnah yang terkenal ini menunjukkan Nabi saw membaca Basmalah didalam solat sebelum Al-Fatihah** dan sebelum surah-surah lain, selain dari Surah Al-Taubah, tetapi ia tidak membaca secara kuat sebagaimana ia membaca Al-Quran." - (Fataawa, 6/378)
[="#ff00000" size="3"]æÅÐÇ ßÇä ÓíÞÑà ãÇ ÊíÓÑ ãä æÓØ ÇáÓæÑÉ Ãæ ÂÎÑåÇ : ÝáÇ ÊÔÑÚ áå ÞÑÇÁÊåÇ

"Tetapi jika ia ingin membaca beberapa ayat dari surah samada pertengahan atau akhir surah, maka tidaklah di syaratkannya membaca Basmalah." (Fataawa,6/380)

**Basmalah didalam mazhab Syafie adalah sebahagian dari Al-Fatihah (Fiqh Al-Islami, 1/650), maka ia wajib dibaca didalam solat.

Sebab-sebab tidak terdapatnya Basmalah didalam surah Al-Taubah

Menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi surah Al-Taubah (Baraa'ah) menjelaskan kedudukan perbezaan orang Islam dengan kaum Musyikin, kata beliau:

[="#ff00000" size="3"]ááÚáãÇÁ Ýí ÊÚáíá Ðáß ÃÞæÇá ÃÑÌÍåÇ ÚäÏí ãÇ Ñæì Úä ÇáÅãÇã Úáí ÇÈä ÃÈì ØÇáÈ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá: ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã ÃãÇä¡ æÓæÑÉ ÈÑÇÁÉ äÒáÊ ÈÑÝÚ ÇáÃãÇä (ÐßÑå ÇÈä ÇáÌæÒí Ýí ÒÇÏ ÇáãÓíÑ) ÝåÐå ÇáÓæÑÉ Ýí ÇáæÇÞÚ Úáä ÅÚáÇäðÇ ÚÇãðÇ ÈÞØÚ ÇáãæÇËíÞ æäÈÐ ÇáÚåæÏ ÇáÊí Èíä ÇáãÓáãíä æÈíä ÇáãÔÑßíä¡ .
"Bagi ulama' didalam menjustifikasikan perkataan yang kemungkinan besar diriwayatkan oleh Imam Ali Ibn Tholib r.a. berkata : Bismillahirrahmaanirrahim ialah Keamanan, dan surah Baraa'ah diturunkan bagi menghilangkan (menaikkan) Keamanan (disebut oleh Ibn Jauzi), maka surah ini realitinya mengumumkan Bab memutuskan dan penolakan yang jelas antara Muslim dan Musyrikin."

Surah ini menurut al-Qardhawi, memang ternyata sekali mengarahkan orang Islam berlawan dan membunuh kaum Musyrikin. Kata beliau :

[="#ff00000" size="3"]æÇáÓæÑÉ áíÓ ÝíåÇ ÃãÇä ÝíåÇ: (ÝÇÞÊáæÇ ÇáãÔÑßíä ÍíË æÌÏÊãæåã æÎÐæåã æÇÍÕÑæåã æÇÞÚÏæÇ áåã ßá ãÑÕÏ)(ÇáÊæÈÉ:5) (æÞÇÊáæÇ ÇáãÔÑßíä ßÇÝÉ ßãÇ íÞÇÊáæäßã ßÇÝÉ) (ÇáÊæÈÉ: 36) ÝáÇ ãÌÇá áåÄáÇÁ ÅáÇ ÇáÓíÝ¡ æÅáÇ ÇáÞÊÇá æáÇ ãÌÇá áÑÍãÉ æáÇ ÃãÇä .
"Dan surah ini bukanlah ada keamanan didalamnya : (maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. .... Al-Taubah:5. (dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, .. Al-Taubah:36.) Tidak diberi peluang melainkan dengan pedang, melainkan dengan berperang dan tiada ada peluang untuk RAHMAH dan KEAMANAN."

Bekas pengerusi Fatawa Al-Azhar, Shiekh Atiyah Saqr menyatakan bahawa :

[="#ff00000" size="3"]ÇáÓÈÈ Ýí Ðáß ãÎÊáóÝ Ýíå¡ ÝÞíá áÃäåÇ ÓæÑÉ äÒáÊ ÈÇáÍÑÈ æÇáÞÊÇá æÝóÖÍ ÃÍæÇá ÇáãõäÇÝÞíä¡ æáÇ íõäÇÓöÈõåÇ ÇáÈóÏÁ ÈÇáÈÓãáÉ ÇáÊí ÊÔÊãá Úáì ÇáÑøÍãÉ¡
"Sebab surah ini berbeza didalamnya, maka berkata sesungguhnya surah ini diturunkan dengan peperangan dan pembunuhan dan mendedahkan keadaan Munafiqin, dan tidaklah munasabah memulakan surah ini dengan Basmalah dimana Rahmah tidak sesuai baginya."

Kesimpulannya, menurut Al-Qardhawi dan Saqr, dengan tiada Rahmah dan Keamanan, Basmalah tidak dibaca atau ditulis pada permulaan surah Al-Taubah. Basmalah pada permulaan surah-surah selain dari Al-Taubah adalah sunat dibaca (bagi Mazhab Syafie adalah wajib membaca Basmalah didalam Al-Fatihah semasa bersolat kerana ia adalah sebahagian dari surah Al-Fatihah), dan bagi pertengahan atau akhir surah tersebut, Basmalah tidaklah di syaratkan.

Wallahu'alam

-wassalam-

Rujukan :
=======

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah - Vol 6.

2. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh. Cetakan ke 2. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.

3. Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Mu'aasyirah - 1. Cetakan ke 9. Kaherah : Dar Al-Qalam, 2001 ms.59

4. Sheikh Atiyah Saqr. Sebab Al-Taubah tanpa Basmalah. url : sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11070

خيرالأمين