sebahagian dari jawapan ustaz Kamin - Membaca Basmalah semasa membaca Al-Quran adalah mustahab (digalakkan), tetapi tidak wajib. Adalah disunatkan jika anda ingin membaca permulaan surah........
Soalan saya,Pada tiap2 permulaan surah melainkan surah attaubah terdapat bismillah,jadi adakah boleh kita tidak membaca bismillah tersebut dan terus baca surah kerana ustaz kata baca bismillah sunat saja.Bacaan bismillah pada surah alfatihah memang sudah maalum.
Assalamu'alaikum sdr Solid.
Alhamdulillah, kita akan cuba menjawab soalan sdr itu dengan kadar kemampuan ilmu yang ada pada kami, Insyaallah.
Pada umumnya hukum membaca Basamalah pada permulaan surah adalah sunat hukumnya melainkan didalam surah Al-Taubah, dimana Basmalah tidak dibaca. Disini kita akan memaparkan petikan dari rumusan fatwa Sheikh Salih al-Munajjid, dimana beliau telah meringkaskan beberapa pandangan ulama' berkenaan dengan memulakan bacaan Basmalah sebelum membaca Al-Quran. Pembacaan Basmalah sebelum membaca Al-Quran secara umum bergantung kepada beberapa situasi:
1. Jika di permulaan sesuatu surah - selain dari surah Baraa'ah (Al-Taubah) - maka ramai dikalangan Imam-Imam mengatakan bahawa :"Adalah mustahab membaca Basmalah disetipa permulaan surah, didalam solat atau selainnya. Ini harus dilakukan sebagai amalan biasa, dan ada diantara mereka yang menganggap bahawa membaca keseluruhan Al-Quran tidaklah sempurna jika Basmalah tidak dibaca di permulaan setiap surah selain dari surah Al-Taubah". Apabila Imam Ahmad ditanya mengenai pembacaan Basmalah di setiap surah, dia berkata , "Janganlah mengabaikannya"[="#800000" size="3"](áÇ íóÏóÚóåóÇ ).
2. Jika seseorang mula dengan pertengahan surah , maka kebanyakkan ulama' mengatakan tidak ada sebab mengapa seorang tidak mulakan dengannya [iaitu membaca basmalah]. Telah disebut kepada Imam Ahmad setelah beliau berkata bahawa seseorang itu janganlah abaikannya dipermulaan surah, :
3. Membaca basmalah diawal surah Al-Taubah; tiada khilaf dikalangan ulama' bahawa hukumnya makruh. Saalih meriwayatkan beberapa isu berkaitan dengannya dari bapanya Ahmad, katanya :
4. Membaca basmalah bukan dari mula surah Al-Taubah, terdapat dua pandangan yang berbeza, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Hajar al-Haithami didalam al-Fataawa al-Fiqhiyyah (1/52). kata beliau :"dikalangan pembaca terulung, al-Sakhaawi berkata bahawa disana tiada khilaf bahawa adalah sunnah memulakan dengan Basamalah apabila seseorang mula membaca dipertengahan atau diperjalanan surah Al-Taubah, sebagaimana beliau membezakan antara membaca pada awal dan memulakan pembacaan di tengah-tengah, tetapi penjelasan beliau disangkal oleh al-Ja'bari dari kalangan Qari Al-Quran. Pandangan ini lebih berat kepada makruh hukumnya kerana sebab mengapa basamalah tidak dibaca pada awal surah Al-Taubah ialah kerana ia datanag dengan 'pedang' (Arahan berlawan dengan orang-orang kufar) dan ia terdedah kepada pihak munafik, dan tidak seperti surah-surah yang lain, dan tema ini diulang-ulang didalam surah Al-Taubah. Maka tidaklah dianjrkan membaca basamalah walaupun jika seseorang itu ingin memulakan bacaan di pertengahan surah, sepertimana ia tidak dianjurkan pada permulaan, bagi sebab yang telah dinyatakan.
Sila lihat :al-Adaab al-Shar’iyyah oleh Ibn Muflih, 2/325; al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah, 13/253 dan al-Fataawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/52.
--------------------
Kesimpulannya ialah walaupun tidak wajib dan hukumnya sunat memulakan pembacaan Al-Quran dengan Basamalah, tetapi ulama memandang berat mengenai sunnah ini, sehinggakan Imam Ahmad mengatakan "Jangan di abaikan". Bahkan, kita disunat membaca basamalah di permulaan setiap perkerjaan. Kerana adalah menjadi sunnah Nabi saw memulakan pekerjaan dengan menyebut Nama-Nama Allah ynag baik-baik. Ibnu Jabir meriwayatkan:
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan:
1. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Fatwa membaca basmalah. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=21722&dgn=3
خيرالأمين