SJ-2545: hukum darah pacat mengalir semasa sembahyang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2545: hukum darah pacat mengalir semasa sembahyang

:salam, kita ada dalam hutan, pacat ada 10 ekor dekat pelipat belakang lutut. Darah tak berhenti mengalir sampai nak habis waktu. Kita sembahyang dengan darah sedang mengalir dan terkena pakaian. Sah atau tidak. Jika tidak sah macam mana cara mengatasinya. Apakah hubungan dengan Saidina Umar ra yang membiarkan darah bisulnya mengalir ketika sembahyang. TQ. Wassalam. :bee [="brown"] [/] [="yellow"] [/] [="brown"] [/]

Re: SJ-2545: hukum darah pacat mengalir semasa sembahyang

:wassalam

Walau apapun perbahasan Fiqih, anda termasuk dalam Fiqh addharurat atau fiqh orang yg berhalangan. Apa yg perlu anda lakukan, ialah spt yg anda sebut perihal amalan salaf assoleh itu (Umar dan para sahabat yg lain) mereka membalut luka2 mereka dan jika darah masih menitis, maka solat itu sah. Bekas gigitan pacat atau lintah, memang lambat utk berhenti hinggalah darah disekitar luka (gigitannya) membeku. Apa yg anda perlu lakukan ialah membersihkan gigitan pacat, membalut dgn kain balutan dari peti First aid kit, dan berwudhu' spt biasa, jika darah menitis dari balutan, maka solat anda tetap sah. Inilah fahaman saya dari kitab Fiqh Sunnah dan Tamamul Minnah tahqiq Fiqh Sunnah kara Sayid Sabiq dan Muhaddith Albani. WA