SJ-2567: ikan pekasam yang diperam bersama perut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2567: ikan pekasam yang diperam bersama perut

:salam

ringkas soalan : apakah hukumnnya memakan ikan pekasam yang diperam bersama isi perutnya. Dikatakan bahawa isi perut ikan akan bercampur dengan daging ikan setelah diperam. Dari itu adalah haram memakan daging ikan tersebut. Diharap ustaz dapat jelas kan ini???

Lanjutan dari itu ada pendapat bahawa ayam yang direbus bersama perutnya untuk membuang bulu selepas disembelih juga pada status yang sama....diharap ustaz dpt jelaskannya????

:wassalam

Re: SJ-2167: ikan pekasam yang diperam bersama perut

:wassalam

Jawab:
1. Ikan Pekasam. 'Mmm dah lama benar saya tak makan ikan pekasam ni. Nostalgia zaman budak2 dulu. Ikan pekasam ni begitu popular di kalangan orang Melayu silam, hingga keluarlah pepatah Melayu," alang-alang menyeluk pekasam, biarkan sampai kepangkal lengan" Maksud peribahasa ini guri atau bekas pekasam tu amatlah menjelikkan, maka alang2 dah buat sesuatu yg sulit dan berat, kena diteruskan. Maka sejak dahulukala, bila disebut guri pekasam, maka nak seluknya adalah kerja yg berat. Cara membuat pekasam ni ada beberapa cara, cara orang Utara (terutama Perlis) lain caranya: pekasam Utara tidak menjadi jika ikannya tidak bersih, dan ingredient utama ialah beras goreng yg dikisar dan ditaburkan atas ikan itu, kemudian diperam (selepas dicampur garam). Cara lain juga, ikan yg direndam dalam brine (garam) juga ikan selepas disiang dan dibersihkan. Tak ada saya ketahui ikan pekasam itu tidak disiangkan dulu perutnya dan dibersihkan. Jadi pekasam bersama isi perutnya, saya tak pernah ketahui. Harap yg bertanya jelaskan dulu metode pekasam dari negeri mana yg tidak membuang perut.

2. Proses sembelihan ayam ni sudah diluluskan oleh pejabat Vaterinar dan tidak perlu kita pertikaikan Halal dan haramnya. Ini kerana proses sembelihan ayam tidak melibatkan proses spt pekasam (diperam dgn lama). WA