:wassalam
Jawab:
Untuk pengetahuan netters yg bingung dgn istilah perubatan 'azoospermia', ia merujuk pada kemandulan yg berpunca dari suami.
Dalam Istilah perubatan, azoospermia diletakkan dibawah kategori: male infertility (ketidaksuburan lelaki berdasarkan jumlah bilangan sperma dalam mani lelaki). Perincian:
a. Jika kurang dari 20 juta sperma/ml (LSC/Low sperm count/bil sperma rendah)
b. Jika kurang dari 10 juta sperma/ml (VLSC/very low sperm count/bil sperma sangat rendah)
c. Jika tiada sperma langsung itulah yg dinamakan azoospermia
Apakah azoospermia ini termasuk al'Uyub (kecacatan besar) yg boleh sampai ke tahap pembubaran perkahwinan (Fasakh)? Tidak menurut jumhur (Hanafi-Syafi'iy dan Maliki) kerana al Uyub bagi lelaki hanya dua: alJabb (zakar yg terpotong) dan al'Unnah (impotence atau mati pucuk) (alIrdabili, alAnwar li A'mal alAbrar:2/108; Abd Fatah alAinain, Islam wa usrah:2/341), Manakala Ibn Qayyim (Zaad alMa'ad: 4/182) meluaskan maksud alUyub kepada apa jua yg mengurangkan tercapainya maksud/objektif perkahwinan, maka diberi kelonggaran yg luas bukan dibataskan. Dalilnya: Umar alKhattab ra memerintahkan seorang lelaki yg ingin mengahwini seorang perempuan sedangkan dia disahkan mandul (azoospermia), menceritakan kecacatannya itu kpd pihak perempuan. Kami (Ahkam) memilih pendapat Ibn Qayyim kerana sesuai dgn perkembangan semasa di mana kes-kes azoospermia menunjukkan trend peningkatan. Tapi terlebih dahulu, suami yg mengalami azoospermia diberi peluang utk mendapatkan rawatan sekurang-kurangnya setahun dan terpulanglah kepada keputusan hakim atau Qadhi seterusnya. (alJaziri, Fiqh 'ala Madzhaahib arba'ah: 4/196; Dr Badran, azZawaj wa atTalaq fi islam, Iskandariah, Mu'asassah aljami'ah/307) WA