SJ-2639: [U] tarekat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2639: [U] tarekat

Assalamualaikum..Boleh tak ustaz lampirkan mengenai fatwa2 atau pendapat ulama2 salaf seperti Sheikh al-Albani, Sheikh Abdul Aziz b. Bazz atau sebagainya mengenai ilmu tasauf dan tarekat..Apa perbezaan di antara tasauf dan tarekat? :ooo:

Re: SJ-2639: [U] tarekat

:wassalam
Jawab:
Kita ambil terus dari koleksi Fatwa Syaikhul Islam dan Imam Ibn Taymiya Taqiyuddin bin Ahmad alHarani dalam Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam Jld 11 bermula dari ms 16. Juga dari kitabnya alUbudiyah, bermula dari ms 90. Dari Syaikhul Islam ini, murid-muridnya spt Ibn Qayyim dan akhirnya pengikut-pengikut beliau spt yg anda senaraikan spt alMuhaddith AlAlbani dan allamah alMufti Syaikh Ben Baz, Syaikh Saleh alUthaymeen, dsbnya semuanya bersumberkan Syaikhul Islam Ibn taymiya.

Fatwa Syaikhul Islam tentang Tasawwuf.
Kalimah Sufi dan Tasawwuf ini asalnya tiada dalam vocabulary Islam. Ada macam-macam makna, yg paling kuat tasawwuf berasal dari pakaian kaum sufi, "SUFF" yg berasal dari bulu kambing yg menyamai pakaian kependitaan dan kerahiban dalam ajaran Nasara. Yang rajih maksud tasawwuf aliran sufi ini tidak dikenali pada lingkungan 300 tahun pertama generasi salaf assoleh.
Aliran tasawwuf pertama kali muncul di Basrah oleh murid alImam Hasan alBasri bernama Abd Wahid bin Zaid (alFatawa, Jld 11, ms 6-7)
Jadi maksud asal tasawwuf ialah sikap zuhud, kuat beribadah, tazkiyah nafsu (menyucikan jiwa), sidiq, amanah dan ikhlas. Makam mereka ialah bila dapat merasakan nilai emas dan permata itu menyamai batu dan pasir (alFatawa: 11/16)
Selepas itu imej tasawwuf tercemar bila ahli bid'ah dan zindiq menyerapinya spt alHallaj yg membawa ajaran2 yg anih, bid'ah dan khurafat.

Tariqat.
dari segi bahasa ia bermaksud "jalan". Kumpulan-kumpulan sufi atau aliran tasawwuf itu mencipta jalan2 tersendiri dalam mengamalkan ajaran tasawwuf yg berbedza dgn firqah (kumpulan) sufi yg lain, misalnya Qadiri, Naqsyabandi, Tijani, Alawiyin, ahmadiah, dsbnya. Sebab itu kumpulan sufi itu dikenali dgn nama Tariqat, misalnya ajaran sufi naqsyabandi dikenali dgn nama tariqat Naqsyabandi, sempena syaikh pengasasnya. Syaikh Tariqat ini kerjanya membuat rumusan-rumusan dan manhaj2 yg berbedza dgn kumpulan yg lain. (Fatawa Syaikh Saleh alUthaymeen, Haqiqat atTasawwuf wa Mawqif asSuufiyah min Usyul alIbadah wadDeen)

Rumusan:
1. Tasawwuf maksudnya pada asal kemunculannya di Basrah adalah baik bermaksud penyucian hati dan kezuhudan, kemudian diserapi ajaran sesat dan bid'ah yg menjadikan ia tercemar dan berkecamuk hingga sukar menentukan mana yg benar dan salah
2. Tariqat pula ialah jalan-jalan kesufian yg dicipta oleh pengasas2 ajaran sufi itu utk membedzakan dia dari ajaran sufi yg lain. sekian. WA