Assalamualikum,
Saya dua dua soalan:
1-Adakah batal wuduk seseorang yang menyentuh atau tersentuh kemaluan (qubul atau dubur) anaknya ketika memakaikannya lampin seumpamanya?
2- Adakah terdapat batasan umur yang diharamkan melihat atau menyentuh bahagian aurat seseorang kanak-kanak lelaki mahupun perempuan?
Wassalam
:wassalam
Jawab:
1. Menyentuh kemaluan bayi
Fiqh Syafi'iy dan Hanbaliah: batal
Fiqh Maliki dan Hanafi: Tidak batal
(alMajmu: 2/3-64; alMughny: 1/168; Bidayah alMujtahid: 1/33-39 dan alDurr alMukhrat: 1/124-138
Fiqh Tahqeeq: Imam Ibn Taymiyah: Tidak batal kerana tidak disengajakan dan tiada syahwat menyentuh kemaluan bayi.
2. Batasan umur melihat dan menyentuh aurat kanak2.
HR Abu Daud, " Perintahlah mereka melaksanakan solat pada usia 7 tahun, pukullah mereka agar melaksanakan (solat) pd usia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka." (Albani, Sahih Abu Daud/508)
Imam Ibn Abidin (Radd alMukhtar; Jld 1: bab Syurut asSolat) Tiada aurat bagi kanak2 yg berumur 4 tahun ke bawah. Jika berumur lebih dair 4 tahun, hanya kemaluannya sahaja sbg aurat. Jika umurnya meningkat hingga usia mempunyai syahwat, maka auratnya sama dgn orang dewasa.
Perihal menyentuh aurat kanak-kanak. Dibolehkan jika ada tujuan syara'iy. WA