SJ-2670 : Rasa tertekan, risau

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2670 : Rasa tertekan, risau

A'kum,
Seorang suami merasa tertekan, risau, sedih tanpa mengetahui apa sebabnya.Si isteri pernah mempunyai hubungan sulit dengan seseorang tapi telah bertaubat. Suami tidak mengetahui mengenai perkara ini. Mungkin balasan akibat tindakan isteri jadi si suami merasa risau, tertekan. Si isteri banyak berdoa dan melakukan solat hajat, taubat selainkan mengamalkan surah surah melapangkan fikiran dan begitu juga si suami. Masalah ni bersangkutan dengan masalah isteri yang dikemukakan tempohari.Harap dapat membantu. Terima kasih.

Re: SJ-2670 : Rasa tertekan, risau

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Pertama-tama kalinya, saya ingin memohon ma'af dimana kemungkinan besar persoalan diatas tidak boleh terjawab dengan hanya memberikan hukum-hakamnya sahaja. Permasalahan ini merupakan persoalan psikologi dan kerohanian, malah ia memerlukan penyelesaian lebih dari persoalan Fiqh. Walaubagaimana pun, kami akan cuba menyentuh skop yang menyentuh tentang hukum bagi menjelaskan kedudukan perkara diatas. Seterusnya, teruskan usaha pemulihan dengan melakukan amalan-amalan yang dinyatakan diatas dan tidak lupa juga teruskan memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt.

-----------------

Lanjutan dari persoalan yang ditimbulkan didalam SJ-2640 : Masalah Isteri, dimana seorang isteri telah menjalinkan hubungan dengan suami orang, dan sebelum terlanjur telah berpatah balik ke pangkal jalan. Beliau dikatakan telah bertaubat nasuha, dengan sebenar-benar Taubat, dan apakah perlu dirahsiakan 'perbuatan' tersebut. Islam memandang apa sahaja dosa yang lepas yang telah diinsafi dan telah bertaubat kepada Allah, maka ia tidak perlu diceritakan/diungkit kembali. Kami telah mendatangkan dalil dan nas dimana perbuatan tersebut tidak perlulah di ceritakan kepada suaminya.

Lanjutan dari persoalan ini ialah dengan membawa andaian bahawa suami tidak tahu akan perhubungan tersebut tetapi berada didalam keadaan risau, tertekan dan sebagainya tanpa sebab. Tidak mungkin bagi seseorang lelaki yang normal boleh menjadi tertekan tanpa sebagai sebab! Pasti ada penyebabnya. Adakah ini disebabkan balasan Allah keatas perlakuan dosa isterinya?? Agama Islam bukanlah berkonsepkan 'seorang boleh menebus dosa orang lain' sebagaimana yang di akui oleh orang-orang Kristian, dimana Jesus mati disalibkan untuk membayar hukuman/substitusi atas dosa-dosa manusia. Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]Þõáú ÃóÛóíúÑó Çááøóåö ÃóÈúÛöí ÑóÈøðÇ æóåõæó ÑóÈøõ ßõáøö ÔóíúÁò æóáóÇ ÊóßúÓöÈõ ßõáøõ äóÝúÓò ÅöáøóÇ ÚóáóíúåóÇ æóáóÇ ÊóÒöÑõ æóÇÒöÑóÉñ æöÒúÑó ÃõÎúÑóì Ëõãøó Åöáóì ÑóÈøößõãú ãóÑúÌöÚõßõãú ÝóíõäóÈøöÆõßõãú ÈöãóÇ ßõäúÊõãú Ýöíåö ÊóÎúÊóáöÝõæäó

"Katakanlah: (Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya." - (Surah al-An`am 6:164)
[="#ff00000" size="3"]ãóäö ÇåúÊóÏóì ÝóÅöäøóãóÇ íóåúÊóÏöí áöäóÝúÓöåö æóãóäú Öóáøó ÝóÅöäøóãóÇ íóÖöáøõ ÚóáóíúåóÇ æóáóÇ ÊóÒöÑõ æóÇÒöÑóÉñ æöÒúÑó ÃõÎúÑóì æóãóÇ ßõäøóÇ ãõÚóÐøöÈöíäó ÍóÊøóì äóÈúÚóËó ÑóÓõæáðÇ
"Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." - (Surah Al-Israa' 17:15)
[="#ff00000" size="3"]æóáóÇ ÊóÒöÑõ æóÇÒöÑóÉñ æöÒúÑó ÃõÎúÑóì æóÅöäú ÊóÏúÚõ ãõËúÞóáóÉñ Åöáóì ÍöãúáöåóÇ áóÇ íõÍúãóáú ãöäúåõ ÔóíúÁñ æóáóæú ßóÇäó ÐóÇ ÞõÑúÈóì ÅöäøóãóÇ ÊõäúÐöÑõ ÇáøóÐöíäó íóÎúÔóæúäó ÑóÈøóåõãú ÈöÇáúÛóíúÈö æóÃóÞóÇãõæÇ ÇáÕøóáóÇÉó æóãóäú ÊóÒóßøóì ÝóÅöäøóãóÇ íóÊóÒóßøóì áöäóÝúÓöåö æóÅöáóì Çááøóåö ÇáúãóÕöíÑõ
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. - (Surah Al-Faatir 35:18)

Kesemua firman Allah swt diatas menunjukkan dosa yang dibawa oleh seseorang itu dipertanggung jawabkan keatas pelakunya. Dosa seseorang itu tidak dibebankan keatas orang yang lain yang tidak tahu-menahu mengenai perbuatan sipelaku. Maka langkah yang seterusnya ialah, cuba selidiki akan apakah sebab-sebab rasa tertekan yang dihadapi oleh sisuami!

-----------

Fenomena resah dan berbolak balik hati didalam bertaubat itu adalah hasil kerja Syaitan. Syaitan memang sentiasa mengundah gulanakan hati mereka-mereka yang berdosa dengan was-was, dengan mengurangkan keyakinan bahawa Allah swt belum tentu akan menerima Taubatnya.. Syaitan sentiasa meletakkan begitu sukar rasanya untuk memohon pengampunan dari Allah swt. Anda harus yakin bahawa Allah akan menerima Taubat seseorang itu (PASTI!!) dan akan menukarkan keburukan kepada kebaikan. Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]ÅöáøóÇ ãóäú ÊóÇÈó æóÂãóäó æóÚóãöáó ÚóãóáðÇ ÕóÇáöÍðÇ ÝóÃõæáóÆößó íõÈóÏøöáõ Çááøóåõ ÓóíøöÆóÇÊöåöãú ÍóÓóäóÇÊò æóßóÇäó Çááøóåõ ÛóÝõæÑðÇ ÑóÍöíãðÇ
"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[="#ff00000" size="3"]æóãóäú ÊóÇÈó æóÚóãöáó ÕóÇáöÍðÇ ÝóÅöäøóåõ íóÊõæÈõ Åöáóì Çááøóåö ãóÊóÇÈðÇ

"Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat"; [al-Furqaan 25:70-71]

Pintu Taubat masih terbuka, tiada orang lain yang boleh berdiri diantara anda dan penyesalan/taubat. Nabi saw bersabda :

[="#0000ff" size="3"]Åöäøó Çááøóåó íóÞúÈóáõ ÊóæúÈóÉó ÇáúÚóÈúÏö ãóÇ áóãú íõÛóÑúÛöÑú
"Allah akan menerima taubat hambnya selagi nyawa belum sampai ke urat leher" - (Riwayat Al-Tirmudzi,al-Da'waat #3460, dikelaskan sebagai Hasan oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan Al-Tirmudzi, 2802).

Allah gembira melihat hambanya bertaubat. Menurut sebuah hadith riwayat Imam Muslim, didalam Sahihnya (Bab Taubat), dari Anas bin Malik, Nabi saw bersabda :

[="#0000ff" size="3"]áóáøóåõ ÃóÔóÏøõ ÝóÑóÍðÇ ÈöÊóæúÈóÉö ÚóÈúÏöåö Íöíäó íóÊõæÈõ Åöáóíúåö ãöäú ÃóÍóÏößõãú ßóÇäó Úóáóì ÑóÇÍöáóÊöåö ÈöÃóÑúÖö ÝóáÇÉò ÝóÇäúÝóáóÊóÊú ãöäúåõ æóÚóáóíúåóÇ ØóÚóÇãõåõ æóÔóÑóÇÈõåõ ÝóÃóíöÓó ãöäúåóÇ ÝóÃóÊóì ÔóÌóÑóÉð ÝóÇÖúØóÌóÚó Ýöí ÙöáøöåóÇ ÞóÏú ÃóíöÓó ãöäú ÑóÇÍöáóÊöåö ÝóÈóíúäóÇ åõæó ßóÐóáößó ÅöÐóÇ åõæó ÈöåóÇ ÞóÇÆöãóÉð ÚöäúÏóåõ ÝóÃóÎóÐó ÈöÎöØóÇãöåóÇ Ëõãøó ÞóÇáó ãöäú ÔöÏøóÉö ÇáúÝóÑóÍö Çááøóåõãøó ÃóäúÊó ÚóÈúÏöí æóÃóäóÇ ÑóÈøõßó ÃóÎúØóÃó ãöäú ÔöÏøóÉö ÇáúÝóÑóÍö
"Allah gembira terhadap taubat hambanya lebih dari orang lain yang gembira jika semasa ia bermusafir dan unta yang membawa makanan dan minuman lari, dan dia putus harapan untuk mencarinya, kemudian dia menjumpai pokok tidor dibawah bayang-bayangnya, memikirkan bahawa dia tidak akan dapat untanya lagi, kemudian semasa dia berkeadaan begitu, dia telah melihat untanya berdiri disebelahnya, maka ia menahannya dan berkata 'Ya Allah, kamu adalah hambaku dan akulah Tuhan kamu', melakukan kesalahan kerana terlalu gembira".

Ingatlah akan janji Allah swt yang akan menerima taubat hambanya. Apa yang perlu dilakukan ialah melakukan tanggung-jawab yang betul terhadap suaminya. Mesti isteri yang solehah yang di idam-idamkan oleh lelaki yang beriman. Rapatkan hubungan yang rengang, kemudian tanyalah sisuami untuk menceritakan kemusykilan yang terpahat dikepala. Teruskan bertaubat dan melakukan amalan-amalan yang baik, Insyaallah, pasti pertolongan Allah swt amat dekat. Ingatlah, kepahitan-kepahitan yang dahulu, akan menjadi kemanisan yang akan datang. Dengan syarat, jangan mengulangi DOSA-DOSA yang lepas. Allah swt tidak akan menghukum hambanya dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang lain. Dan dosa-dosa akan terhapus dengan Taubat Nasuha. Maka mereka-mereka yang berjalan menuju kearah pintu taubat, akan diduga oleh syaitan-syaitan yang sentiasa ingin mengecewakan dan mengundah-gulanakan hati-hati manusia yang ingin kembali kepada Allah swt. Jangan berputus asa, teruskan bertaubat. Perbanyakkan istigfar dan berdo'a kepada Allah swt.

----------------
Harap dapat membaca khutbah Jumaat 1423 di Masjid Nabi saw (Madinah) yang bertajuk : "Khutbah Tahun Baru : Hari berganti hari, dan maut mendatang", semoga ia mendorong agar kita sentiasa ingin bertaubat kepada Allah swt:

Sila klik di url ini : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=11069

wallahu 'alam

-wassalam-

خيرالأمين