SJ-2671 : TIDUR - MEMBATALKAN WUDU'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2671 : TIDUR - MEMBATALKAN WUDU'

Ana ada sedikit kemusykilan...

Bagaimana tidur yang membatalkan wuduk?

wa

Re: SJ-2671 : TIDUR - MEMBATALKAN WUDU'

:salam

Tidur yang nyenyak itu membatalkan wudhu'. Dalil2nya adalah

Sabda baginda saw yg diriwayatkan oleh Ali yang bermaksud, "Mata itu adalah pengawal dubur, maka dengan kerana itu sesiapa yang tidur, mka dia wajib berwudhu'."[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah]

Dari Shafwan bin Assal r.a, "Rasulullah saw. memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka sepatu selama tiga hari tiga malam, kecuali bila junub, tetapi agar membukanya di kala buang air besar atau kecil dan jika tidur.”[Hadis riwayat Ahmad, Nasa’i dan Turmudzi yang menyatakan sahnya]

Dari Muawiyah, "Mata itu adalah pengawal dubur. Jika dua mata telah tidur, maka terlepaslah kawalannya."[Hadis riwayat Ahmad]

Kembali kepada persoalan VHoutenJr:

Quote:
Bagaimana tidur yang membatalkan wuduk?

Ulama' berbeza pendapat mengenai perkara ini. Secara umumnya terdapat dua pendapat iaitu:

Mazhab Hanafi dan Syafi'i berpendapat, tidur dalam keadaan rapat papan punggungnya ke tempat duduk tidaklah membatalkan wudhu'. Mereka berdalilkan kpd hadis berikut:

Hadis riwayat Anas yang bermaksud, “Pernah para sahabat Rasulullah saw. menunggu waktu utk sembahyang isya', lalu mereka terlena sambil duduk, kemudian mereka bangun melakukan shalat tanpa wudhuk. [Hadis riwayat Syafi’i, Muslim, Abu Daud dan Turmudzi]

mazhab maliki dan hanbali pula berpendapat, tidur yg sebentar ataupun ringan tidak membatalkan wudhu'. Dalil mereka:

Hadis riwayat Anas yang bermaksud, “Para sahabat Rasulullah saw. menunggu-nunggu waktu isya hingga larut malam, hingga kepala mereka berkulaian, kemudian mereka melakukan shalat tanpa wudhuk lebih dahulu.

Hadis riwayat Ibnu Abbas katanya, "Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, lalu baginda bangun drpd tidur Baginda dan aku juga turut bangun di sebelah rusuk kiri BAginda, lalu baginda memegang tanganku dan menempatkan aku di sebelah rusuk kanan Baginda. Apabila aku terlelap, Baginda telah sembahyang sebyk 11 rakaat."[Hadis Riwayat Muslim]

Kesimpulannya, menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fiqh Islami jilid 1, tidur dalam keadaan mengiring yang tidak rapat papan punggungnya, sama ada di dalam sembahyang atau lainnya boleh membatalkan wudhu' tanpa khilaf lagi di kalangan fuqaha'. WA.

:wassalam

Rujukan

Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1
oleh Dr Wahbah al-Zuhaili

Feqhus sunnah
oleh Sheikh Sayyid Sabiq
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=feqhsunnah&Number=11455&page=0&view=collapsed&sb=2&o=&fpart=1

Fiqh Islamiyyah Volume 2
oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad
(Fatwa Sheikh Ibn Baz)

p/s - kamin hanya menyelaraskan nombor SJ..