SJ - 2711 : Bercakap bohong

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2711 : Bercakap bohong

Ada tak jenis bercakap bohong yg dibenarkan oleh Islam.Contohnye mereka alasan utk tidak hadir majlis yg kita tidak suka.Ada dak yer..kalo ada pun camana kira tu.Berdosa gak ker? :wassalam :confused:

Re: SJ - 2711 : Bercakap bohong

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang terbatas, Insyaallah.

Mungkin ini yang diistilahkan sebagai BOHONG SUNAT dikalangan masyarakat kita. Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut mengenai permasalahan ini, ada baiknya kita lihat kembali sikap bercakap BENAR yang merupakan sifat yang dituntut didalam Islam.

Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]íÇ ÃíåÇ ÇáÐíä ÂãäæÇ ÇÊÞæÇ Çááå æßæäæÇ ãÚ ÇáÕÇÏÞíä
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan bersamalah dengan mereka yang melakukan kebenaran" - (Al-Taubah 9:119)

Berkata Ibnu Kathir (2/414):

[="#800000" size="3"]Ãí : ÇÕÏÞæÇ æÇáÒãæÇ ÇáÕÏÞ ÊßæäæÇ ãä Ãåáå ¡ æÊäÌæÇ ãä ÇáãåÇáß ¡ æíÌÚá áßã ÝÑÌÇð ãä ÃãæÑßã æãÎÑÌÇð .
"Maknanya : Berlaku benar dan beradalah didalam kebenaran dan anda adalah dikalangan ahlinya, dan akan diselamatkan dari bencana, dan akan dijadikan jalan keluar bagi masalah kamu".

Begitu mulianya sikap orang yang bercakap benar didalam Islam, dimana Allah swt akan memberinya jalan keluar dari masalah yang menimpa. Malah kelebihan orang yang berada didalam kebenaran ialah ia dapat memasukkan seseorang itu ke dalam syurga. Dari Hadith Nabi saw :

[="#0000ff" size="3"]æÚóäú ÚóÈúÏö Çááøóåö Èä ãÓÚæÏ ÑÖí Çááå Úäå ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : "Úóáóíúßõãú ÈöÇáÕøöÏúÞö ÝóÅöäøó ÇáÕøöÏúÞó íóåúÏöí Åöáóì ÇáúÈöÑøö æóÅöäøó ÇáúÈöÑøó íóåúÏöí Åöáóì ÇáúÌóäøóÉö æóãóÇ íóÒóÇáõ ÇáÑøóÌõáõ íóÕúÏõÞõ æóíóÊóÍóÑøóì ÇáÕøöÏúÞó ( Ãí íÈÇáÛ Ýíå æíÌÊåÏ ) ÍóÊøóì íõßúÊóÈó ÚöäúÏó Çááøóåö ÕöÏøöíÞðÇ æóÅöíøóÇßõãú æóÇáúßóÐöÈó ÝóÅöäøó ÇáúßóÐöÈó íóåúÏöí Åöáóì ÇáúÝõÌõæÑö æóÅöäøó ÇáúÝõÌõæÑó íóåúÏöí Åöáóì ÇáäøóÇÑö æóãóÇ íóÒóÇáõ ÇáÑøóÌõáõ íóßúÐöÈõ æóíóÊóÍóÑøóì ÇáúßóÐöÈó ÍóÊøóì íõßúÊóÈó ÚöäúÏó Çááøóåö ßóÐøóÇÈðÇ . "
Abdullah ibn Mas'ood (r.a) berkata :"Rasulullah saw bersabda :'Anda mesti bercakap benar, kerana kebenaran akan membawa kepada kebajikan, dan kebajikan akan membawa kepada syurga. Seorang lelaki akan bercakap benar dan berusaha bercakap benar sehingga dia dicatitkan disisi Allah orang yg Sidiq (Orang yg bercakap benar). Awaslah dari bercakap bohong, kerana berbohong akan membawa kepada keburukan akhlak, dan keburukan akhlak akan membawa kepada neraka. Seseorang akan bercakap bohong dan cuba bercakap bohong sehinggalah Allah mencatitkan disisinya sebagai Pembohong" - Riwayat Muslim #4721).
-------------

Apakah boleh seseorang itu berbohong? Atau adakah wujudnya istilah Bohong Sunat?

Pada dasarnya, hukum berbohong adalah dilarang, tetapi terdapatnya beberapa keadaan dimana Islam membenarkan berbohong yang pada situasi tersebut lebih besar maknanya atau mengelak dari bahaya.

Salah satu keadaan ialah apabila seseorang itu menjadi orang tengah diantara dua pihak yang bertelagah diantara mereka, jika kesefahaman tidak dapat dicapai didalam apa cara, berbohong dibenarkan. Umi Kalsom meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :

[="#0000ff" size="3"]áíÓ ÇáßÐÇÈ ÇáÐí íÕáÍ Èíä ÇáäÇÓ Ýíóäúãí ( Ãí íÈáøÛ ) ÎíÑÇð Ãæ íÞæá ÎíÑÇð
"Bukanlah dikatakan berbohong orang yang menyatukan antara 2 orang dan menyampaikan sesuatu yang baik atau berkata apa yang baik" - Riwayat Al-Bukhari #2495.

Contoh yang lain ialah seorang suami yang berbicara kepada isterinya, atau seorang wanita berbicara kepada suaminya, mengenai perkara yang boleh menguatkan perhubungan kasih-sayang diantara mereka, walaupun puji-pujian itu melampau. Asma' binti Yazid berkata :

[="#0000ff" size="3"]ú ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áÇ íóÍöáøõ ÇáúßóÐöÈõ ÅöáÇ Ýöí ËóáÇËò íõÍóÏøöËõ ÇáÑøóÌõáõ ÇãúÑóÃóÊóåõ áöíõÑúÖöíóåóÇ æóÇáúßóÐöÈõ Ýöí ÇáúÍóÑúÈö æóÇáúßóÐöÈõ áöíõÕúáöÍó Èóíúäó ÇáäøóÇÓö
Bersabda Rasulullah saw : "Berbohong tidak dibenarkan (halalkan) melainkan 3 keadaan : Lelaki yang bercakap kepada isterinya bertujuan mengembirakannya, berbohong semasa perang dan berbohong bagi menyatukan antara dua manusia" - Riwayat al-Tirmudzi #1862, kata beliau in Hadith Hasan, Sahih Muslim #4717.
----------------

Kesimpulannya, berlaku benar adalah sikap yang sangat dituntut didalam Islam. Namun demikian, jika ia bertujuan mengembirakan hati isteri yang tercinta dengan puji-pujian yang berlebihan atau dengan berbohong dapat menyelamatkan dari bahaya, maka ia dibenarkan. Dan tidaklah dikatakan berbohong jika keadaan ini berlaku. Sebagai penutup, kita paparkan kisah Imam Sufyan Al-Thauri dengan Khalifah al-Mahdi.

[="#800000" size="2"]"Imam Sufian Al-Thauri telah dibawa kepada Khalifah al-Mahdi yang amat menyukai beliau. Tetapi apabila Al-Thauri ingin pulang, Khalifah mengatakan beliau kena tinggal disitu lagi. Al-Thauri bersumpah yang beliau akan datang balik. Beliau kemudian telah keluar tetapi meninggalkan kasutnya berdekatan dengan pintu. Setelah berapa ketika beliau telah datang balik untuk mengambil kasutnya, lantas pergi dari situ. Khalifah bertanyakan mengenai beliau, dan dia telah diberitahu bahawa Al-Thauri bersumpah akan datang balik, maka beliau datang balik dan mengambil kasutnya".

wallahu' alam

-wassalam-

Rujukan :

Tafsir Ibnu kathir. Al-Harf.

خيرالأمين