SJ-2780: APAKAH " FIQH al-WAQIE' " ( FIQH BERDASARKAN REALIT

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2780: APAKAH " FIQH al-WAQIE' " ( FIQH BERDASARKAN REALIT

:salam

dulu saya selalu mendengar perkataan ini dan tak terfikir pulak utk bertanyakannya. cumanya sekarang ni, timbul persoalan berkenaan hal ini. bolehkah ustaz beri maklumat tentang fiqh al waaqi' ini. saya bukan specialist dlm bidang agama jadi tidak tahu secara detail tentang fiqh ni. baru2 ni ada org mengatakan yg maksudnya lebih kurang begini: alquran dan sunnah diturun kan oleh Allah dan dia tahu apa yg akan berlaku. apa yg saya faham dgn fiqh ini ialah ianya adalh bertujuan utk menyesuaikan hukum dgn keadaan semasa dan persekitaran. tidakkah ianya menafikan bahwa Allah cipta hukum Nya berdasarkan pengetahuannya yg maha Mengetahui utk diikuti. fiqh waqi' ini seolah2 menyuruh hukum itu sesuai dgn kita. bukan kita yg sesuai dgn hukum.

Re: SJ - XXXX : APAKAH

Sekadar tinta pandanganku yang dhaif sebelum al-fadhil Ustaz Pendekar menjawab.

Fiqh Al-Waqi' bukanlah menyuruh kita hukum itu menyesuaikan diri dengan kita. Fiqh al-waqi' merujuk kepada dalalah atau tsubut yang masih dzanniy (samar). Adalah haram kita berijtihad kepada perkara yang sudah qat'ie (putus).

Dalam usul fiqh, dikatakan 75% ayat hukum masih dzanni. Ini sejajar dengan kaedah fiqh:
taghyirul ahkam bi taghyirul azman wa makan wa ahwal -- perubahan hukum itu berlaku sejajar dengan perubahan zaman, tempat, dan keadaan.

Sebagai contohnya, Imam As-syafie Rh dgn Qaul qadim dan qaul jadid kerana perubahan tempat di antara mesir dan iraq, suasana yang berbeza.

Pengharaman arak contohnya, bukan dilakukan secara sekali gus tetapi berperingkat.

hadith mencegah kemungkaran, "barangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah ia cegah dgn tangan, sekiranya tidak mampu dgn lisan, sekiranya tidak mampu jugak, cukuplah benci dgn hati."

Imam Malik Rh di dalam kitab al-muwattha' berkata: "berbicaralah kepada manusia mengikut kemungkaran yang dilakukan." (syarh al-muwatta')

Ibn taimiyyah Rh menghalang anak muridnya menyerang orang tar-tar yang sedang mabuk meminum arak kerana melihat kepada maslahat umum.

Secara kesimpulannya,
1. fiqh al-waqi' bukanlah menyuruh kita menyesuaikan hukum dalam erti kata yang sebenarnya. Faham suasana sebelum membuat keputusan adalah penting. Ini akan diikuti dengan fiqh al-muwazanat, mempertimbangkan mana yang lebih baik utk memenuhi waqi'.

2. Perubahan hukum bukanlah di dlm perkata yang sudah qat'ie tetapi lebih kepada perkara yang masih dzan.

Salah silap harap betulkan.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Usulud Dakwah, Mustafa malaikah.

Apakah Feqh al-Waqie'

Jawapan sdra zayed di luluskan..