SJ - 2815: Tempoh Berkabung Bagi Isteri

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
SJ - 2815: Tempoh Berkabung Bagi Isteri

:salam

(i) saya pernah dengar bahawa isteri dikehendaki bekabung (tidak boleh keluar rumah, berdandan dsb) untuk tempoh tertentu apabila suami meninggal dunia;

(ii) soal: bagaimana dengan isteri yang bekerja?

T. kasih

:wassalam

Re: Tempoh Berkabung Bagi Isteri

Ini soalan ulangan. Just sekadar memperincikan kepada jawapan yang sedia ada. :chainsaw

Berkabung atau ihdad

Menurut ijma‘ para ulama, berkabung adalah wajib bagi wanita yang kematian suami. Di samping itu mereka berbeza pendapat tentang hukum ihdad bagi sesetengah perempuan yang bukan kematian suami, seperti kerana sebab ditalak.

Bagi perempuan yang beriddah kerana kematian suami, yang iddahnya ialah selama empat bulan sepuluh hari (kecuali bagi perempuan yang hamil, tempoh bagi iddah mereka ialah sehingga melahirkan) maka jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum ihdad atau berkabung di dalam tempoh iddah bagi wanita ini adalah wajib. Ini bersandarkan kepada hadits Rasulullah S.A.W seperti berikut:

Maksudnya: “Tidak halal (haram) bagi wanita yang beriman dengan Allah SWT dan rasulNya untuk berkabung ke atas jenazah selama lebih dari tiga hari kecuali bagi suaminya”.
(Hadith riwayat Muslim)

Zainab binti Abu Salamah meriwayatkan dari Ummu Habibah isteri Nabi SAW ketika ayahnya, Abu Sufyan meninggal dunia. Dia juga meriwayatkan dari Zainab binti Jahsy ketika saudaranya yang laki-laki meninggal dunia. Kedua isteri Nabi ini tidak memakai wangi-wangian, kemudian ia berkata: "Demi Allah, saya tidak lagi memerlukan wangi-wangian, namun saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak halal seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari akhir, berkabung karena kematian, lebih dari tiga malam, kecuali atas kematian suami, maka harus berkabung empat bulan sepuluh hari." (Riwayat: Bukhari)

Berkabungnya isteri kerana meninggalnya suami adalah wajib yang samasekali tidak boleh diabaikannya, sebab ada satu riwayat sebagai berikut:

"Telah datang seorang perempuan kepada Nabi SAW kemudian ia berkata: sesungguhnya anak perempuanku ditinggal mati oleh suaminya dan matanya menjadi bengkak (kerana menangis), apakah boleh saya suruh dia memakai celak? Maka jawab Rasulullah: Tidak! Dua kali atau tiga kali, tiap kali ditanya selalu menjawab tidak." (Hadith Riwayat Bukhari dari Ummu Habibah)

“……Dan jangan memakai bau-bauan yang harum, kecuali selepas dia bersih, itupun hanyalah daripada wangi-wangian jenis qusth atau azhfar”. (Hadits riwayat Muslim)

"Kami telah ditegah untuk berkabung ke atas orang yang mati melebihi dari tiga hari kecuali ke atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari serta dilarang untuk bercelak mata dan memakai minyak wangi dan memakai pakaian yang berwarna warni”.(Hadith riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan, haramnya berhias dalam waktu yang telah ditentukan.

Tidak hadith yang menunjukkan bahawa wanita dilarang keluar di dalam tempoh ihdad kematian suami. Wanita boleh terus menjalan tugas masing2 kecuali yang disebut di dalam perkara di atas.

Wallahua'lam.

Boleh juga rujuk archive:

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5557&Forum=UBB8&Words=berkabung&Match=Or&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=5556&Search=true#Post5557

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5344&Forum=UBB8&Words=berkabung&Match=Or&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=5343&Search=true#Post5344

Re: Tempoh Berkabung Bagi Isteri

:salam

Quote:
Ini soalan ulangan. Just sekadar memperincikan kepada jawapan yang sedia ada.

Maaf, dan terima kasih sdr "zayed"

:wassalam

Re: SJ - 2815: Tempoh Berkabung Bagi Isteri

:wassalam
JKK sdr zayed. Pas/Lulus utp Paparan