SJ - 2823: Kisah Rabiatul Adawiyah

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2823: Kisah Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum....

Seringkali saya mendengar kisah kisah masyhur mengenai seorang sufi bernama Rabiatul Adawiyah bagaimana tentang kecintaan beliau kepada Allah sehingga sanggup menolak pinangan daripada Hasan Basri dan juga mengenai kisah beliau yang tidak akan /tidak pernah berkahwin.
mungkin pihak panelis dapat memberikan maklum balas sama ada kisah kisah yang saya dengar itu adalah kisah yang betul ataupun tidak memandangkan ada juga diceritakan cerita cerita bahawa beliau menolak untuk berkahwin semata mata kerana takut menjejaskan ibadat kpd allah etc. Adakah ini tidak bertentangan dengan hadis hadis nabi yang menggalakkan perkahwinan, dan hadis hadis lain yang saya rasakan pihak panelis lagi arif mengenainya

wassalam

p/s petikan dari http://www.geocities.com/SoHo/Museum/2280/am6.htm

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Re: Kisah Rabiatul Adawiyah
nasih (not verified)
Re: Kisah Rabiatul Adawiyah

Persoalan saya lebih kepada kisah rabiatul adawiyah itu sendiri sama ada kisah itu betul atau tidak dan yang keduanya adalah takut takut ada mengambil kisah beliau ( kalau betul ) untuk dijadikan contoh

terima kasih

Re: Kisah Rabiatul Adawiyah

Kebanyakan kisah yang kita dengar mengenai beliau sudah dicemari dan dicampur dgn unsur-unsur metos sehingga tidak berpijak ke bumi nyata. Oleh itu, wajar kita saring dahulu kisah2 yang kita terima dan kita timbang tara dengan al-quran dan as-sunnah.

Banyak buku sejarah dan biografi yang menceritakan perihal Rabiatul Adawiyah. Antara ulama yang menukilkan perihal beliau ialah:
Ibnu Jauzi ~ Sifatus Sofwah
Ibnu Kathir ~ Al-bidayah wan nihaayah
Imam Al-Ghazali ~ Ihya’ ulumuddin
Dll

Dan kalaupun kisah itu benar dan datangnya dari Rabiatul Adawiyah sendiri, wajar kita saring jua. Ini sesuai dgn saranan Imam As-Syahid hassan Al-Banna di dlm usul isyrin
“Kata seseorang itu boleh diterima dan ditolak kecuali dari Nabi Muhammad S.A.W…”

Ibn Kathir contohnya dalam menjawab kecaman Abu Daud As-Sajastaani terhadap Rabiatul sebagai zindik, “Boleh jadi telah sampai kepadanya (Abu Daud) sesuatu perkara tentang Rabiah sehingga beliau berkata demikian.”

Tentang hidup membujang, telah dijelaskan secara terperinci oleh Tuan Guru Pendekar. Imam An-Nawawi kembali menghadap Allah S.W.T dlm keadaan membujang.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Fatwa Muasirah, AlQardhawi
Matan Arbain (biografi), Annawawi

Re: SJ - 2823: Kisah Rabiatul Adawiyah

:wassalam
Komentar:
Jawapan sdr zayed kita di luluskan (bagi pihak Ahkam) JKK.
Jawapan ringkas kami: Rabi'ah tu ujud, tapi kisah-kisahnya itu perlu disesuaikan dgn alQur:an dan Sunnah. Kahwin itu merupakan sunnah Muhammad dan fitrah manusia. Jika ada manusia yg secara terbuka menolak perkahwinan, maka hal itu adalah tertolak sebagaimana tertolaknya amalan para monk, rahib dan priest dalam agama-agama lain. WA