:salam Tuan Ahli Panel..
Dlm satu hadith(Riyadussolihin), Rasul SAW mengutus Muaz b Jabal ke Yaman utk memungut zakat org kaya dan agih kpd fakir dan miskin. Adakah ini menjadi dalil supaya membayar zakat kpd amil yg dilantik oleh pemerintah?
Adakah tafsiran ayat 103, Surah At-Taubah yg menunjukkan kata perintah(ambillah)kpd amil utk memungut zakat, dan bukannya agih sendiri?
Saya kemukakan soalan :confused: ini krn kecenderungan sesetengah mykt mengagihkan sendiri tanpa melalui amil yg dilantik pemerintah.
Terima kasih.
Hadith yang saudara sebutkan itu ialah; Rasulullah saw ketika baginda mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, “Ajarlah mereka bersyahadat bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Aku adalah utusan Allah. Jika mereka mentaatinya, maka hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memfardukan ke atas mereka sembahyang lima waktu sehari semalam. Maka jika mereka mentaatinya, hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memfardukan kepada mereka menunaikan zakat pada harta mereka. Harta itu diambil dari orang kaya dan diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka.” (hadith riwayat bukhari)
Hadith ini tidak menunjukkan kewajipan menyalurkan zakat kepada amil.
FirmanNya:
“Sesungguhnya sadaqah (zakat) itu hanyalah utk org faqir, orang miskin, amil2 yang menguruskannya, muallaf yang dijinakkan hati, hamba2 yang hendak memerdekakan dirinya, orang yg berhutang, fisabilillah dan musafir yg dlm perjalanannya…” (Surah At-taubah: ayat 60)
Perlu difahami kaedah istinbath dan istidlal. Kita tidak boleh mengambil hukum berdasarkan satu dalil semata-mata. Ia harus dikumpulkan dan diselaraskan bersama-sama al-quran dan hadith yang lain. Kalau dilihat dlm bab lain, sebagai contoh, wudhu’. I.e: sesetengah hadith menyebut satu perkara, hadith lain menyebut perkara lain. Lalu dikumpulkan oleh fuqaha mazhab dan menamakan ia sebagai rukun. Tidak ada satu hadith yang menyebut rukun wudhu ialah seperti berikut…bla..bla.. Berbalik kepada persoalan tadi, kalau dikumpul dan diselaraskan semua dalil; maka di sana terdapat kumpulan 8 asnaf yang layak menerima zakat (seperti ayat di atas attaubah ayat 60).
Sekiranya sesetengah orang berkecenderungan mengagihkan zakat itu sendiri, diharuskan berbuat demikian. Ayat 60 at-taubah menunjukkan bahawa kebolehan memilih utk mengagihkan zakat. Ini juga diperkuatkan lagi Firman Allah S.W.T:
“Dan pada harta2 mereka, terdapat hak urk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dr meminta).” (Surah Az-Zariyat: ayat 19)
Pendapat ini dipegang oleh Sufyan At-Tsauri dan hanafiyyah. Manakala malikiyyah berpendapat harus disalurkan mengikut keutamaan iaitu kepada mereka yang lebih memerlukan dari orang lain.
Manhaj yang digunakan dlm perihal zakat seperti mana yg disebut di dlm Al-Majmuk Annawawi, Al-mughni Ibn Qudamah dll, ialah Mengutamakan Kepentingan Orang Miskin.
Rujukan:
Fiqh Islami dan Fiqhus Sunnah
http://www.zayed.com
:salam
Terima kasih atas jawapan saudara Zayed... :cool:
1. Hmm.. dlm ayat 60, surah At-Taubah menunjukkan perintah 'ambillah dari harta mereka...'...Dlm konteks ini, siapa yg mengambil?.. :confused:
Klu boleh, hrp saudara Zayed/panelis dpt beri tafsiran mufassireen terhadap ayat tersebut?
2. Bagaimana pula amalan para sahabat dan para solafussoleh dlm hal ini?
3. Mufti Wilayah Persekutuan(Tan Sri Kader) pernah mengeluarkan fatwa yg mengatakan TIDAK SAH mengagih sendiri zakat jika terdapat badan amil yg dilantik oleh pemerintah?
Sila komen.
JKK.. :clap
Al-Mawardy menjelaskan harta zakat terbahagi kepada 2 bhgn yakni
i. Harta Zahiriyyah (tanah, buah, ternakan, dan galian)
ii. Harta Batiniyyah (Harta perniagaan, emas, perak dan harta tersembunyi)
Beliau menegaskan bahawa harta batiniyyah, pihak berkuasa tidak berhak padanya, pemilik lebih berhak utk mengeluarkannya. (Al-Ahkam Sultaniyyah).
Mustafa al-halabiyy juga berpendapat sedemikian.
Amalan pengutip zakat menjadi amalan sejak zaman Nabi S.A.W. Nabi kemudiannya akan mengagihkan kepada mereka yg layak. Amalan ini diteruskan oleh Abu Bakr R.A dan Umar R.A. Pada ketika itu, tidak terdapat perbezaan antara harta zahiriyyah dan harta batiniyyah. Apabila Uthman Al-Affan menjawat jawatan khalifah Islam, beliau juga meneruskan amalan ini. Kmdn dia mendapati harta batiniyyah berlaku peningkatan di kalangan umat pada waktu itu di mana pengurusan menjadi tidak terurus dan adalah sesuatu yang mengaibkan kepada masyarakat ketika melakukan pemeriksaan harta. Lantaran itu, beliau membiarkan pengeluaran zakat utk harta batiniyyah kepada pemiliknya.
As-Saib Ibn Yazid meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar dari Nabi S.A.W bahawa baginda S.A.W bersabda: “Bulan ini adalah bulan pembayaran zakat. Sekiranya ada di antara kamu yg masih berhutang, maka jelaskanlah ia agar harta kamu bebas dari bebanan hutang. Kmdn tunaikanlah zakat padanya.” (Riwayat Al-Baihaqqi, isnadnya adalah sahih)
Nabi Muhammad S.A.W menghantar pengutip-pengutip zakat ke perkampungan arab, bandar2, dan daerah pendalaman utk mengambil zakat yg terdiri daripada binatang ternakan (Hadith Anas daripada Abu Bakr diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasaie, Abu Daud dan Bukhari)
Abu Bakr ketika penduduk arab enggan memberi zakat kepadanya telah berkata, “Demi Allah, jika mereka menghalang aku dari zakat (anak kambing) yg dahulunya mereka berikan kepada Rasulullah S.A.W pasti aku akan memerangi mereka kerana itu.” (Riwayat Al-Jamaah)
Pandangan fuqaha mazhab
Imam asy-syafie di dlm qaul jadidnya, mengatakan bahawa: “Pengeluar zakat boleh mengagihkan harta zakat yg zahir sama seperti harta zakat batin.” (Al-Muhazzab)
Imam Ahmad bin Hanbal, “Pada pendapat saya hendaklah pemilik harta itu keluarkan sendiri, Jika pemilik harta memberi kepada sultan ia adalah harus.”
Di kalangan fuqaha syafi’iyyah bahawa harta batiniyyah patut dibayar kepada pihak kerajaan lebih2 lagi kerajaan itu adalah kerajaan yang adil. Imam Annawawi di dlm Syarh Al-majmuk Syarh Al-muhazzab, bahawa mengikut pendapat yg asah dlm mazhab syafie, pihak pemerintah Islam berhak menuntut zakat harta batiniyyah ketika berlaku keengganan pembayaran. Pendapat ini juga didukung oleh Ibn Hummam dalam Syarh Fathul Qadir. Ibn Qudamah di dlm Al-Mughni juga sependapat dlm hal ini.
Manakala malikiyyah dan hanafiyyah berpendapat harta zahiriyyah mesti diberikan kepada kerajaan dan agen2nya. Sekiranya pengagihan dilaku secara sendirian, maka ia tidak dikira ini berdasarkan firman Allah S.W.T dlm surah At-taubah 103 (ambillah sbhgn dari harta mrk…). Ayat ini menyuruh NabiNya mengambil zakat dan menunjukkan bahawa Imam juga berhak meminta dan mengambilnya. Pada harta batiniyyah mengharuskan pemilik menyerahkan sendiri kepada yang berhak. Walaupun begitu, digalakkan memberi terus kepada pemerintah dan pemerintah mengagihkannya kepada yg berhak.
http://www.zayed.com
:wassalam
Komentar atas Jawapan:
JKK kepada sdr Zayed kita. Saya rumuskan segala yg dikemukakan oleh beliau mengikut susunan yg anda ajukan:
Jawab:
1. Ayat 8:60 ini misalnya menurut alHafeedz Ibn Katheer (Tafsir alQur:an alAdziem) menjawab tohmahan orang2 Munafiq bahawa RasuluLlah saw tidak berlaku adil dalam pengagihan zakat, maka turunlah ayat ini menjelaskan agihan itu ditetapkan oleh Allah SWT sendiri melalui Rasul-Nya. Ia diperkuat oleh Imam Abu Daud dalam sebuah hadis dari Ziyad bin alHarith perihal Nabi saw menjelaskan polisi zakat negara kepada seorang pemuda yg datang meminta harta zakat. Polisi itu ialah ayat ini dan diperkuat pula dgn ayat 103 dalam surah yg sama.
Ahli Hadis yg mendokong bahawa zakat ialah urusan Pemerintah ialah: alHafeedz Asqalani, Fathul Bari:3/23 dan Syawkani, Nailool Awthor: 4/124)
Ini menunjukkan Zakat dibawah bidang kuasa Pemerintah.
2. Amalan para sahabat (khulafa’ arrasyideen dan dinasti Islam selepas itu, semuanya meletakkan Unit Pungutan dan Distribusi Zakat di bawah Jabatan Khalifah. (Majmu’ Fatawa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah Cet Riyadh: 25/81) Imam Ibn Taymiyah mensyaratkan pejabat zakat Pemerintah itu adil dan menjalankan fungsi dgn amanah. Perlunya zakat dikeluarkan kepada Pejabat zakat Pemerintah ditegaskan oleh Fatwa2 semasa, antaranya Dr Qardhawi dalam PhD tesisnya, Fiqh Zakat, 545) Fatawa Islamiyah dari KSA (Ben Baz, al Uthaymeen dan alJibrin), Dr Abdul Karim Zaydan dari Universiti Baghdad, alMufassal
3. Fatwa yg asah dalam madzhab Syafi’iy: Mengeluarkan zakat ialah kepada Imam. Jika Imam mewartakan zakat hendaklah dikeluarkan kepada pejabat zakat, maka ia menjadi wajib kpd rakyat mematuhinya.Tidak ada hukum sah dan batal, Cuma berdosa kerana ingkar kepada perintah Imam. (alMajmu, syarah alMuhadzaab: 6/161 dan Imam Ibn Qudamah alMaqdisi (hanbaliah): alMughny 2/642)
Pengecualian ialah Zakat Fitrah, di mana menjadi amalan yg lazim di Malaysia, pejabat zakat membenarkan sebahagian zakat itu diagihkan sendiri dan sebahagian lagi kepada Amil tempatan. Ini bertepatan dgn Fatawa Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa: 25/73 dan alMughny: 3/69)
Apa yg anda maksudkan sebenarnya pengagihan zakat Fitrah, memang Majlis Zakat Negeri2 Persekutuan membenarkan sebahagian dari zakat itu diagihkan sendiri.