SJ - 2851: [ZYD] Cium tangan-zakat-Oral seks-sikap menantu

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2851: [ZYD] Cium tangan-zakat-Oral seks-sikap menantu

Assalamualaikum.
1-Apakah ada sunnah mengenai cium tangan apabila bersalam atau tak lebih daripada adat orang Melayu sahaja?
2-Seorang datuk membayar zakat kepada cucunya, yang mana siibunya(tiada perkerjaan tetap)adalah janda dan bapanya(berkerja dan memberi rm250 nafkah tiap bulan kepada dua anaknya) masih hidup. Tiap-tiap bulan siatuk memberi wang RM 200 kepada siibu. Adakah mereka dibawah tanggungannya dimana mereka tidak layak menerima zakat?
3-Si suami menyuruh si isteri menhisap zakarnya. Adakah si isteri berdosa jika menolak? Adakah si suami berdosa walaupun si isteri tidak menolak?
4-Seorang menantu lelaki tidak mahu balik ke rumah mertua kerana tidak suka akan sikap mertuanya dimana tiada keselesaan, bilik air tak terurus dan berbagai lagi. Dalam pada itu si suami membenarkan si isterinya pulang dengan berkereta serta anaknya. Adakah si suami berdosa tidak pulang sedangkan dia membenarkan isteri dan anaknya sahaja pulang?

Re: Rumah tangga.

:salam

Soalan 1.
Mencium tangan adalah perbuatan normal tab’ie manusia. Even mat saleh pun ada cium tangan. Begitu juga kalangan bangsa arab mahupun bangsa melayu. Namun demikian, perbuatan ini tidak bertentangan dgn sunnah S.A.W selama mana ia bebas dari fitnah (i.e: cium tangan pompuan bukan muhrim)

Dari Zarra Ibn Amir dan adalah salah seorang delegasi Abd Al-Qays, dia berkata, “Kami turun dari unta dgn pantas kami pergi ke arah Rasulullah S.A.W utk mencium tangan dan kaki Nabi S.A.W.” (Riwayat Abu Daud and Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad)

Soalan 2
JUmhur fuqaha tidak dibenarkan memberi zakat kepada bapa, datuk, ibu, anak, cucu, anak perempuan kerana pembayar zakat adalah bertanggungjawab ke atas mereka (memberi nafkah). Sekiranya kehidupan daif dan kemiskinan, mereka patut meminta dr mereka kerana itu adalah hak mereka.

Mazhab Maliki mengecualikan datuk, nenek dan cucu kerana seorang itu tidak dipertanggungjawabkan utk memberi nafkah kepada mereka. Sungguhpun begitu, ia hanyalah kepada mereka yg memerlukan. Inilah manhaj yg digunakan dlm pemberian zakat.

Al-Qardhawi dlm fiqhuz zakat, tidak mengharuskan si suami memberikan zakat kpd isterinya. Tetapi mengharuskan memberi zakat kpd kaum kerabat yg terdekat dgn syarat mereka tidak berkemampuan.

Sungguhpun dmkn, Ibn Taimiyyah Rh mengharuskan seorang anak mengeluarkan zakat kpd ibubapanya jika kedua2nya fakir dan dia pula tidak mampu memberi nafkah hidup kepada mereka. Sekiranya ahli keluarga berkemampuan, maka ia adalah tertolak spt mana yg disebut dlm hadith,
“Tidak halal sedekah (zakat) kpd org kaya dan org yg berkemampuan.” Kemampuan di sini merujuk kpd kekuatan anggota badan.

Soalan 3
Perbuatan itu dikira makruh. tidak berdosa sang isteri menolak perbuatan suaminya.

SIla rujuk dlm archive utk jwpn lebih detail

Soalan 4
Soalan ini lebih kepada adab2 dan komunikasi dlm berumahtangga. Hidup berumah tangga ni kena ada toleransi, try to avoid hurting your father in law, yelah org tua ni hati dia sensitif. Mana tahu dia berkecil hati dgn perbuatan anda. U shud give proper justification of ur action. Nak kata berdosa tuh, relatif skit jawapannya. Mungkin syeikhh THTL ada jawapan yg lebih baik utk anda . :boxing :bleh

Re: SJ - 2850: [ZYD] Cium tangan-zakat-Oral seks-sikap menan

:wassalam
Tahqeeqan:

Kita tahqeeq sedikit jawapan sdr Zayed kita (JKK bg pihak Ahkam):
1. Bab mencium tangan.
Budaya yg paling masyhur dan ideal bg masyarakat Islam ialah mengucapkan salam dan berjabat salam. ini adalah amalan yg paling lumrah dalam kehidupan salaf assoleh. Namun, budaya mencium tangan itu juga thabit spt nas yg dikemukakan oleh sdr zayed. alMuhaddith Albani dalam siri Silsilahnya berpendapat, mencium tangan orang alim itu hendaklah mematuhi adab2 berikut:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Imam Nawawi menambah:
f. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar

2. Perihal Datuk mengagihkan Zakat sendiri kepada cucu:
Pendapat yg rajih dalam hal ini ialah si Atuk tidak boleh membayar zakat kepada cucunya kerana ia ia termasuk urusan nafkah dan tanggungjawab kekeluargaan (Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal, fatwa Syaltut, Fatwa Kementerian Wakaf Kuwait, dan banyak lagi dalam kitab2 klasik spt alMughni (2/647), alBada'iy (2/49), Fathul Qadeer: 2./22; Radd alMukhtar: 2/146; Tafsir Ibn Katheer : 3/305
Lagipun urusan zakat di Malaysia adalah diuruskan oleh PPZ (Pusat Pungutan Zakat)
3. Perhal Oral Seks
Setakat ini perundangan hukum Civil Malaysia, masih lagi mentafsirkan seks Oral (memasukkan zakar ke dalam mulut orang lain) dan seks Anal (dubur) sebagai kelucahan melampau atau seks luar tabi'iy jika dilakukan dgn unsur paksaan). Jika seks oral ini adalah di atas kehendak isteri dan dia suka melakukannya, maka syara' tiada hukum ke atasnya (ia termasuk sesuatu yg didiamkan oleh syara') Hukum makruh itu adalah pendapat fuqaha' semasa sahaja. Fatwa di masa depan mungkin boleh berubah WA
4. Perihal karenah menantu Oh menantu..
Tambahan:
Rawatan bagi suami angkuh itu ialah surah alHujurat: ayat 11," Hai orang2 beriman, janganlah satu kaum mengolok-ngolokkan kaum yg lain, boleh jadi mereka yg diolok-olokkan lebih baik dari mereka.."
Ayat ini turun kerana:
a. Dari Ibn Abi Hatim dari Muqatil (asySyawkani, Tafsir Fathul Qadir: 5/66), mengenai sekumpulan dari Bani Tamim yg menghina dan memandang rendah kepada kemiskinan Bilal, Salman dan Ammar.
b. Nabi saw menghapuskan sifat angkuh dan bangga diri ini dengan mengahwini Zaynab bte Jahsy dgn Zaid bin Harithah (bekas hamba dan anak angkat Nabi saw) dan baginda mengahwini Fatimah bte Qais ra dgn Usama bin Zayd ra sedangkan Mu'awiyah bin Abu Sufyan masuk melamar Fatimah.(Sahih Muslim no 3527) WA