:salam
Saya sekadar ingin tahu apakah dalilnya bahawa kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW, sebab setakat ini saya belum berjumpa dengan bukti ini di dalam mana2 buku2 Sirah Rasulullah SAW yang saya miliki sekarang.
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Saya sekadar ingin tahu apakah dalilnya bahawa kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW, sebab setakat ini saya belum berjumpa dengan bukti ini di dalam mana2 buku2 Sirah Rasulullah SAW yang saya miliki sekarang.
:wassalam
Salam,
Tidak ada nas yang sarih mengenai kucing binatang kesayangan baginda S.A.W.
tetapi banyak hadith sahih dlm bukhari dan muslim menceritakan amaran baginda S.A.W dlm hal manusia memperlakukan binatang dgn kejam. Seorang wanita dimasukkan ke dlm neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberi makanan & minuman kpd kucing tersebut lalu kucing itu mati kelaparan. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Dlm Sunan Abu Dawud menceritakan perihal kucing;
Dawud Ibn Salih Ibn Dinar At-Tammar berkata bahawa ibunya telah melihat seorang perempuan menghantar harisah kepada Aisyah yg tengah mendirikan solat. Dia mengisyaratkan menyuruh meletakkan ke bawah. Kmdn seekor kucing datang dan makan sedikit darinya, tetapi setelah Aishah selesai bersolat dan makan pada tempat yg diminum oleh kucing itu...(dan seterusnya).
Kisah Abu Hurairah
Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Wallahua'lam.
http://www.zayed.com
:wassalam
Tarjeehan:
JKK kepada Ust zayed
Pendapat yg rajih ialah RasuluLlah saw mengasihi semua binatang dan jika kita ingin menyembelihnya disyaratkan dgn senjata tajam, disebut asma' Allah atasnya dan dilakukan dgn pantas. Ini sesuai dgn kedudukan baginda sebagai rahmatan lil 'alamin (rahmat atas alam buana)
Dalil:
a. perihal unta
HR Abu Daud, dari Suhail alHandhalah ra, perihal Nabi saw menasihati seseorang supaya menjaga untanya dgn baik
b. burung
HR Imam Ahmad dari Abdullah, nabi menegur seorang yg mengganggu burung dan anak-anaknya
c. semut
dari Imam Ahmad juga, perihal nabi mencegah membakar semut
d.kucing
HR atTabarani, bahawa Nabi saw pernah memberi minum kucing dan berwudhu' dari sisa lebihan minum kucing
Sumber: Syaikh Muhammad Jamil Zainu, Qutufun minas Syamail
dari kitab2 seerah, nabi saw memiliki haiwan berikut:
1. kuda
menurut riwayat yg sahih: 7 ekor kuda
2. unta
sekitar 27 ekor unta, yg paling disukai oelh alQusywa' (hadiah dari Abu Bakar digunakan semasa hijrah), asAdba' dan asySyaqra'
3. Baghal (crossbred kuda dgn himar)
6 atau 7 ekor, yg paling disukai ialah Duldul
4. keldai (ada 3)
5. kambing (sekitar 100 ekor) dan ada 7 ekor yg disayanginya kerana susunya. (KH Moenawar Chalil, tarikh Lengkap Nabi Muhammad saw, Gema Insani: 3/344) WA