SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

Assalamualaikum...

Soalan ringkas ana,

1. Nabi saw menegah membaca quran didalam sujud tetapi hendaklah kita memperbanyakkan doa didalamnya, musykilnya, boleh tak kita ambil doa-doa dari Quran dan dibaca didalam sujud dan sebelum salam disamping doa-doa yg Nabi saw baca.

Jazakallah khair...

semutapi (not verified)
Re: Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

:salam
Alhamdulillah, Inshaallah boleh...
Tetapi memanjangkan doa didlm sujud yg terakhir pada solat adalah bukan dari Rasulullah s.a.w.
Berikut adalah petikan dari jawapan Al-Ahkam:

Toma'niinah (ÇáØãÃäíäÉ) didalam sujud merupakan rukun didalam solat. Tanpa toma'ninah didalam solat ini akan membatalkan solat. Nabi saw bersabda kepada mereka yang tidak toma'ninah didalam Ruku dan sujud[1] :
ÇÑÌÚ ÝÕá ÝÅäß áã ÊÕá

"Ulangilah solat, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat!"

Berkata Al-Albani didalam Talkhis Solat Nabi saw (Ringkasan Solat Nabi saw)[2]:
æãä ÇÚÊÏá Ýí ÓÌæÏå åßÐÇ ÝÞÏ ÇØãÃä íÞíäÇð¡ æÇáÇØãÆäÇä Ýí ÇáÓÌæÏ Ñßä ÃíÖÇð.

102. Sesiapa yang mendapat tenang (ease) didalam sujud, iaitulah toma'ninah yang yakin, Toma'ninah didalam sujud adalah rukun.
æíÓÊÍÈ Ãä íßËÑ ÇáÏÚÇÁ Ýíå¡ ÝÅäå ãÙäÉ ÇáÅÌÇÈÉ.

104. Adalah mustahab memperbanyakkan do'a didalamnya, sesunguhnya ia adalah waktu apabila do'a kita kemungkinan di jawab.
æíÌÚá ÓÌæÏå ÞÑíÈÇð ãä ÑßæÚå Ýí ÇáØæá ßãÇ ÊÞÏã.

105. Ia harus menjadikan masa sujudnya lebih kurang sama dengan ruku' sebagaimana yang disebutkan diatas.
æáÇ íÌæÒ Ãä íÞÑÇ ÇáÞÑÂä æåæ ÓÇÌÏ.

107. Tidak dibolehkan membaca Al-Quran semasa sujud.

Apa yang ingin disampaikan oleh Al-Albani ialah, toma'ninah itu wajib didalam sujud, disunatkan berdoa' didalam sujud dan kadar lamanya sujud biasanya dinisbahkan dengan kadar lamanya ruku', dan tidak dibenarkan membaca Al-Quran didalam sujud.
Bagi menjawab persoalan mengenai sujud yang terlalu lama, kami memetik Jawapan yang telah diberikan oleh Sheikh Mohammad Salih Al-Munajid didalam website Islam-qa.com.

----------

Soalan:
ÃÍÏ ÇáãÕáíä íÍÈ Ãä íØíá Ýí ÇáÓÌÏÉ ÇáÃÎíÑÉ áÏÑÌÉ Ãäå Ýí ÈÚÖ ÇáÃæÞÇÊ íÓáã ÇáÅãÇã ÞÈá Ãä íÞæã åÐÇ ÇáÑÌá ãä ÓÌæÏå . æÍÌÊå Ýí Ðáß Ãä ÇáÑÓæá (Õáì Çááå Úáíå æÓáã) ÞÇá ÈÃäå ÚáíäÇ Ãä äÊÞä ÇáÕáÇÉ (Ãæ ÑÈãÇ ÇáÏÚÇÁ) Ýí ÇáÓÌÏÉ ÇáÃÎíÑÉ. ãÇ åæ ÇáÍßã ÈÇáäÓÈÉ áÕáÇÊå ¿.

Seorang lelaki yang mengikuti Imam membiasakan dirinya memanjangkan sujud akhirnya sehinggalah salam dilakukan oleh Imam sebelum beliau bagun dari sujud. Alasannya ialah Nabi saw berkata bahawa disujud akhir harus memperbaikan solat (atau kemungkinan berdo'a). Apakah hukum solat tersebut?

Jawapan :
ÇáÍãÏ ááå
áÇ íÌæÒ ááãÃãæã Ãä íÊÞÏã Úáì ÇáÅãÇã ¡ ÝÊÍÑã ãÓÇÈÞÉ ÇáÅãÇã ¡ æßÐáß ÇáÊÃÎÑ Úäå ÊÃÎÑÇ ÈíäÇ ÈÍíË íÝæÊå ÇáÑßä ÇáÐí íáíå ¡ áÞæáå Úáíå ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã : " ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå ¡ ÝÅÐÇ ßÈÑ ÝßÈÑæÇ ¡ æÅÐÇ ÑßÚ ÝÇÑßÚæÇ " ¡ ÝÇáÚØÝ ÈÇáÝÇÁ íÞÊÖí ÇáãÈÇÏÑÉ ÈÇáãÊÇÈÚÉ ¡ ßãÇ åæ ãÚÑæÝ ããÇ ÊÝíÏå ÇáÝÇÁ ãä ÇáÚØÝ æÇáÊÚÞíÈ.
ÇáÔíÎ ÚÈÏ ÇáßÑíã ÇáÎÖíÑ .
æÅÊÞÇä ÇáÕáÇÉ áÇ íäÇÝí ãÊÇÈÚÉ ÇáÅãÇã ãÇ ÏÇã ÇáÅãÇã íØãÆä ÈÇáÕáÇÉ æÊÎÕíÕ ÇáÓÌÏÉ ÇáÃÎíÑÉ ÈÇáÊØæíá ãä Ïæä ÈÞíÉ ÓÌÏÇÊ ÇáÕáÇÉ áíÓ Úáíå Ïáíá æáÇ íÌæÒ ÇáÇÈÊÏÇÚ Ýí ÇáÏíä æÇááå ÃÚáã.

Segala Pujian bagi Allah. Tidak boleh seseorang bersolat dibelakang Imam mendahului Imam. Adalah haram untuk ia bergeraksebelum Imam, atau tertinggal kebelakang sehingga ia meninggalkan rukun solat yang kemudiannya. Nabi saw bersabda :"Imam dilantik untuk diikuti. Apabila ia berkata Allahu Akbar, maka, katalah Allahu Akbar, dan apabila ia Ruku', maka hendaklah kamu ruku'". Penggunaan huruf FA menunjukkan perbuatan dengan kadar 'SEGERA', sebagaimana yang diketahui (didalam nahu bahasa Arab) - menurut pandangan Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr.

Pandangan memperbaikkan solat tidaklah bercanggah dengan pandangan mengikut Imam, selama mana Imam tidak tergesa-gesa didalam solatnya. Tidak ada ALASAN yang kukuh menunjukkan bahawa sujud akhir perlu dipanjangkan dari sujud yang lain, dan tidak dibenarkan melaku penambahan (bid'ah) didalam agama. Wallahu 'alam.[3]

Wallahualam, :wassalam

abufarah (not verified)
Re: Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada yg menjawab. Timbul pulak lagi musykil, yg mana nabi perintahkan supaya bersungguh-sungguh berdoa di dalam sujud kerana dalam keadaan sujud itulah saat yg paling hampirnya seorang hamba pada Penciptanya, jadi mengapa kita tak boleh nak ambil peluang dan saat yg begitu baik untuk kita berdoa dan insyAllah dimakbulkan doa kita. Dari pembacaan saya, Nabi saw selalu memanjangkan rukuk dan sujud baginda. Jadi, apakah dengan memanjangkan sujud itu juga dikira sebagai berlebihan dalam beragama? :shocked:

wallahualam.

semutapi (not verified)
Re: Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

:salam

Yg dikatakan berlebihan (extra vaganza) adalah melamakan sujud yg terakhir didalam solat. Melamakan sujud Inshaallah tidak salah, tetapi melebihkan sujud yg terakhir adalah tidak dari Rasulullah s.a.w.
Wallahualam, saya pun bukannya pandai sangat (jahil teropong, worse than jahil tukil), so bersabarlah menanti jawapan yg lebih benar dari Al Fadhil Ustaz kita.
:wassalam

Re: SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. terima Kasih sdr Semutapi kerana memberi respond kepada soalan diatas. Kami akan cuba menjawab persoalan diatas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Nabi saw melarang membaca Al-Quran didalam sujud dan juga didalam ruku' sebagaimana hadith :

[="#ff00000" size="3"]ÃáÇ æÅäí äåíÊ Ãä ÃÞÑà ÇáÞÑÂä ÑÇßÚÇ Ãæ ÓÇÌÏÇ
"Bukankah tidak aku melarang membaca Al-Quran didalam ruku' dan sujud" -(Sharah Muslim 3,4/442)

Akan tetapi, tempat yang paling afdal berdo'a ialah didalam sujud, sebagaimana hadith nabi saw :

[="#ff00000" size="3"]ÃÞÑÈ ãÇ íßæä ÇáÚÈÏ ãä ÑÈå æåæ ÓÇÌÏ ÝÃßËÑæÇ ÇáÏÚÇÁ
"Hamba yang paling dekat kepada Tuhannya adalah hamba yang bersujud. Oleh itu perbanyakkan do'a didalam sujud" (Hadith Riwayat Muslim didalam Sahihnya, Abu Uwanah dan Al-Baihaqi).

Mazhab Maliki menggalakkan berdo'a mengenai perkara-perkara yang meliputi bab dunia dan juga akhirat. Mazhab Hanbali pula berkata tidak mengapa membaca do'a-do'a yang ma'thur dan juga zikir-zikir didalam sujud. Mazhab Syafie juga menggalakan membaca do'a didalam sujud [Al-Fikh Al-Islami-I].

Persoalan sekarang ialah, apakah boleh membaca do'a-do'a yang terkandung didalam ayat-ayat Al-Quran semasa didalam sujud. Apakah ia dikira membaca Al-Quran? Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi, seorang pakar dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait dan juga ahli Rumah Fatwa Kuwait berkata :

[="#0000ff" size="3"]æÈÚÏ íÌæÒ ÇáÏÚÇÁ ÈÚÏ ÇáÊÔåÏ æÇáÅÈÑÇåíãíÉ Ýí ÇáÞÚæÏ ÇáÃÎíÑ¡ æÞÏ ÎÕå ÈÚÖ ÇáÝÞåÇÁ ÈÇáÏÚÇÁ ÈãÇ íÔÈå ÏÚÇÁ ÇáÞÑÂä ßãÇ Ýí ãËá Þæáå ÊÚÇáì:(ÑÈäÇ áÇ ÊÄÇÎÐäÇ Åä äÓíäÇ Ãæ ÃÎØÃäÇ....) æÃÌÇÒ ÇáÈÚÖ ÇáÏÚÇÁ ãØáÞÇ¡ æÃÌÇÒ ÈÚÖ ÇáÝÞåÇÁ ÇáÏÚÇÁ Ýí ÃËäÇÁ ÇáÓÌæÏ Ýí ÇáäæÇÝá ÝÞØ¡ æÃÌÇÒå ÇáÈÚÖ ãØáÞÇ
"dan beberapa ulama' membenarkan berdo'a selepas Tashahud dan selawat Ibrahimiyah didalam duduk terakhir, dan sebahagian fuqaha' mengkhususkan berdo'a sebagaimana yang terdapat didalam al-Quran, misalnya firmah Allah :("Rabbana La Tuaakhisnaa In nasiina au Ikhta'naa"...), dan ada yang membenarkan apa-apa jenis do'a, dan ada dikalangan mereka yang hanya membenarkan bacaan do'a semasa sujud pada solat sunat, ada ada yang membenarkan didalam kesemuanya [semua solat]"

Kesimpulannya, berdo'a dibenarkan didalam sujud terakhir didalam solat kerana ia merupakan saat hambanya hampir dengan Allah swt. Do'a-do'a yang ma'thur dan juga do'a-do'a yang terkandung didalam Al-Quran dibenarkan. Yang dilarang ialah membaca ayat-ayat dari Al-Quran yang bukan berbentuk do'a.
---------------------

Yang dimaksudkan sujud yang panjang didalam solat boleh dirujuk diurl dibawah ini :-

SJ - 2727 : Berkenaan Solat : sujud lama, berdehem dsb

Apa yang dimaksudkan oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr didalam fatwa diatas (sila lihat SJ-2727) ialah, makmum hendaklah mengikut pergerakan-pergerakan Imam dengan tidak mendahului Imam dan juga tidak ketinggalan dari perbuatan Imam. Nabi saw memanjangkan ruku' menyamai perbuatan sujud. Ini menunjukkan keseragaman jangka masa sujud dan ruku' Nabi saw. Pernah terjadi Nabi saw memanjangkan sujud oleh kerana cucu baginda berada diatas punggungnya sebagaimana hadith riwayat Al-Nasaai' da Ibnu 'Asakir dan Al-Hakim, dan disahihkan oleh Al-Dzhabi. Ulama' hanafi juga tidak mengalakkan Imam membaca tasbih lebih pada 3 kali, bagi memberi keringanan kepada makmum. Bagi mereka yang ingin berdo'a didalam sujud, bolehlah melakukannya didalam solat-solat sunat atau memendikkan bacaan do'a didalam solat berjemaah. Wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

2. Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi. [="#800000" size="3"]ÇáÏÚÇÁ Ýí ÇáÕáÇÉ . url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=6331#12470

خيرالأمين