SJ - 2924: Tidak mendoakan pemimpin tertentu

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2924: Tidak mendoakan pemimpin tertentu

:martialarAssalamualaiku sahabat sahabat semua,

:confused:Dalam solat Juma'at, ketika mengaminkan do'a yang dibaca oleh khatib, ada jemaah yang tidak menadah tangan dan mengaminkan do'a beliau apabila sampai bacaan yang menyebut nama pemimpin tertentu negara ini. Bagi mereka apa perlunya mendo'akan pemimpin terbabit sedangkan tiada apa yang mereka lakukan untuk kepentingan rakyat jauh lagi atas nama Islam.
Apa yang mereka tahu hanya melawat ke sana ke mari, ke seluruh dunia dgn menggunakan wang kerajaan (kita). Kata mereka (jema'ah) adalah lebih baik mereka mendo'akan anak isteri & ahli keluarga mereka sendiri atau paling tidak pun rakan rakan yang rapat dengan mereka.
Apatah lagi anak & isteri pemimpin yg dimaksudkan itu tidak langsung menunjukkan contoh yg baik seperti tidak menutup aurat. Apa yang saya perhatikan, ramai juga para jemaah yang bertindak/melakukan seperti ini.
:zDalam hal ini apakah pandangan ustaz Al-Ahkam semua?
Terima kasih.

VHoutenJr (not verified)
Re: Tidak mendoakan pemimpin tertentu

Maaf, bukankah menadah tangan sewaktu khatib membaca khutbah adalah bid'ah? Nak tahu lebih lanjut? Sila rujuk archive atau boleh cari dalam RUANGAN JAWAPAN SOAL JAWAB FEQH

Rasanya ana, dah banak kali persoalan ni di bangkitkan...

WA

Re: SJ - 2924: Tidak mendoakan pemimpin tertentu

:wassalam
Tahqeeqan:
Perbuatan jama'ah itu sebenarnya menta'ati Sunnah Muhammadiah dalam urusan Khutbah Juma'at. Bahkan itulah yg dinyatakan dalam kitab2 utama madzhab negara (Syafi'iy) ini cthnya dalam I'anat atTolibin Jld2 ms 67, perbuatan sidang Juma'at yg mengaminkan do'a Khatib adalah perbuatan bid'ah. Ini juga dijelaskan oleh Imam Ibn Abidin dari Fiqh Hanafi (alHasyiah: 1/768) dan AsySyaikh Abu Syamah, alBa'eeth: ms 63) dan Syaikhul Islam Abu alAbbas Ahmad Taqiyuddin Ibn Taymiyah alharani, alIhtiatot al 'Ilmiyah/48.
Adapun kebiasan do'a khutbah yg menyebut para khalifah, para Raja dan penguasa, juga dibid'ahkan dalam kitab2 utama: antaranya AsySyaatiby, al'I'tisyom/17-18; Imam Rasyid Ridha, alManar: 6/139 dan alMuhaddith al Imam Nasiruddin AlAlbani, Ahkam alJumu'ah wa Bid'iha, no 60. WA