:salam
Berkenaan subjek di atas, saya rasa terpanggil untuk menasihati seorang teman yang telah menghadapi krisis rumahtangga yang saya rasa amat kritikal.
Beliau telah menyatakan bahawa beliau telah hilang 100% rasa cinta terhadap suami beliau. Saya rasa atas sebab-sebab tertentu yang mungkin tak diceritakan oleh beliau, lagipun, saya tak berani nak korek rahsia rumahtangga orang. Cuma, mampu untuk menjadi pendengar yang setia dan penasihat yang mana boleh. Beliau telah merasakan pengorbanan beliau selama berkahwin dengan suami beliau selama kurang dari 6 tahun tidak dihargai langsung.
Dalam kes ini, seterusnya beliau telah jatuh cinta dengan seorang lelaki (duda) yang memang menaruh hati terhadap beliau.
Apa yang tidak saya sangka langsung, beliau sanggup meluahkan kepada lelaki tersebut yang beliau telah jatuh cinta terhadap lelaki tersebut. Namun, lelaki tersebut telah menasihatkan beliau supaya berfikir lebih panjang lagi, sebab beliau seorang isteri kepada seorang suami dan ibu kepada anak-anak beliau. Atas nasihat ini, beliau cuba berusaha untuk memperbaiki perasaan beliau terhadap suaminya. Dan sekarang, beliau cuma dapat merasakan hubungan beliau dengan suami beliau hanya sebagai room mate saja.
Jauh dilubuk hati saya, saya berasa kecewa dengan beliau kerana beliau seorang pendidik agama, tidak dapat faham akan erti redha, mungkin. Saya rasa banyak perkara yang tidak sepatutnya beliau lakukan.
Tolonglah ustaz, beritahu saya tentang hukumnya dan nasihat-nasihat yang sesuai untuk beliau yang saya rasa berpendidikan tinggi dalam agama, melebihi diri saya sendiri.
:confused: :wassalam
:wassalam
Jawab:
Selalunya kami lebih fokus kepada permasalah Ahkam Fiqhiyah dan tidak pada soalan2 yg bercirikan kaunseling kekeluargaan, kerana ia bukanlah bidang kepakaran kami. Tapi kerana kami selalu mentela'ah kitab2 fatawa, kami sering terjumpa permasalahan seperti ini, misalnya dalam Kitab Fatawa Mu'asirat Jilid 1 dan 3 (edisi terbaru) Prof Dr alImam Yusof AlQaradhawi dari Qatar (lahir: 1926M (umur: 77 tahun sekarang) memuatkan banyak surat2 dari isteri2 yg tidak bahagia dan tidak lagi menyintai suaminya dan ingin mencari jalan keluar dari syara'. Kami muaturun (download) fatwa2 tersebut secara ringkasan:
Dr Qaradhawi memulakan jawapan beliau spt biasa memberi nasihat kepada pasangan bermasalah itu supaya merenung kembali hakikat perkahwinan dalam Islam yg merupakan suatu ikatan suci yg diperkukuhkan oleh Allah SWT atas asas ketenangan, kasihsayang dan rahmat dan antara tanda2 kebesaranNya (lihat AQ 30:21) dan disifatkan keduanya ibarat pakaian bagi satu sama lain (isteri2 kamu adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka) AQ 2:187
Kemudian perkahwinan itu pula telah dibangunkan dgn susahpayah, banyak wangringgit yg dihabiskan meliputi kos dan masa meliputi pertunangan, mahar, kenduri-kendara, pengisytiharan dan syari'at tidaklah memberi laluan mudah utk sesuatu binaan yg besar dan sulit membangunkannya itu diruntuhkan dengan senang sekali atas sebab-sebab ug enteng dan remeh. Kedua, pasangan itu terutama suami hendaklah berusaha keras mencari segala jalan penyelesaian bagi menyelamatkan binaan ini. Antara anjuran dari nas-nas:
a. AQ 4: 19 (Kemudian jika kamu merasa benci kepada mereka, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada yg kamu benci itu kebaikan yg banyak.)
b. HR Muslim dari Abu Hurayrah ra," Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Sekiranya dia membenci satu perangai daripadanya, mungkin dia menyukai perangainya yg lain." (Albani, Silsilah asSahihah /284)
Kasus: Pasangan yg dilanda kemelut yg tidak ada jalan keluar melainkan perceraian.
Sekarang berbalik pada wanita yg membenci suaminya. Sudah sedia maklum bahawa suami diberi kuasa utk menamatkan perkahwinan dengan isteri yg menyusahkannya dgn kuasa talak yg ada padanya, bagaimana pulak wanita? Tak kanlah Islam tidak memberi jalan keluar bagi wanita dan terpaksa hidup dgn lelaki yg dibencinya sepanjang hayat?
Tidak mungkin!
Dr Qardhawi memetik sya'ir2 Arab dan madah2 berikut:
a. "Sesungguhnya sebesar-besar bala ialah berkawan dgn orang yg tidak sepakat dengan kamu dan dalam masa yg sama dia tidak berpisah dgn kamu."
b. "Di antara kesusahan dunia ke atas seorang yg merdeka, bahawa dia melihat musuh yg mesti ditemaninya."
c. "menanggung derita dan melihat jenayahnya adalah makanan yg menguruskan badan."
Benar, Islam telah memberi jalan keluar bagi para isteri yg menderita begitu dgn jalan keluar yg dinamakan KHULU' (tebus talaq), tapi khulu' ini diberi amaran keras oleh Nabi saw:
HR Abu Daud, (sabda) "mana-mana wanita yg meminta talaq dari suaminya tanpa ada sebab dan keperluan, maka diharamkan daripadanya bau syurga."
HR Ahmad, (sabda) "wanita2 yg meminta khulu' dan cerai itu adalah dari wanita munafiq".
Komentar Ibn Qudamah (alMughny: 7/51) "apabila seorang wanita membenci suaminya disebabkan perangainya, kejadian tubuhbadannya, agamanya, umumnya, kelemahannya atau seumpamanya dan dia bimbang dia tidak dapat melaksanakan perintah Allah agar menta'ati suaminya, maka harus baginya melakukan khulu' (tebus talaq) berdalilkan ayat suci AQ: 2:229
Tapi sebelum khulu' ini diambil isteru, hendaklah ada usaha-usaha gigih melakukan perdamaian melalui apa yg dinamakan Majlis Keluarga, seperti mana anjuran AQ," dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mreka berdua, maka lantiklah Hakam (orang tengah) iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan." AQ 4: 35. Status Hakim (orang tengah) ini adalah referee yg berkuasa memisahkan pasangan ini jika jalan penyelesaian buntu sebagaimana yg berlaku di kalangan para salaf, pernah Khalifah Uthman melantik Ibn Abbas dan Mu'awiyah menjadi Hakam kepada satu pasangan suami isteri yg bertelagah dan Uthman berpesan kepada Dua Hakim ini, jika kalian rasa pasangan ini perlu dipisahkan (cerai), maka pisahkanlah. (Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, Jld 4/33)
-----------------------
WA. Itulah salinan dari fatwa Dr Qardhawi.