:salam
Bagaimanakah kaifiat solat istikharah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu sendiri.. Dan mugkin dapat diperjelaskan dalam situasi yang bagaimana kita digalakkan utk melaksanakan solat istikharah ini.. mungkin pihak moderator sndr dapat menambah ttg kelebihan solat istikharah ini.. syukran
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2940 : Solat istikharah..!!??
Primary tabs
Wed, 17/09/2003 - 8:01pm
#1
SJ - 2940 : Solat istikharah..!!??
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjelaskan dengan ringkas Kaifiat Solat Istikhaarah yang kadar yang mampu, Insyaallah. Aspek yang boleh kami ketengahan ialah hadith mengenai Solat Istikhaarah dan kafiat ringkas melakukannya.
Al-Istikhaarah [="#0000ff" size="4"](ÇáÇÓÊÎÇÑÉ) didalam lughah ia bermakna [="#0000ff" size="3"](ØóáóÈõ ÇáúÎöíóÑóÉö Ýöí ÇáÔøóíúÁö) menuntut petunjuk untuk memilih sesuatu. Didalam terminologi syariah bermakna mencari petunjuk (untuk memdapatkan keputusan yang betul), contohnya : Memohon petunjuk Alah kerana dia yang Mengetahui sebaik-baiknya dan pilihan yang terbaik, dengan cara bersolat atau berdu'a sebagaimana riwayat mengenai Istikhaarah.
Hukum melakukan Solat Al-Istikhaarah ini Sunat. Penjelasan solat al-Istikhaarah ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Jaabir ibn Abdullah al-Salami r.a., katanya :
Dari hadith ini, Solat istikharah dilakukan 2 rakaat keaatasnya, dan diikuti dengan do'a.
----------------
Untuk apa dilakukan solat Istikaarah?
Keempat-empat mazhab bersetuju bahawa istikhaarah dilakukan apabila seseorang itu tidak tahu akan keputusan yang mana yang harus diambil. Perkara berkenaan dengan baik atau buruk, yang kene mengena dengan ibadat, tidak ada sebab untuk melakukan Istikhaarah. Tidak ada ruang beristikhaarah perkara-perkara yang telah di haramkan, diwajibkan, atau dimakruhkan. Ia biasa dilakukan bagi sesuatu yangterdapat konflik, yang mana satu harus dipilih. Ibn Hijr (Kitaab al-Tawheed) memberi komentar berkenaan dengan hadith diatas berkata :-
---------------
Faedah Solat Istikharah
Sebab mengapa Istikhaarah di berikan ialah menunjukkan ketundukkan kita kepada petintah Allah swt dan satu demonstrasi secara amali bahawa kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan dan kekuasaan kita sendiri. Ini bermakna menghadapkan diri kepada Allah dan memohon kebaikan didunia dan diakhirat. Bagi mencapai kesemua ini, seseorang itu harus mengetuk dipintu Rajanya, Allah, dan tidak ada yang lebih bermunafaat melainkan melakukan Solat dan Do'a, kerana ia meliputi ketundukan kepadanya, memujinya dan melahirkan kehendak sesuatu kepadanya. Kemudian selepas Solat Istikhaarah, seseorang itu harus melakukan apa yang dirasa baik baginya.
--------------
Cara melakukan Istikharah
a. Bagi Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, adalah mustahab setelah membaca Al-Fatihah membaca sura Al-Kaafiruun didalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas didalam rakaat kedua.
b. Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah
Mengenai bila waktu untuk membaca do'a diatas? Ibnu Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra (2/265) mengatakan :
----------------------
Sebagai kesimpulan, kami memetik kata-kata Shiekh Muhammad bin Jamil Ziinuu dari buku beliau Syarh Arkan Al-Islam wa Al-Iman (ms 111), katanya :-
---------
Wallahu'alam, wassalam
Rujukan :-
1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Al-Fatawa Al-Kubra - 2. Riyad : dar Al-Ma'arifah, 199?.
3. Shiekh Muhammad bin Jamil Ziinuu.Syarh Arkan Al-Islam wa Al-Iman : wamaa yujibu An Ya'rifahu Al-Muslimu an diiinih. cetakan ke 6. Mekah : Dar Manaabir, 2001.
خيرالأمين