AsSalamuAlaykum!
Semoga kita semua dirahmati oleh Allah Taala selalu, soalan saya adakah pinjaman bank wajib dizakatkan dan dan bilakah waktunya, sekian wassalam
Di antara syarat zakat ialah sempurna pemilikan harta. Jadi, apakah hutang atau loan atau pinjaman itu dikira sempurna pemilikan harta? Atau sebaliknya.
Hutang/loan adalah milik dari orang yang memberikan Hutang/loan. Tetapi, dia tidak berada di tangan pemiliknya. Dalam hal ini telah terjadi perbezaan pendapat di antara ulama.
Ibnu Umar R.A dan Aisyah R.A serta Ikrimah R.A(maula Ibnu Abbas r.a.), berpendapat bahawa tidak ada zakat pada Hutang/loan, alasannya kerana ia harta yang tidak berkembang, hingga tidak wajib zakat seperti barang qinyah (barang yang dibeli untuk keperluan peribadi).
Adapun jumhur ulama berpendapat bahawa Hutang/loan itu terbahagi kpd 2 jenis:
1. Hutang yg masih dlm pembayaran
2. Hutang yg sudah selesai pembayaran dan penghutang tidak perlu lagi membayar lagi.
Hutang yg masih dlm pembayaran adalah berada di tangan org yg mengakuinya dan berusaha utk membayarnya.
Dalam hal ini ada beberapa qaul di dlmnya:
Pendapat golongan Hanafiyyah, Hanabilah, dan Sufyan At-Tsauri adalah bahawa wajib atas pemiliknya mengeluarkan zakatnya setiap tahun kerana itu adalah harta miliknya, hanyasanya tidak wajib atasnya mengeluarkan zakatnya selama ia belum memegangnya. Jika ia telah memegangnya, wajib atasnya mengeluarkan zakatnya sesuai jumlah tahun yang telah lewat. Maksud pendapat ini adalah bahawa harta itu adalah kewajipan yang tetap dalam tanggungannya, maka tidak wajib mengeluarkannya hingga ia memegangnya. Dan, kerana ia tidak menggunakannya pada saat itu, lagi pula tidaklah adil jika ia harus mengeluarkan zakat dari harta yang tidak dimanfaatkannya.
Imam As-Syafi’i dalam pendapatnya yang terkemuka, Hammad bin Abu Sulaiman, Ishaq, dan Abu 'Ubaid berpendapat bahwa wajib mengeluarkan zakat pada hutang yg masih dlm pembayaran pada setiap akhir tahun spt harta ditangannya kerana dia mampu mengambil dan menggunakannya.
Berbeza dengan Malikiyyah, beliau menjadikan Hutang/loan itu beberapa bhgn, yakni sebahagian Hutang/loan wajib dikeluarkan zakatnya setiap tahun iaitu Hutang/loan pedagang yang mengedarkan barangnya dari harga barang dagangan yang diperdagangkannya. Sebahagian lagi wajib dikeluarkan zakatnya hanya untuk satu tahun ketika ia menerimanya walaupun Hutang/loan itu berada di tangan orang yang berHutang/loan bertahun-tahun, seperti Hutang/loan untuk orang lain yang berupa wang, demikian juga harga barang yang dijual oleh orang yang menyimpannya. Dan sebahagian Hutang/loan tidak ada zakatnya, seperti hibah, mahar, atau ganti rugi suatu jenayah.
Pendapat Hanafiyyah dalam hal ini sama dengan yang telah lalu. Dan, ini adalah pendapat Qatadah, Ishaq, Abu Tsaur dan sebuah riwayat dari Ahmad. Ini adalah pendapat yang berlawanan dengan pendapat terkemuka Imam As-Syafi’i bahawa tidak ada zakat padanya kerana tidak sempurnanya pemilikan, kerana ia tidak boleh dimanfaatkan.
Pendapat kedua adalah pendapat Sufyan At-Tsauri, Abu Ubaid, Dan sebuah riwayat dari Ahmad, dan pendapat terkemuka dari Asy-Syafi’i. Bahawa ia wajib mengeluarkan zakatnya ketika ia telah menerimanya sesuai bilangan tahun yang telah lewat. Hal ini berdasarkan yang diriwayatkan dari Ali bin Abu Thalib r.a. tentang Hutang/loan yang diduga, "Jika ia benar maka hendaklah ia mengeluarkan zakatnya jika ia telah menerimanya sesuai tahun yang telah berlalu."
Imam Malik berpendapat bahawa jika Hutang/loan itu termasuk yang wajib zakat, ia wajib mengeluarkan zakat setahun pada saat ia menerimanya, walaupun berada di tangan orang yang berHutang/loan selama beberapa tahun. Ini adalah pendapat Umar bin Abdul Aziz, Al-Hasan, Al-Laith dan Al-Awza'i.
Golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah mengecualikan binatang ternak dari Hutang/loan, jadi tidak ada zakat padanya. Kerana, syarat zakat pada binatang ternak menurut mereka adalah as-saum (iatu diberi makan tanpa biaya dengan digembalakan di padang rumput dan sejenisnya). Sedangkan yang berada dalam tanggungan tidak disifati dengan saum.
Kami tidak pasti apakah jenis perbankan yg anda maksudkan: perbankan Islam atau perbankan ribawiah.
kami juga tidak pasti loan itu utk apa? samada Qardhul hasan, gadaian atau personal loan Islam yg ditawarkan oleh bank rakyat dan SPTF atau pinjaman perumahan atau kenderaan atau pinjaman membeli amanah saham.
jika pinjaman secara umum, maka posting dari Ust Zayed adalah memadai. WA
:salam

Wallahua'lam.
Rujukan:
Al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah, Kuwait
http://www.zayed.com
:wassalam
Tarjeehan: