assalamualaikum..,
Bagaimanakah caranya untuk meminta maaf kepada orang yang kita buat salah dahulu di mana kita tidak tahu di mana dia berada. Sebab kesalahan sesama manusia adalah dengan cara meminta maaf daripada mereka. wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
assalamualaikum..,
Bagaimanakah caranya untuk meminta maaf kepada orang yang kita buat salah dahulu di mana kita tidak tahu di mana dia berada. Sebab kesalahan sesama manusia adalah dengan cara meminta maaf daripada mereka. wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih sdr Mohd Saufi, moga Allah menerima taubat hambanya yang ikhlas. Kami akan cuba merespon sedikit mengenai persoalan yang sdr nyatakan, Insyaallah.
Sheikh Muhammad al-Duwaish mengatakan bahawa "alamat taubat kita diterima ialah kita telah meninggalkan maksiat dan tidak akan kembali lagi" [="#0000ff" size="3"](æÚáÇãÉ ÞÈæá ÊæÈÊß Ãä ÊÞáÚ Úä ÇáãÚÕíÉ æáÇ ÊÚæÏ ÅáíåÇ). Persoalan dosa yang dilakukan oleh diri sendiri, memerlukan seseorang itu melakukan taubat, tidak mengulanginya lagi dan melakukan banyak 'amal-'amal kebajikan, moga-moga Allah swt mengganti kejahatan seseorang itu dengan ganjaran pahala. Sdr boleh browse arkib kita mengenai taubat dan penyesalan. Benar kata Mohd Saufi, bahawa dosa terhadap orang lain perlu dipohon kemaafan darinya dahulu, dan ini pun terdapat 2 keadaan :-
1. Orang yang kita zalimi itu tahu bahawa kita yang melakukan.
2. Orang yang dizalimi tidak tahu bahawa kitalah yang melakukan.
Disini kita cuba membawa beberapa fatawa ulama' akan kita dapat melihat penyelesaian dan kaedah yang mereka anjurkan, sebelum kita memberi kesimpulannya.
--------------
a. Scenario 1: Mengambil duit orang dengan paksa
Soalan :
Jawapan :
-----------
b. Scenario 2: Menggunakan wang kerajaan
Soalan :-
Jawaban :-
---------
c. Scenario 3 : Mengumpat
Berkata Ibn Taimiyah :
---------------
d. Scenario 4 : Dosa yang melibatkan orang lain
Berkata Shiekh Abdul Aziz bin Baaz bahawa jika seseorang menyesal atas apa yang ia lakukan, dan meninggalkan perkara tersebut dan takut kepada Allah, maka Allah akan mengampunkannya. Akan tetapi, jika dosa itu berkenaan dengan kesalahan keatas orang lain, kata beliau :-
-----------------
Natijah yang dapat kita ambil dari fatawa diatas ialah :-
- Mohon ampun diatas dosa yang lepas.
- Mohon kema'afan dari orang itu.
- Jika tidak berkemampuan melakukan, pohon ampun dari Allah dan mendo'akan kebajikan keatas orang itu.
Jika ia melibatkan hak seseorang maka :-
- Mohon ampun diatas dosa yang lepas.
- Cari orang tersebut dan mohon kema'afan dari seseorang itu, dan pulangkan haknya
- Jika tidak jumpa, cari warisnya, nyatakan sebab, dan bayar kepadanya
- Jika tidak jumpa, dermakan kepada kebajikan atas niat membayar wang tersebut kpd orang itu
- Mohon ampun kepada Allah dan mendo'akan kebaikan atas orang itu.
Tambahan, jika kita mengumpat atau mencaci seseorang, maka hendaklah berkata yang baik mengenai dia selepas ini, sebagai tambahan kepada perkara yang diatas ini.
wallahu'alam, wassalam
---------------
Rujukan :-
1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 14. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.
2] Mohammad bin abdul Rahman Qasim. Majmu' fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 3. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.
3] Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1995. ms 247
خيرالأمين