:salam
Jika seseorang itu kehilangan harta-bendanya akibat dicuri atau dirompak, kemudian si pencuri atau perompak itu menggunakan harta-benda itu untuk tujuan melakukan maksiat. Adakah pemilik harta itu turut menanggung dosa akibat perbuatan itu?
Terima kasih...
:salam
Orang yg menjadi masngsa kecurian itu tidak akan menanggung dosa apa yg dilakukan oleh pencuri itu ke atasnya hartanya yg dicuri. Dalil:
Patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (dosa) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan atas dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain; kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. (Surah An-An'aam ayat 164)
Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Tahqeeqan:
LULUS
Bahkan anda diberi pahala lagi jika bersabar dgn musibah itu. Ini menyemarakkan semangat kita bahawa jika bumi itu berjalannya Hudud, maka gentarlah perompak dan penyamun! WA