:salam
Saya banyak mendengar kuliah di masjid. Banyak pengetahuan agama yang telah ditimba daripadanya. Soalan saya, bolehkah saya menceritakan hadis-hadis yang saya dengar dan ingat maksudnya tetapi tidak ingat lafaz atau periwayatnya kepada rakan-rakan saya yang lain untuk tujuan berdakwah? Bolehkah juga saya menceritakan sesuatu cerita atau hadis atau penerangan dll yang diberitahu ustaz dengan menyebut, "...ustaz fulan yang kata begini begini". Kalaulah ditakdirkan saya tersalah faham adakah saya akan dipertanggungjawabkan kerana memberi ajaran yang salah?
terima kasih...
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2981: [Z] Menceritakan hadis tanpa riwayat
Primary tabs
Sun, 28/09/2003 - 2:36am
#1
SJ - 2981: [Z] Menceritakan hadis tanpa riwayat
:salam
Hadith mengandungi dua element iaitu sanad dan matannya.
Abdullah bin al-Mubarak berkata, "Al-isnad minaddeen. Law laa isnaada, laqaala man syaa-a ma syaa-a"—Isnad itu sbhgn dari agama. Jika tiada isnad/sanad, maka sesiapa saja akan berkata apa saja." (Muqaddimah Sahih Muslim)
Seorang tabi’in bernama Muhammad bin Sirin mengatakan: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian.” Beliau juga berkata: “Dahulu orang-orang tidak bertanya tentang sanad (rangkaian para rawi yang meriwayatkan) hadith, maka tatkala terjadi fitnah mereka mengatakan: sebutkan kepada kami sanad kalian, sehingga mereka melihat kepada Ahlussunnah lalu mereka menerima hadithnya dan melihat kepada ahlul bid’ah lalu menolak hadithnya.” (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Sahihnya)
Sufyan At-Tsauri R.A berkata: “Isnad adalah senjata orang beriman. Apabila seseorang itu tiada senjata, jadi dengan apakah dia hendak berperang?”
Imam Ibn Taymiyyah berkata:
“Isnad adalah suatu yg istimewa utk ummat ini dan islam. Kmdn dari umat ini, ini adalah keistimewaan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah”. (Shaykh Abd al-Fattah Abu Ghudda dlm kitabnya ‘al-Isnad min al-Din’).
Para fuqaha hadith memang mengambil berat bhgn periwayatan hadith. Dan terdapat bahaya besar sekiranya mengabaikan isnad. Fitnah boleh terjadi lebih2 lagi zaman sekarang di mana kebanyakan tidak mempelajari ulumul hadith dan bertebaran hadith palsu sehinggakan amalan hadith palsu mengatasi amalan hadith yg sahih.
Syeikh Salih Utsaimin pernah menyebut bahaya salah faham adalah lebih besar daripada tidak faham. Jadi berhati-hati dalam menyampaikan ilmu. Dah lah kita tersasar dan orang lain tersasar akibat kegopohan kita. Sebab itu sebelum terjun ke arena dakwah, kena persiapkan jiwa dan raga. Bukanlah kita hendak merumitkan tetapi sekadar berhati-hati.
Sekiranya saudara menyebut, “ustaz fulan berkata begini begitu…” orang boleh melihat perkara tersebut dari bbrp aspek:
1. Ia adalah pendapat ustaz tersebut dan bukannya dari hadith kerana saudara tidak menyebut sanad dan ia tidak bertentangan dgn hadith
2. Ia adalah pendapat ustaz tersebut dan dari hadith tetapi hadith itu adalah hadith maudhu’
3. Ia adalah hadith tetapi saudara mengatakan ia adalah pendapat ustaz tersebut
4. dll
So, mcm2 boleh jadi. Ingat amaran Rasulullah S.A.W.
Dari Abdullah ibn Amr, baginda S.A.W bersabda: “Sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat dan beritahu yg lain akan cerita Bani Israel (yang aku ceritkan kpd kamu) kerana ia bukan satu dosa utk berbuat demikian. Barangsiapa yang berdusta ke atas namaku dgn sengaja, maka nerakalah tempatnya.” (Hadith Sahih Bukhari)
Dari Al-Mughirah R.A berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Memperkata sesuatu yg bohong ke atas namaku tidak sama berkata bohong ke atas nama orang lain. Barangsiapa berdusta di atas namaku dengan sengaja sesungguhnya dia telah menempah tempa di neraka.” (Hadith Sahih Bukhari)
Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas kelupaan dan kejahilan. Semoga Allah mengampuni kita.
Wallahua’lam.
http://www.zayed.com
:wassalam
JKK Ust Z.
Imtiyaz.