SJ - 2982 : sukan tinju, tomoi dan seumpamanya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2982 : sukan tinju, tomoi dan seumpamanya

:salam
Apakah pandangan Islam terhadap sukan tinju dan tomoi atau apa2 sukan yang seperti berbentuk mencederakan itu. Riadah adalah salah satu perkara yg digalakkan dalam Islam, tetapi bagaimana dengan sukan yg berunsurkan seperti tinju dan tomoi itu? Adakah ianya dibulehkan atas nama sukan/riadah?? Asal sesuatu perkara itu harus, tetapi jika ianya membawa kemudaratan, seperti gangguan terhadap sistem saraf dan otak, maka itu adakah ianya diharamkan?
Mintak tolong huraian dari sheikh Ahkam.

:wassalam

Re: SJ - 2982 : sukan tinju, tomoi dan seumpamanya

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra diatas soalan tersebut. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan dan kekurangan yang ada, Insyaallah. Soalan jenis seni beladiri ini kalau dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Pendekar kita lebih meriah lagi, 'ala kulli hal disebabkan kerosakan komputernya, kami cuba jugalah untuk menjawabnya.

Secara umumnya, hukum mempelajari seni bela diri boleh dibaca diurl dibawah ini yang telah dipostkan oleh al-Fadhil Ustaz Pendekar didalam ruangan FATWA :-

FATWA MENGENAI SENI BELA DIRI AIKIDO

Al-Riyaadhah [="#0000ff" size="5"](ÇáÑíÇÖÉ) atau bersukan merupakan sesuatu yang dituntut didalam Islam. Ini membentuk jasad yang sihat lantas membina minda-minda umat Islam yang sihat. Aktiviti Riyaadhah yang berbentuk seni beladiri menganjurkan agar umat Islam menjadi umat yang kuat. Umat yang kuat itu disukai dari umat yang lemah, dan kekuatan ini sudah pastilah kekuatan Iman dan juga kekuatan tubuh badan, sebagaimana Hadith Nabi saw :- Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, katanya : Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÇáãÄãä ÇáÞæí ÎíÑ æÃÍÈ Åáì Çááå ãä ÇáãÄãä ÇáÖÚíÝ æÝí ßá ÎíÑ ÇÍÑÕ Úáì ãÇ íäÝÚß æÇÓÊÚä ÈÇááå æáÇ ÊÚÌÒ æÅä ÃÕÇÈß ÔíÁ ÝáÇ ÊÞá áæ Ãäí ÝÚáÊ ßÇä ßÐÇ æßÐÇ æáßä Þá ÞÏÑ Çááå æãÇ ÔÇÁ ÝÚá ÝÅä áæ ÊÝÊÍ Úãá ÇáÔíØÇä
"Mukmin yang kuat adalah lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah, walaupun kedua-dua baik, berusahalah melakukan apa yang memunafaatkan anda dan pohonlah pertolongan dari Allah swt. Jangan merasa tidak berguna dan atas apa-apa musibah menimpa anda, janganlah berkata 'Jika saya melakukan perkara itu tadi...begitu dan begini, akan tetapi berkatalah 'Qadar Allah berlaku keatas kehendaknya' kerana sesungguhnya perkataan "Jika" akan membuka pintu kepada syaitan" - [Hadith riwayat Muslim #2664].

Seni beladiri seperti Silat, Tae kwan do, karate do, Kung Fu, Kalari Payat dan sebagainya mengajar umat Islam cara-cara dan teknik bertempur apabila bertemu dengan musuh. Seni ini melatih umat Islam cara-cara mempertahankan diri dan juga membentuk minda yang sentiasa bersedia (alert). Para pelajar akan didedahkan kepada latihan-latihan yang berbentuk pergerakan atau kata, buah-buah, samada buah pukul atau buah kunci dan juga didedahkan cara-cara menghadapi serangan musuh. Latihan-latihan ini hanya boleh digunakan semasa benar-benar menghadapi musuh, dan bukan dipertontonkan atau dengan tujuan memukul orang lain!

Pertandingan Tinju atau boxing dan juga tomoi, tidak dianggap sebagai sebagai sesuatu yang dibenarkan didalam Islam. Ia dikatakan telah keluar dari batas-batas syariat yang dibenarkan. Diantaranya yang telah disenaraikan oleh ulama'-ulama' Islam adalah :

1. Ia melibatkan serangan keatas muka, dan Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ÅÐÇ ÞÇÊá ÃÍÏßã ÃÎÇå ÝáíÊÌäÈ ÇáæÌå
"Jika sesiapa diantara kamu berlawan dengan saudaranya, elaklah dari menyerang muka" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #2560, Muslim #2612]

Permainan tinju ini semata-mata tertumpu kepada menyerang kearah muka yang tidak dibenarkan didalam Islam.

2. Perlawanan tinju ini membuang masa umat Islam. Mereka tidak memikirkan nikmat masa lapang dan juga kesihatan yang telah dikurniakan. Ini adalah salah satu dari soalan-soalan yang kelak akan ditanya oleh Allah swt kelak; Masa Muda dan hidup, apa yang ditelah lakukan?. Apakah yang mereka akan jawab jika masa mudanya dan latihannya ditumpukan untuk berlawan dengan orang dan bergelut dengannya untuk mencapai gelaran atau memenangi hadiah?

3. Ia merupakan satu jenis Riayaadhah yang Bahaya yang boleh membawa kepada kerosakan yang teruk, dan Allah swt mengharamkan kita merosakkan badan kita, diaman kkta diperintahkan menjaganya dan melindunginya. Ramai dikalangan peninju yang telah menghadapi kecederaan yang kekal, seperti kerosakan otak dan juga urat saraf.
---------------

Elok juga rasanya dipaparkan beberapa fatwa-fatwa dari ulama'-ulama' bagi menjelaskan lagi hukum bertinju ini.

a. Sheikh Dr. Ahmad Al-Sharabasi r.h. :-

[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ ßÇäÊ ÇáãÕÇÑÚÉ Ãæ ÇáãáÇßãÉ äæÚðÇ ãä ÇáåÌæã ÇáÝæÖóæöí æÇáÇÚÊÏÇÁ ÇáåãÌí¡ ÇáÐí áÇ íÎÖÚ áÞÇäæä Óáíã Ãæ äÙÇã ÑÇÏÚ Úä ÇáÅíÐÇÁ æÓæÁ ÇáÇÓÊÛáÇá æÇáÊØÈíÞ¡ Ýåí ÍÑÇã¡ æáÇ íõÞöÑøõåóÇ ÇáÅÓáÇ㺠áÃä ãä ÞæÇÚÏ ÇáÅÓáÇã Ãä ÇáÖÑÑ íõÒÇá¡ æÃä ÏóÑúÁó ÇáãÝÇÓÏö ãõÞóÏøóãñ Úáì ÌóáúÈö ÇáãÕÇáÍ.

æáßäøó ÇáãÕÇÑÚÉ Ãæ ÇáãáÇßãÉ ÅÐÇ ßÇäÊ áæäðÇ ãä ÇáÊãÑíä ÇáÑíÇÖí¡ æÚóÑÖðÇ áØÑÞ ÇáÏÝÇÚ Úä ÇáäÝÓ¡ Ýí ÍÏæÏ ÇáåÏÝ ÇáÑíÇÖí ÇáÓáíã¡ æÎÖÚÊ ááÃíÏí ÇáÝäíÉ ÇáãåÐÈÉ¡ æááÞÇäæä ÇáÖÇÈØ ÇáÍÇßã¡ æááäÙÇã ÇáÐí íóÈúÚõÏõ ÈåÇ Úä ÇáÚÏæÇä æÇáåãÌíÉ æÇáÝæÖì¡ æíóÍõæá ÈíäåÇ æÈíä ãÇ íÊÚÑÖ áå ÇáãäÏÝÚæä ãä ÃÎØÇÑ æÚÇåÇÊ¡ ÝáÇ ãÇäÚ ãäåÇ Ýí ÇáÅÓáÇã¡ Èá íæÌÏ Ýí Úãá ÇáÑÓæá Ü Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ü ãÇ ÞÏ íßæä ÔÇåÏðÇ Úáì ÌæÇÒåÇ æÇÓÊÍÈÇÈåÇ.


"Jika gusti atau tinju merupakan jenis sukan yang menyerang secara kejam dan ganas, yang tidak patuh kepada peraturan keselamatan atau mengakibatkan bahaya dan disalah gunakan, maka penggunaannya adalah haram, Islam tidak membenarkannya! Kerana sesungguhnya kaedah Islam ialah ia menghilangkan yang memudharatkan.

Akan tetapi jika gusti atau boxing ialah sejenis latihan sukan, mempamerkan cara seni mempertahankan diri, dimana sasarannya adalah selamat, ia memerlukan seni penggunaan tangan dan juga mempunyai peraturan yang ketat yang menghalang seseorang itu melakukan kekasaran, ganas dan kejam, dan ternyata ia mendedahkan kepada pelatih akan bezanya perkara-perkara yang bahaya, maka Islam tidak menghalangnya, bahkan ia terdapat didalam amalan Nabi saw, apa yang boleh dijadikan sebagai bukti akan membolehkannya dan galakkannya."

b. Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah :-

[="#0000ff" size="3"]ÃãÇ ÇáãáÇßãÉ ÝÅä ÇÊÎÇÐåÇ ßåæÇíÉ¡ ÝÅä áã íßä Ðáß ÈÖÑÈ ÇáÅäÓÇä¡ ÅäãÇ ÇáÊãÑä ÚáíåÇ ÈÇáÖÑÈ Úáì ÃÌÓÇã ÛíÑ ÍíÉ¡ ÝÐáß ÌÇÆÒ æáÇ ãÍÐæÑ Ýíå¡ ÃãÇ ÇÊÎÇÐåÇ ÍÑÝÉ¡ ÝåÐÇ áÇ íÍẠæÐáß áöãóÇ ÝíåÇ ãä ÇáÖÑÑ ÇáÐí íÞÚ Úáì ÇáãÖÑæÈ¡ ÝÅäåÇ ÑÈãÇ ßÇäÊ ÓÈÈÇð Ýí ÇáãæÊ Ãæ Ýí ÚÇåÉ ãÓÊÏíãÉ¡ æåÐÇ ÖÑÑ áÇ ÊÈíÍå ÔÑíÚÉ ÇáÅÓáÇã æÅä ßÇä áÛíÑ ÇáãÓáã¡ Úáì ãÇ Úáíå æÇÞÚ ÇÓÊÚãÇá åÐå ÇáÑíÇÖÉ Ýí ÇáæÇÞÚ¡
"bagi sukan tinju dijadikan sebagai hobi, dan jika ia tidak menjadikan manusia sebagai sasarannya, tetapi dengan cara berlatih memukul sasaran yang bukannya badan bernyawa, maka ia adalah dibenarkan dan tidak dilarang keatasnya mengambil seni tersebut. Dan jika ia menjadikan manusia sebagai mangsa sasaran pukulannya, dan ia mungkin menyebabkan kecederaan yang berkekalan, maka ini adalah membahayakan dan syariah Islam tidak membenarkannya walaupun dia bukan berugama Islam, dan inilah sebenarnya realiti sukan ini."

----------------------
Apa yang dapat kita simpulkan dari beberapa fatwa diatas adalah:-

1. Jika boxing, tomoi siam dan sebagainya dipelajari untuk tujuan exercise dan mempertahankan diri, adalah dibenarkan. Jika ia bertujuan untuk pertandingan, hukumnya adalah haram, kerana ia melibatkan unsur-unsur bahaya dan kemusnahan.
2. Jika boxing dan tomoi Siam menjadikan sasarannya bukan manusia, seperti punching beg atau orang kayu, maka ia adalah dibolehkan. Seni bela diri Wing Chun atau seumpamanya, menjadi sasaran 'orang kayu' sebagai targetnya.
3. Apa jua seni belari diri hendaklah dipelajari untuk mempertahankan diri dan bukan untuk menyerang atau menindas orang yang lemah.
4. Latihan tomoi atau boxing yang dilakukan dengan cara shadow boxing tidaklah menjadi larangan untuk diamalkan. Ini menyerupai langkah atau bunga silat atau pun latihan 'kata' didalam Seni Karate.

wallahu' alam. wassalam

---------------------
Rujukan :

1. Sheikh Ahmad Al-Sharabasi. [="#800000" size="3"]ÇáãáÇßãÉ æÇáãÕÇÑÚÉ ..ÖæÇÈØ Ýí ÇáããÇÑÓÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=73448

2. Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah. [="#800000" size="3"]Íßã ÇÍÊÑÇÝ ÑíÇÖÉ ÇáãáÇßãÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=47894

خيرالأمين