:salam
Menurut pemahaman saya bila seseorang Islam mengajak seseorang Islam yang lain kebaikan dan orang itu mengikutnya maka dia akan mendapat pahala kerananya.
Q1. Bagaimana pula jika seseorang Islam itu mengajak seorang yang kafir untuk melakukan kebaikan, adakah orang Islam itu akan mendapat pahala jika orang kafir itu berbuat baik kerana mengikutinya?
Q2. Bagaimana pula kalau seorang Islam itu mengajak seorang kafir bersama-sama melakukan maksiat, adakah dia turut mendapat habuan dosa tambahan selain daripada dosa persendiriannya?
Q3. Sekiranya seseorang Islam itu ada menganiaya atau menzalimi seorang kafir dan orang itu tidak memaafkannya dan tidak pula beriman hingga akhir hayat. Bagaimanakah cara pengadilan dilakukan terhadap orang kafir dan orang Islam itu?
Terima kasih...
:salam
Terima kasih dgn soalan ini. Benarlah sepertimana yg sdr kemukakan iaitu seseorang itu akan mendapat pahala apabila mengajak org Islam lain berbuat kebajikan. Dalilnya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (QS. 5:2)”
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)”
“dan serulah mereka ke (jalan) Rabbmu, (QS. 28:87)”
Dari Abdullah Ibn Mas’ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menunjukkan(mengajak) kpd kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti pahala org yg mengerjakan kebaikan itu.”[HR Muslim]
Adapun mengajak/menunjukkan kebaikan kpd org bukan Islam tidak terkecuali dari dalil2 di atas. Maka Allah akan memberikan ganjaran kpd mereka yg berbuat baik tidak kira kpd org Islam maupun bukan. Hatta kpd ciptaan Allah yg lain juga beroleh ganjaran jika diperlakukan dgn baik.
Manakala mengenai soalan kedua, seorang yg mengajak kepada maksiat akan beroleh dosa yg dilakukan bersama itu. Dalilnya:
Dari Abu Hurairah ra ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Siapa saja yg mengajak kpd kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yg mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun. Siapa saja yg mengajak kpd kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yg mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun.””[HR Muslim]
Jawapan utk soalan ke-3 boleh didapati dari URL berikut. Al-fadhil ust THTL akan menajawab soalan ini dgn lebih baik :bleh:
SJ – 2237 : TAUBAT , SIKSA HAIWAN & PERMAINAN YANG HARUS
Sekian. WA.
:wassalam
Rujukan
Shahih Riyadhush Salihin-Imam Nawawi
Takhrij Al-Albani
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Tahqeeq:
LULUS . Jawapan Ust G sudah baik sekali.