SJ - 2994: 1 ARWAH RM1.00

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ - 2994: 1 ARWAH RM1.00

:salam

Kita sedia maklum bahawa Ramadhan al-mubarak akan menjelang tiba InsyaAllah, tak lama lagi. Masjid dan surau di tempat saya mula mengedarkan borang sumbangan untuk (a) morei; (b) majlis tahil arwah.

Soal morei, umum sedia maklum kerana sumbangan yang diminta bermaksud sebagai "sedekah?" untuk mereka yang bertarawikh makan-makan selepas "tarawih". Kelihatan seperti satu "kemestian" pada bulan Ramadhan, tetapi bagi saya ia lebih kepada "adat" Melayu belaka.

Tentang kenduri arwah/tahlil, umum juga sedia maklum tentang pro dan kon (persoalan khilafiah) yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

Pertanyaan --

(i) Kalau saya menyumbang dengan ikhlas sedikit wang untuk perbelanjaan "morei" ini, adakah saya memperoleh ganjaran "memberi makan kepada orang yang berpuasa" sedangkan morei itu biasanya dinikmati selepas solat tarawikh?

(ii) Apakah 'PENDAPAT" & 'PENDIRIAN" anggota panel al-ahkam (selain pendapat-pendapat lain) tentang tindakan pihak masjid/surau (a) meminta wang sumbangan untuk "tahlil arwah" (katakanlah RM1 bagi 1 arwah); (b) menyiarkan nama-nama "pemberi wang tahlil arwah" sejurus sebelum solat tarawikh, dengan menggunakan pembesar suara -- katakanlah dengan menyebut " Yang berikut adalah nama-nama arwah yang akan dibacakan tahlil pada malam ini dan nama pengirimnya" ....

Hal ini berlaku pada tahun lepas dan itulah sebabnya saya tanyakan.

Terima kasih.

:wassalam

Re: SJ - 2994: 1 ARWAH RM1.00

:wassalam
Jawab:
1. Sumbangan Morey Ramadhan.
Ia disyari'atkan dan dinamakan jud. alJuud maksudnya banyak pemberian, banyak sedeqah, ringan tangan, banyak ihsan pada fuqara' khususnya di bulan Ramadhan. Dalil: Dari Ibn Abbas ra, " Adalah Nabi saw orang yg paling murah tangannya dan beliau paling pemurah di bulan Ramadhan." (muttafaq 'alayh)
Dari Anas ra, " seutama-utama sedeqah ialah sedeqah di bulan Ramadhan." (HR atTermidzi) pahala yg besar adalah menjamu atau menaja orang miskin berbuka. Dalil:Dari Zaid bin Khalid ra," sesiapa yg memberi iftar kepada orang berpuasa, dia mendapat pahala semisal orang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikitpun." (Musnad Imam Ahmad) Jadi jika mesjid anda ada menaja pakej berbuka, maka pilihlah pakej ini dahulu dari penajaan Morey.

2. Penajaan Tahlil.
Ini adalah Bid'ah (inovasi ibadah) yg terbaru (latest)! RM 1.00 satu arwah tu amatlah murah. Kalau di USJ-Subang Jaya ialah RM 150 satu arwah. Ingkarilah bid'ah ini. Dalilnya: " Dari Aisyah ra, " sesiapa yg mencipta hal yg baru dalam Deen kita yg bukan bahagian darinya, adalah tertolak!" Muttafaq 'alayh (Syarah asSunnah, tahqiq alArnauth: 1/211 # 103) WA