Akum semua,ana ada persoalan.....ana ada belajar di sekolah menengah dahulu mengenai suatu bacaan yang bila diamalkan kita akan mudah bangun awal dari tidur....buunyinya begini : "Ya qoihaq 'alaihissalam" 3X....dan baru2 ini ada orang mempertikaikan amalan ini dimana mereka mengaitkan amalan ini dengan syirik kepada Allah kerana ia seakan menyeru selain dari Allah...wallahu'alam :necoraman
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Tidak pernah dengar bacaan ini. Bukan dari Nabi S.A.W, maka ia adalah tertolak.
Amalan sblm tidur Mengikut Sunnah Nabi S.A.W
Dari Hudzaifa R.a bahawa apabila Baginda S.A.W hendak tidur, baginda akan membaca "Bismika Allahumma amutu wa ahya (Dengan Nama Engkau Ya Allah aku Hidup dan aku mati)." Dan apabila baginda S.A.W baginda bangun dari tidur, beliau akan membaca: "Al-hamdu lil-lahil-ladhi ahyana ba'da ma amatana; wa ilaihi an-nushur (Segala puji Allah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNya dibangkitkan)." (Hadith Riwayat Bukhari)
Dari Irbad Bin Sariyah bahawa baginda S.A.W selalu membaca Al-Musabbihat sblm masuk tidur dan bersabda: "Ia mengandungi ayat yg mana lebih dari dari seribu ayat." (Riwayat Abu Dawood)
Dari Aisyah R.A apabila baginda S.A.W apabila hendak masuk tidur, baginda akan meniupkan kedua telapak tangan selepas membaca Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq dan Surat An-Nas, dan baginda akan menyabut keseluruhan badannya bermula dari kepala, muka dan bhgn depan badannya. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali. (Hadith riwayat Bukhari)
Dari Al-Bara' bin Azib R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah: Çááøóåõãøó Åöäøöí ÃóÓúáóãúÊõ æóÌúåöí Åöáóíúßó æóÝóæøóÖúÊõ ÃóãúÑöí Åöáóíúßó æóÃóáúÌóÃúÊõ ÙóåúÑöí Åöáóíúßó ÑóÛúÈóÉð æóÑóåúÈóÉð Åöáóíúßó áóÇ ãóáúÌóÃó æóáóÇ ãóäúÌóÇ ãöäúßó ÅöáøóÇ Åöáóíúßó ÂãóäúÊõ ÈößöÊóÇÈößó ÇáøóÐöí ÃóäúÒóáúÊó æóÈöäóÈöíøößó ÇáøóÐöí ÃóÑúÓóáúÊó jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). Al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut: ÂãóäúÊõ ÈöÑóÓõæáößó ÇáøóÐöí ÃóÑúÓóáúÊó Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah ÂãóäúÊõ ÈöäóÈöíøößó ÇáøóÐöí ÃóÑúÓóáúÊó "(Hadith Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila seseorang itu ingin tidur, hendaklah dia menyimpulkan penghujung kainnya lalu membuang debu-debu yang ada kemudian membaca: ÈöÓúãö Çááøóåö ÇáÑøóÍúãóäö ÇáÑøóÍöíúãö kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku di tempat tidurnya selepas itu. Apabila dia ingin berbaring, hendaklah dia berbaring di atas lambung kanan. Kemudian berdoa: ÓõÈúÍóÇäóßó Çááøóåõãøó ÑóÈøöí Èößó æóÖóÚúÊõ ÌóäúÈöí æóÈößó ÃóÑúÝóÚõåõ Åöäú ÃóãúÓóßúÊó äóÝúÓöí ÝóÇÛúÝöÑú áóåóÇ æóÅöäú ÃóÑúÓóáúÊóåóÇ ÝóÇÍúÝóÙúåóÇ ÈöãóÇ ÊóÍúÝóÙõ Èöåö ÚöÈóÇÏóßó ÇáÕøóÇáöÍöíäó " (Hadith Riwayat Muslim)
http://www.zayed.com
:wassalam
Tahqeeq
LULUS
P/S: Ia memang syirik kerana kita tidak boleh menyeru dan meminta dari sesuatu melainkan hanya dari Allah SWT. Dalil : "Berdo'alah kamu kepada-Ku niscaya Aku perkenankan do'a kamu." AQ 40:60. Dalil hadis, Dari Ibn Abbas ra," apabila engkau meminta, pintalah kepada Allah dan apabila engkau pohon, maka pohonlah dari Allah." (Termidzi,#2635)