:salam
Saya selalu mengikuti kuliah-kuliah dan ada diterangkan tentang bahaya ria' dan ujub, iaitu boleh menghapuskan nilai amalan seseorang. Tetapi bagaiman nak mengetahui diri kita ini sedang ria', kalau ujub mungkin boleh tahu, keliru sikit? Boleh tolong jelaskan.
terima kasih...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih sdr mukminin. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kemampuan dan kekurangan yang ada, Insyaallah.
Riya' dan ujub ini dikelasifikasikan sebagai penyakit-penyakit rohani yang melanda jiwa atau hati manusia. Kedua-dua penyakit ini merupakan penyakit yang merbahaya kepada manusia dan bertindak menghapuskan kebaikkan (silent killer) yang telah dilaksanakan oleh seseorang hamba. Hati-hati yang sakit ini hanya akan terlihat jika seseorang itu bercakap besar (takbur) didalam perbicaraannya dan berlebihan didalam tindakannya. Akan tetapi, menurut Ibn Utsaimin, walaupun pembalasan akan dilakukan keatas mereka yang riya' di hari akhirat, Allah swt akan mendedahkan orang yang riya' mengenai niat jahatnya. Nabi saw bersabda
Berkata seorang ahli salaf, Said bin Jabir berkata :
Didalam kamus, riya' [="#0000ff" size="5"] (ÑíÇÁ) membawa erti : "fawning on , currying favor with , lip service , flattery , fawning , dissimulation , compliance , hypocrisy , adulation , bootlicking , cajolery , toadyism , duplicity, showing off". Sifat talam bermuka dua termasuk didalam makna riya', ia menunjuk-nunjuk akan amal kebajikan, atau pun membangga-banggakan kejayaan atau pun dosa-dosanya dengan menceritakan kepada orang lain. Walaupun ia melakukan ibadat, tetapi tujuan asal ibadat itu telah bertukar dari "kerana Allah" kepada "kerana manusia".
Makna 'ujub [="#0000ff" size="5"](ÚÌÈ) pula ialah : " splendor , self-conceit , vainglory , vanity , swank , swaggering , self-assumption , arrogance , flaunting , flaunt , egotism , conceitedness , conceit , cockiness , haughtiness , self-consequence , prancing , snobbism , flatulence , lordliness , boastfulness , bragging , snobbery , snobbishness , proud swinging gait , hauteur ". Ia bermakna terkejut dengan kelebihan diri sendiri dan merasakan dirinya melebihi dari orang lain. Sifat egotism, berbangga diri, sombong terhasil dari sifat-sifat 'ujub.
Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah memberikan satu definasi yang baik diantara makna Riya' dan 'Ujub, katanya :-
Disini riya' membawa maksud melakukan sesuatu perkara dengan berniat atau memohon selain dari Allah swt. Sebagai contoh : melakukan solat dengan baik sekali untuk dipertontonkan oleh orang ramai. Objektif solat telah ditukar pada awal-awal lagi permulaan mendirikan solatnya.
'Ujub ini menunjukkan pergolakan didalam hati diantara ikhlas dan kebanggaan dirinya, lalu rasa takjub dengan keupayaannya melebihi segala-galanya didalam amal kebajikannya. Sifat-sifat ini biasanya terdapat kepada mereka-mereka yang pandai, baik pandai didalam bidang agama ataupun didalam hal-hal duniawi. Maka timbulkan perasaan, "Aku tak baca pun dah tahu", atau "Hebat juga aku ini". Ibadat yang dilakukan oleh orang yang 'ujub akan berkisarkan tentang kemampuna dirinya melakukan kebajikan atau ibadat, kalau bukan kerana 'dirinya', tidak mungkin ibadat atau amal kebajikan itu dapat dilakukan. Orang sekarang panggil 'syok sendiri'. Kombinasi riya' dan 'ujub ini akan terpancar didalam sifat takabur.
Berkata Sheikh Ibnu Taimiyah :
Begitulah serba sedikit bekenaan dengani riya' dan ujub yang dapat kami petik dari Buku Majmu' Al-Fatawa jilid 10 (Bab suluk) karangan Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Kita perlu berjaga-jaga dengan penyakit hati ini lebih-lebih lagi riya', oleh kerana ulama' mengkatogerikan Riya' sebagai SYIRIK KECIL. Untuk mengakhir jawapan ini kami memetik definisi syirik kecilnya menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz.
Sesuatu yang paling aku takuti terhadap kalian adalah syirik kecil. Lalu baginda ditanya mengenai syirik kecil itu. Beliau menjawab: riya'." (Riwayat Imam Ahmad, Ath-Thabrani, Al-Baihaqi dari Mahmud bin Labid Al-Anshari ra dengan sebuah sanad yang baik, dan diriwayatkan oleh Ath-Thabrani --dengan beberapa sanad yang baik dari Mahmud bin Labid-- dari Rafi' bin Khudaij dari Nabi saw). " - (Bin Baaz, Durus Muhimmah Li'aa'matil Ummati ms 4).
wallahu'alam, wassalam.
=========
Rujukan :-
1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 10 : Ilmu Al-Suluuk. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969. ms 277.
2. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Durus Muhimmah Li'aa'matil Ummati . Riyad : Daar Adhwaa' Zamzam, 2002.
خيرالأمين