SJ - 3063: [A+G] Terbatal pahala berjemaah jika tidak rapat

Primary tabs

7 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3063: [A+G] Terbatal pahala berjemaah jika tidak rapat

Assalamualaikum,
1) Adakah terbatal pahala jema'ah (27 kali) jika para jema'ah tidak rapat hingga tersentuh bahu antara bahu org di sebelahnya. Maksud terbatal di sini adalah hanya mendapat pahala seperti solat bersendirian bukan pahala jemaah.
2) Jika jawapannya 'ya', pahala keseluruh jemaah (termasuk imam) yang akan terbatal atau hanya saf yg tidak rapat.
Wasalam

aznanhamat (not verified)
Re: Terbatal pahala berjemaah jika tidak rapat

Assalamualaikum,

Mungkin tidak berkaitan terus dengan batal pahala disebabkan sof tidak rapat tapi ia berkaitan dengan kesempurnaan sof juga..

BERADA DI BELAKANG SAF SEORANG DIRI

Adalah makruh hukumnya jika seorang makmum itu berada seorang diri di belakang saf sedangkan di hadapannya masih ada ruang yang kosong. Oleh itu disunatkan baginya mengisi tempat kosong itu. Akan tetapi jika di hadapan makmum itu tiada ruangan kecuali di belakang saf sahaja, maka mengikut pendapat yang shahih, di antaranya Syeikh Abu Hamid dan selainnya daripada nash Syafie, adalah disunatkan bagi makmum yang berada seorang diri di belakang saf itu menarik seorang daripada makmum yang berada di hadapannya. Disunatkan juga bagi makmum yang ditarik ke belakang itu bekerjasama iaitu berundur ke saf belakang bersama-sama dengan makmum yang seorang diri itu, demi untuk kesempurnaan saf dan mengelakkan juga daripada pendapat ulama lain yang mengatakan bahawa berada seorang diri di belakang saf itu batal sembahyang sebagaimana mereka berpegang kepada sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang bagi makmum seorang diri yang di belakang saf”.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Akan tetapi mengikut ashhab bahawa hujah atau dalil mereka berdasarkan hadis itu adalah bermaksud bahawa tiada sempurna sembahyang bagi seorang yang di belakang saf, bukannya bermaksud tidak sah sembahyang. Dan takwil atau maksud hadis yang dinyatakan oleh ashhab ini adalah yang wadhih iaitu jelas. Mengikut pendapat Syeikh Abu Hamid dan selainnya lagi bahawa tidak boleh bagi makmum yang seorang diri itu menarik makmum di hadapannya melainkan sesudah dia mengangkat takbirratul ihram. Dalam keadaan di atas iaitu jika seorang makmum berada seorang diri di belakang saf adalah tidak membatalkan sembahyang hanya makruh hukumnya. (Majmuk 4/189-190)

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic54_2001.htm

aznanhamat (not verified)
Re: Terbatal pahala berjemaah jika tidak rapat

KANAK-KANAK BERADA DALAM SAF LELAKI DEWASA

Dalam kumpulan fatwa Imam Ibnu Hajar, menurut qaul yang muktamad, bahawa kanak-kanak lelaki apabila mereka mendahului orang-orang yang baligh ke saf yang pertama, tiada harus (tidak boleh) bagi orang-orang yang baligh itu mengeluarkan mereka dari saf yang pertama itu, kerana kanak-kanak lelaki itu adalah jenis orang lelaki.

Seterusnya Ibnu Hajar menerangkan bahawa bukanlah maksud kanak-kanak lelaki datang dahulu itu sebagai kehadiran mereka terlebih dahulu ke masjid daripada orang dewasa tetapi maksudnya mereka hanya mendahului pada saf yang pertama sekalipun sebelum didirikan sembahyang. Maka pada ketika itu tidaklah boleh diketepikan kanak-kanak lelaki dari saf mereka untuk diberikan kepada lelaki dewasa.

Daripada perkataan Imam Ibnu Hajar di atas ini, apabila kanak-kanak lelaki datang ke masjid dan dia telah duduk di dalam mana-mana saf sembahyang dengan tujuan hendak sembahyang mengikut imam, sama ada sembahyang Jumaat atau sebagainya, maka orang dewasa tidak boleh mengalih dan mengeluarkan kanak-kanak lelaki tersebut dari saf-saf mereka itu.

aznanhamat (not verified)
kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan

Adapun hukum kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan yang tidak diketahui adakah dia membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau tidak, apabila dia berada dalam saf tersebut, adakah ianya merosakkan saf dan adakah sedemikian itu menghilangkan fadhilat pahala berjemaah, berkata Al-Imam Al-Sayyid Abdullah bin ‘Umar bin Abu Bakar bin Yahya di dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin:

“Jika ada di dalam saf sesiapa yang tidak sah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lahn (seperti tidak betul bacaan Fatihahnya) atau ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian,

maka tiadalah luput fadhilat (tidak hilang kelebihan pahala) berjemaah ke atas orang-orang yang berdiri di belakang mereka, sekalipun lebih jauh saf mereka dari saf orang yang sah sembahyangnya, sekadar boleh muat seorang berdiri pada masalah yang pertama (iaitu ada najis padanya atau ada lahn) dan lebih jauh dari tiga hasta pada masalah yang kedua (iaitu ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian).

Kecuali, jika orang-orang yang berada pada saf-saf di belakang itu mengetahui akan batal sembahyang orang yang tersebut itu dan sembahyangnya itu tidak sah pada pendapat ulama yang sah bertaklid padanya dan mereka berkuasa mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka itu dari saf-saf mereka dengan tiada takut (apa-apa kemudaratan) ke atas diri atau harta atau nama (apabila mereka mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka dari saf-saf mereka itu).

Kerana fadhilat pahala berjemaah boleh diperolehi dengan mengikut seorang imam yang mana makmum tidak mengetahui imam itu berhadas (padahal dia berhadas).

Adalah lebih utama tidak mengetahui akan batal sembahyang orang-orang yang dia tidak ada sangkut paut di antaranya dan di antara orang yang batal sembahyangnya itu, dan kerana berjauh-jauh (dari satu saf kepada satu saf) dengan ada suatu keuzuran seperti panas (seperti di Masjid Al-Haram ada saf jauh-jauh dan putus kerana panas terik matahari pada tempat-tempat lapang), tidak meluputkan fadhilat berjemaah.

Maka begitu juga di sini (makmum yang batal sembahyangnya berada dalam saf-saf sembahyang) dan kerana dia berhak di tempat itu dengan sebab dia telah datang dahulu serta taklidnya yang mengatakan sah sembahyang dan begitu juga jika dia tidak bertaklid (kepada mana-mana ulama) di atas asas bahawa orang awam itu tiada mempunyai mazhab.

Maka dari itu diketahui, bahawa barangsiapa telah berada di dalam saf, tidak harus (tidak boleh) diketepikan dia itu dari safnya, melainkan jika diketahui sembahyangnya batal dengan ijma‘ ulama, atau dia beriktikad bahawa sembahyang orang itu rosak ketika dia mengerjakan sembahyangnya itu.”

Maka jika didapati kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh bapanya duduk dalam mana-mana saf sembahyang dan tidak diketahui kanak-kanak itu sudah berkhatan atau belum, dan tidak diketahui sama ada dia telah membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau belum,

maka menurut pendapat atau fatwa Al-‘Allamah Al-Sayyid Abdullah bin Yahya yang di atas ini

perkara itu tidak meluputkan fadhilat sembahyang berjemaah dan sah sembahyang orang yang berada dekat dengan kanak-kanak itu di dalam saf-saf itu.

http://www.usc.edu/dept/MSA/law/fiqhussunnah/fus2_36.html

Re: kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan

:salam

Terima kasih dgn jawapan2 baik sheikh aznan kita. Nampaknya beliau tgh free skrang ni. Tu yg posting byk tuuu..hehehe...

Merapatkan sah adalah wajib sehinggakan Umar ra memukul mereka yg tidak meluruskan sah. Namun ia bukanlah syarat sah solat jamaah. Inilah pendapat TM Hasbi. Jika seseorang itu mengabaikan kewajipan utk merapatkan sah, maka dia berdosa krn meninggalkan sesuatu yg wajib. Adapun mengenai pahala jamaah, hanya Allah sahaja yg mengetahui dan Allah saja yg berhak menentukannya. Apa yg penting, kewajibab itu mesti dilakukan. WA.

wassalam

aznanhamat (not verified)
Re: kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan

Assalamualaikum,

Dalam perkara ini ia adalah satu perkara yg susah utk menetapkan batal pahala terus ke atau mengurangkan sebahagian pahala. Akhirnya kita hanya mampu utk bersandar kpd salah satu pandangan ulamak. Walau apa pun terjadi sama ada ia batal terus pahala atau tidak (mengurangkan sahaja( maka mengalasankan bahawa solat jemaah pun belum tentu boleh dapat pahala kerana sekarang ni ramai ahli masjid pun tak rapat sof (utk meninggalkan solat berjemaah), sudah tentu ia adalah alasan yg batil dan merosakkan.

Tapi yg lebih penting dari itu ialah ancaman yg begitu berat dari Nabi sallallahu alaihi wasallam kepada mereka yg meninggalkan kewajipan membetulkan sof. Usaha mesti diikhtiarkan utk merubah keadaan masyarakat yg menjauhi sunnah.

Sila lihat di laman

http://www25.brinkster.com/salafyoononline/content.asp?contentid=117

Berkata Syeikh Masyhur Hasan Salman:

"Apabila jamaah shalat tidak melaksanakan sebagaimana yang dilakukan oleh Anas dan An Nu'man, maka akan selalu ada celah dan ketidaksempurnaan dalam shaf. Dan pada kenyataannya –kebanyakan- para jamaah shalat apabila mereka merapatkan shaf maka akan luaslah shaf [menampung banyak jamaah, pent-] khususnya shaf pertama kemudian yang kedua dan yang ketiga.

Apabila mereka tidak melakukannya, maka:

Pertama: Mereka terjerumus dalam larangan syar'i, yaitu tidak meluruskan dan merapatkan shaf.

Kedua: Mereka meninggalkan celah untuk syaithan dan Allah akan memutuskan mereka, sebagaimana hadits dari Umar bin Al Khaththab bahwasanya Nabi bersabda:

"Tegakkan shaf-shaf kalian dan rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah celah-celah dan jangan kalian tinggalkan celah untuk syaithan, barangsiapa yang menyambung shaf niscaya Allah akan menyambungnya dan barangsiapa memutus shaf niscaya Allah akan memutuskannya".

[HR. Abu Dawud dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim ]

Ketiga: Terjadi perselisihan dalam hati-hati mereka dan timbul banyak pertentangan di antara mereka, sebagaimana dalam hadits An Nu'man terdapat faedah yang menjadi terkenal dalam ilmu jiwa, yaitu:

sesungguhnya rusaknya dhahir mempengaruhi rusaknya batin dan kebalikannya. Disamping itu bahwa sunnah meluruskan dan merapatkan shaf menunjukkan rasa persaudaraan dan saling tolong-menolong, sehingga bahu si miskin menempel dengan bahu si kaya dan kaki orang lemah merapat dengan kaki orang kuat, semuanya dalam satu barisan seperti bangunan yang kuat, saling menopang satu sama lainnya.

Keempat: Mereka kehilangan pahala yang besar yang dikhabarkan dalam hadits-hadits yang shahih, di antaranya sabda Nabi :

Artinya: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya bershalawat kepada orang yang menyambung shaf".

[HR. Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hiban dan Ibnu Khuzaimah].

Dan sabda Nabi yang shahih:

"Barangsiapa menyambung shaf niscaya Allah akan menyambungnya". .

[HR.Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah]

Dan sabda Nabi yang lain:

Artinya: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling lembut bahunya (mau untuk ditempeli bahu saudaranya -pent) ketika shalat, dan tidak ada langkah yang lebih besar pahalanya daripada langkah yang dilakukan seseorang menuju celah pada shaf dan menutupinya".

[HR. Ath Thabrani, Al Bazzar dan Ibnu Hiban].

Re: SJ - 3063: [A+G] Terbatal pahala berjemaah jika tidak ra

:wassalam
Tahqeeq

Menjadi tradisi dan stail Ahkam ialah tidak berjela-jela dalam menjawab soalan. Maka saya akan ringkaskan sekadar memenuhi hajat yg bertanya:
1. Apakah pahala berjama'ah 27 derjat batal menjadi pahala munfarid (solat sendirian) jika saf tidak rapat?
Dalil: Dari Ibn Umar ra," Solat berjama'ah itu melebihi solat munfarid 27 derjat." (Muttafaq alaih, Bukhari: 1/231 # 619; Muslim: 1/450)
Dalil: Dari Anas ra," Meluruskan saff itu termasuk tamamil Solat (kesempurnaan/excellence)." (Muttafaq alaih, Bukhari: 1/254 # 690; Muslim: 1/324 # 433)

Tafseeran Hadis: 27 derjat itu bagi solat yg sempurna dan merapat dan menyamakan saff itu termasuk dalam salah satu kategori kesempurnaan solat berjama'ah. Maksudnya 27 markah ini bukanlah pada aspek saff sahaja.
menjawab soalan anda: ada dua:
a. apakah solat jama'ah batal: Jawab: Tidak Sebab: tidak ada dalil yg mengatakan batal.
b. Apakah pahala berkurangan menjadi solat Munfarid? Jawab: tidak kerana tiada dalil yg mengatakan demikian.

2. Jawapan bagi soalan kedua: Islam tidak mendatangkan hukuman spt membatalkan pahala dsbnya. Islam datang membawa penyelesaian; iaitu menjadi Sunnah kpd Imam memperingatkan makmum dan mengambil berat kpd kedudukan saff juga aspek2 yg lain. Misalnya tentera sentiasa berlatih kawad, perbarisan Hari Kemerdekaan juga sentiasa berlatih utk menyempurnakan, maka begitulah sistem solat berjama'ah.
Dalil: Dari Nu'man bin Basyir ra, RasuluLlah saw meluruskan saff kami spt menjajarkan anak-anak panah. (Muttafaq alaih, Bukhari: no 685)
Tradisi melatih dan meluruskan saff ni diteruskan oleh Umar, Uthman dam Ali (semuanya ra) (alMuwatta'/134; Abd Razzaq, alMusannif: 2/46) sedangkan para sahabat tidak membantah tindakan khalifah. Jika di masa salaf latihan dan ingatan itu diberatkan, maka apatah lagi di zaman sekarang. WA