untuk lebih detail... nie omegatrend punya income packages
Income Packages
*Please refer to the full Omegatrend Reward & Recognition Plan for full details on these levels.
Base Income Packages - Consistent part-time, medium level effort required.
Step 1 - Club 3
Personally establish 3 people, achieve 120+ Points and earn up to RM140 in Half Price Shopping Vouchers*.
Step 2 - Club 12
Next help 3 people achieve Step 1, achieve 390+ Points and earn up to RM380*
Step 3 - Executive Club
Now help 3 people do Step 2, achieve 1500+ Points and from the next month onwards for up to 15 months, Members will have their monthly Bonus subsidised so they receive up to RM3000 per month. (Subject to volume and business growth targets).
There are other benefits as well. When you achieve any of these levels you'll receive special recognition at an Omegatrend Function.
At Executive Club level, you can enjoy a special Weekend Lifestyle Reward to celebrate achieving this special goal*.
You can also train to become a Workshop Specialist and earn additional income and rewards.
Higher Income Packages - Consistent part-time to full time, high level effort required.
Step 4 - Premiere Club
Establish 3 people at Step 3 and achieve 6,000 Points. Achieve 15,000 Points and earn up to RM10,500 per month for up to 18 months (Subject to volume and business growth targets)*.
Step 5 - Ambassador Club
Help 3+ people achieve at least Step 4 and earn up to RM22,500 per month*.
Step 6 - Presidential
Club Have 6 people achieve at least Step 4 and earn up to RM60,000 per month*.
kalau boleh jelaskan jugak... pyramid camne yg boleh dan camne yang tak boleh... terima kasih... :wassalam
:salam
Jawab
Adalah menjadi dasar Ahkam tidak memutuskan hukum atau decree ke atas mana-mana persatuan/organisasi yg lain kecuali dia jelas mengancam akidah spt GAH atau Syi'ah Rafidhah. Kedudukan Ahkam sebagai Organisasi Cyber hanyalah memberi garispanduan se umum yg boleh dan setelah itu diserahkan kpd Pembaca budiman membuat keputusan sendiri.
Omegatrend (M) Sdn Bhd adalah syarikat Jualan Langsung (Direct Selling) yg sah (mendapat lesen AJL) dan menjadi ahli persatuan DSAM (Direct Selling Association of Malaysia). Dari segi perundangan mereka legal (sah di sisi perundangan dan perdagangan negara ini).
Sepintas lalu:
Direct Selling ialah aktiviti mu'amalat (perdagangan) terus , di mana pengeluar akan keluar mencari pelanggan secara terus tanpa menunggu mereka datang kepada syarikat. Ada empat metod yg masyhur/popular dalam Direct Selling:
a. Door2Door (Pintu ke Pintu), di mana agen2 syarikat Jualan Langsung akan mengunjungi premis2 kediaman dan menjual secara terus. Agen Jualan Langsung akan mendapat komisyen dari volume jualan.
b. Home party Plan (Tupperware party), Syarikat Jualan Langsung melalui Host yg kemudian menganjurkan parti atau pertemuan di kalangan rakan tolannya dan agen jualan langsung akan datang menerangkan produk mereka dan mu'amalat berlaku.
c. MLM (multi level Marketing) atau Plan Pemasaran pelbagai tingkat. Cara ini paling popular di kalangan syarikat2 JL di mana syarikat ini mengujudkan plan pemasaran dan skim insentif dan bonus berdasarkan sistem volume jualan dan prestasi downliner (orang di bawah jagaannya)
d. Pyramiding
Cara ini adalah skim cepat kaya dan JL tidak menekankan volume jualan tapi menekankan volume keahlian (ahli cari ahli). Skim ini diharamkan di kebanyakan negara, termasuk USA, EC dan Malaysia.
Ciri-ciri utama yg membezakan skim MLM dan Pyramid:
a. Skim MLM yg benar ialah syarikat itu mengeluar & mengedarkan produk yg berkualiti dan luas jenisnya; manakala syarikat Pyramid, barangan tidak berkualiti dan product rangenya limited (terhad)
b. Skim MLM tidak mengenakan starter kit (kit permulaan) yg mahal, manakala skim Pyramid, kit permulaa adalah mahal
c. Skim MLM menekankan skil usahawan menjual barangan, skim pyramid skilnya ialah bgmn mencari keahlian
d. Skim MLM dan Pyramid ini sering mengelirukan orang awam kerana kelicikan operasi dan nama2 atau istilah2 yg mereka gunakan.
Setakat yg saya tahu:
Omegatrend mengenakan starter kit fee yg agak tinggi (sekitar RM 400..betulkan saya)
Setiap ahli kena mencari 3 ahli baru (downliners)
Setiap ahli diwajibkan menggunakan produk sebanyak RM 200 sebulan dan begitu juga downlinernya
Produk range Omegatrend terhad dan kualitinya tidaklah jauh berbedza dgn produk2 lain dalam pasaran bebas..
Kelebihan Omegatrend ialah sistem Online dan points boleh ditukar dalam bentuk RM.
Omegatrend menjanjikan orang yg berstatus pioneer akan dilantik menjadi Duta2 Omegatrend bila syarikat ini mengembangkan sayapnya ke negara2 baru.
Omegatrend menjanjikan jutawan dan waves atau gelombangnya ialah JUTAWAN and MONEY, MONEY, MONEY and Opportunity, opportunity!
Nilailah sendiri...