:salam
Soalan dari saudara Allawudden:
Seorang rakan saya bertanya kepada saya " Saya telah bermimpi yang menghairahkan ketika saya tidur diwaktu siang pada bulan puasa.Semasa saya asyik melayan mimpi tersebut, saya berasa seronok dan ingin mengeluarkan mani.Tetapi secara tiba - tiba saya terjaga dari tidur dan saya dapati saya mengeluarkan hanya sedikit mani sahaja (tidak sampai tahap kepuasan.Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan mani menggunakan tangan (onani)kerana saya risau mani yang tertinggal akan memudhoratkan"..
soalan:
1.Apakah pendapat ustaz pada masalah diatas?.Bolehkah diberi ulasan atau apa - apa yang boleh membantu.
2.Apakah hukum saya membuat keputusan beronani dibulan puasa?
3.Saya musykil pada masalah:
i- pada awalnya bermimpi dan mengeluarkan sedikit mani.
ii- beronani untuk membuang semua lebihan mani yang tertinggal. Adakah batal puasa saya dan apakah hukumnya.
:wassalam
Post deleted by thtl
:salam
SJ 0007 PUASA: APAKAH ONANI MEWAJIBKAN KAFARAH
:wassalam
http://www.zayed.com
:salam
Saya amat berharap pihak ahkam dapat menjawab soalan ini.
Setahu saya meninggalkan puasa dengan sengaja adalah haram, melainkan uzur, musafir,,ibu mengandung, menyusukan anak dan sebagainya. Saya tidak pernah terjumpa yang mengatakan harus jika 'dharurat' dalam hubungan seks. Cuma setahu saya, jika pasangan tidak berpuasa, maka tidak dikenakan kafarah jika berjimak di siang ramadhan, namun perbuatan tidak berpuasa itu tetap haram. Ada jugak sesetengah pendapat mengatakan yang tetap dikenakan kaffarah kerana tujuan pasangan membatalkan puasa adalah untuk berjimak.
Harapkan komen panel ahkam serta jawapan untuk soalan ini.
Suami bekerja shift dari 7 mlm hingga 7 pagi. Waktu rehat yang singkat tidak memungkinkan dia balik sebentar untuk bersama isteri. Dalam hal ini adakah dibolehkan pasangan tidak berpuasa pada saat teruja.
:wassalam
:wassalam
Jawab
1. Keluar mani dgn sebab mimpi atau khayal tidak membatalkan puasa. Apabila seorang bermimpi dan keluar mani dia telah mencapai orgasm, mani akan keluar secara terpancar deras. Jika sedikit itu mungkin bermaksud madzi.
Perbuatan meneruskan dengan onani itu adalah suatu yg tidak wajar dilakukan. Ini adalah akibat tidak ada ilmu agama, maka telah melakukan yg haram. Perbuatan melancap itu telah membatalkan puasa dan alasan anda itu tidak menasabah langsung. (Fiqh Sunnah)
2. Keputusan anda beronani itu tercela dan membatalkan puasa menurut pendapat yg rajih (Fiqh Sunnah)
3. i) mani yg keluar secara bermimpi dalam kuantiti yg sedikit/banyak tidak membatalkan puasa
3. ii) Onani atas alasan/dakwaan membuang sisa mani adalah berbuatan yg membatalkan puasa. Alasan ini adalah sesuatu yg diada-adakan dalam agama. WA
:wassalam
Kenyataan JS ini adalah perlu didelete sahaja. Itu merupakan tafsiran fuqaha' sahaja. Saranan supaya berbuka dahulu kemudian jima' adalah cadangan yg batil kerana perbuatan berbuka dgn sengaja adalah suatu kesalahan yg besar dan menurut ahli Tahqeeq tidak boleh diganti lagi (qadha') (alMuhalla: 6/191). Ahli Tahqeeq spt Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim tetap berfatwa mereka yg berbuka dgn air dan kemudian berjima' tetap dikenakan kaffarat. WA
:wassalam
Komentar
Statement JS ini adalah ganjil dan perlu dideletekan sahaja.
Kita tidak tahu apakah maksud 'TERUJA"